03 January 2011

aspirasidiri: Terima Kasih, para pengunjung Blog Aspirasi Diri

Blog Aspirasi Diri dalam Majalah Pendidik
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pengunjung sepanjang 2010 yang menjenguk, singgah, tumpang lalu, kerana sudi ke Blog Aspirasi Diri. Secara umumnya  penulisan blog ini 90%  membawa topik-topik yang berkaitan psikologi. Blog ini secara puratanya dikemaskini "update" selewat-lewatnya 3 hari dari kiriman yang terakhir Insya Allah. Menyentuh tentang sumber penulisan blog pula ianya terdiri dari pelbagai sumber. Bahan penulisan yang bukan datangnya dari buah fikiran saya akan dinyatakan sumbernya Insya Allah.
Setakat hari ini (02-01-2011) pengunjung blog aspirasidiri seramai 27317 pengunjung.  Angka 27317 hits adalah masih sedikit. Sedikit jika dibandingkan dengan blog-blog yang lain. Namun itulah cabaran bagi seorang bloger seperti saya yang mebicarakan hal-hal berkaitan psikologi.
nurabadi
Sebanyak 24 kali interaksi antara saya dan para pengunjung blog ini melalui bimbingan online. Mereka yang berinteraksi dengan saya terdiri dari pada ibu bapa, pelajar lepasan PMR dan SPM , bakal calon peperiksaan awam dan remaja. Mereka meluahkan pendapat dan bertukar-tukar fikiran. Banyak perkara yang diperbincangkan dari hal-hal akademik, keibupaan dan isu-isu semasa dunia pendidikan.  Interaksi secara online mudah, menjimatkan masa dapat mengurangkan halangan masa dan jarak. 
Keluaran Disember 2010
Walaupun keberkesanan bimbingan secara online masih boleh dipersoalkan, sekurang-kurangnya ianya menjadi alternatif  kepada interaksi secara bersemuka selaras dengan perkembangan dunia telekomunikasi kini. Ianya mencipta peluang kepada individu yang ingin meluahkan persoalan diri mereka di saat meeka mencari ruang untuk berbuat demikian.
Selain dari itu sebanyak 166 jenis bahan telah dimuatturun "download" melalui blog aspirasidiri. Bahan yang paling banyak dimuatturun adalah bahan-bahan yang berkaitan Bimbingan dan Kaunseling. Mereka adalah terdiri dari rakan-rakan  Guru Bimbingan di seluruh tanah air.
Selain itu blog aspirasidiri telah menerima pengiktirafan pihak Majalah Pendidik. Informasi berkaitan blog ini telah diterbitkan di dalam Majalah Pendidik di dalam keluaran bulan Disember muka surat 30 tahun 210.

Saya amat berharap kewujudan blog aspirasidiri ini dapat memberikan manfaat  kepada semua  pengunjung blog ini. Segaja tegurun dan tunjuk ajar amat-amat saya sanjungi. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi