29 September 2010

aspirasidiri : Gelisah dalam Diri


Gelisah terjadi apabila wujudnya pelbagai konflik dalam jiwa manusia menerusi sumber otak kerana tiada keupayaan untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul. Untuk menghindari konflik dalam diri manusia perlu mendekatkan diri dengan Allah. Hubungan yang baik akan meningkatkan kepintaran seseorang bagi menghindari konflik. dari sudut pandangan Islam konflik berlaku apabila ajaran Islam tidak dipatuhi sepenuhnya. Konflik juga akan timbul apabila seseorang itu tidak mengawal nafsunya. Semakin jauh seorang Islam dari agamanya, semakin bertambah konflik dalam dirinya. Konflik akan timbul apabila seseorang Islam itu banyak melakukan banyak maksiat zahir dan batin.

Maksiat batin :
1. Maksiat perut : makan makanan dari yang haram
2. Maksiat mata : Suka melihat benda yang haram
3. Maksiat lidah : Suka bercakap perkara yang berkaitan perkara haram
4. Maksiat kemaluan : Melakukan hubungan luar nikah.
5. Maksiat tangan : Mencuri, menyeleweng dan tidak amanah terhadap harta.
6. Maksiat kaki : Sentiasa mengunjungi tempat-tempat haram
7. Maksiat telinga : Suka mendengar perkara yang diharamkan

Maksiat zahir :
1. Bercakap banyak
2. bakil
3. Hasad dengki
4. Suka marah-marah
5. suka bermegah-megah
6. Sombong dan takabur dengan diri sendiri
7. Cinta dunia
8. suka menfitnah
9.Ujub
10 Riak

Hanya sanya dengan mengigati Allah sahajalah hati akan menjadi tenang.

No comments:

Post a Comment

Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi