14 October 2010

aspirasidiri : Pendidikan Awal Remaja (4) : Kehadiran Haid

Bagi individu kanak-kanak perempuan kedatangan Haid kali pertama memanglah tidak diduga sama sekali. Secara terperincinya maklumat berkaitan bolehlah diperolehi dari individu perempuan dewasa. Secara umumnya berdasarkan pengalaman saya yang menghadapi stuasi ini di sekolah rendah ia adalah perkara biasa. Namun demikian tindakan bagi menghadapi situasi ini hendaklah pantas dan di dalam keadaan bertenang. Bagi individu kanak-kanak perempuan sekiranya Haid kali pertama ini berlaku di sekolah dan disedari kedatangannya cepat-cepat berhubung dengan guru bertugas pada hari tersebut. Ibu bapa perlulah memberikan bimbingan bagaimana mengendalikan situasi berhadapan dengan kehadiran haid kali pertama. Ianya penjelasan berkaitan tempoh masa haid dan penjagaan dari sudut kebersihan dan kesihatan. Bagaimana menghadapi hari-hari mendatang ketika berada di dalam keadaan haid. Jauh lebih penting individu tersebut perlu mengetahui  perkara yang dilarang dan dibolehkan semasa berada di dalam keadaan haid. Hadirnya haid bermakana mereka berada di dalam keadaan berhadas besar. Mereka juga perlu mengetahui bilakah haid itu telah berhenti. Juga perlu mengetahui bagaimanakah untuk menentukan bahawa haid itu telah berhenti atau kering dan bila pulakah boleh bermulanya mengangkat hadas besar. Bagi seorang kanak-kanak perempuan ini merupakan titik penting membezakan diri mereka antara kanak-kanak dan awal remaja kerana selepas ini banyak perubahan ketara yang bakal berlaku dari sudut fizikal dan biologinya, dari sudut tanggungjawab di dalam amalan beragamanya. Semuanya perlu diketahui dengan jelas. Para ibu bimbinglah mereka. BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment

Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi