B. Peringkat Pra Sekolah
Pada peringkat ini keperluan adalah seperti berikut
1. Dari segi penjagaan anak masih memerlukan ibu bapa walaupun tidak sepenuhnya. Pada peringkat ini anak mula berdikari dalam peringkat asas hasil sokongan dan seperti makan dan memakai pakaian hasil sokongan dan galakan ibu bapa di peringkat sebelumnya. Namun mereka masih perlukan sokongan bagi membentuk sikap berdikari dan autonomi.
2. Menyalurkan tingkahlaku agresif. Ibu bapa berperanan mengalakkan tingkalaku agresif seperti bersukan atau menghantar anak ke aktiviti seni mempertahankan diri. Cara ini dapat membantu menyalurkan keagresifan dengan cara yang positif dan bermakna.
3. Identiti gander. Anak memerlukan bantuan ibubapa dalam membentuk identiti gander mereka. Lelaki dengan sifat kelalakian. Perempuan dengan sifat keprempunan mereka. Bantuan ibu bapa mampu membantu menghapuskan kekeliruan yang dihadapi berkaitan isu gander.
4. Menerima diri. Anak perlukan bantuan untuk menerima kendirinya secara sihat.
5. Keupayaan Intelektual. Perlukan bantuan terutama aspek berbahasa, kognsi dalam bertutur
6. Pembentukan Akhlak. Perlukan contoh dan tauladan yang baik dalam aspek pergaulan dan amalan beragama
7. Pembentukan Amalan Beragama : Memupuk penghayatan dalam penghayatan cara hidup beragama. Memperkenalkan amalan asas dalam beragama seperti menggalakkan perlakuan mengambil air sembahyang, asas praktikal solat, memperkenalkan kiblat dan yang bersesuaian dengan perkembangan anak.
c. Peringkat Sekolah rendah ++bersambung++
No comments:
Post a Comment
Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi