05 July 2011

aspirasidiri : 5A Bakal Kuhadiahkan Kemanisan Ini Buatmu, Ayah Ibu dan Guruku

  Untuk Sebuah  Kecemerlangan
Belajarlah Sayang Satu Modul yang disusun mengikut keperluan situasi. Semakin UPSR hampir, semakin perlu kita mengatur, menyusun masa. Belajar sedikit, tapi biar berkesan. Setiap tajuk perlu dilalui dan dikuasai.... namun masih mapukah berbuat demikian ?  69 hari lagi UPSR (ketika entry ini ditulis). 69 cuma tinggal sebagai angka. Tiada siapa yang gerun dengan penampilan 69 hari lagi. Cuba fahami begini.... hari yang mampu dilalui hanyalah tinggal 34 waktu lagi.... iaitu ditolak waktu tidur 34 waktu. 34 waktu siang dan 34 waktu malam. Jika sehari membuat latihan 1 soalan.... yang hanya mampu disiapkan hanya 34 soalan sahaja.... ini bermakna 6 soalan yang tinggal tidak dapat diselesaikan. Bayangkan jika kita lemah matematik. 1 hari satu soalan buat latihan..... hanya berpeluang membuat 34 soalan sahaja. Boleh dapat A jika hanya membuat latihan sebanyak 34 soalan ?.... Itu baru matematik. Bagaimana pula dengan Sains ? BI ? BM Penulian ?. Masih tidak merasa cemas dengan peluang yang ada ?  Masa yang ada ? Itu belum lagi ditolak dengan hari raya..... tentu tiada siapa yang akan melepaskan peluang. Masa yang digunakan untuk membeli persiapan hari raya bagaimana ?  Semuanya itu  melibatkan 
Modul Belajarlah Sayang

penggunaan masa yang semakin menghimpit. Sebenarnya bagi yang hatinya ingin cemerlang.... rasanya cemas jugalah sikit-sikit. Apa cemas sikit aje ? Mulai sekarang belajar perlu lebih berstrategi. Bagaimana hendak berstrategi ? Mulakan dengan mematuhi jadual... ya,  menjadualkan semula semula aktiviti. Pastikan yang penting sahaja dilakukan. Yang kurang penting bagaimana ? .... Tangguhlah dulu...  Apa aktiviti yang kurang penting atau tidak penting langsung ? Masa bermain waktu petang dipendekkan. Kalau selalunya satu jam. Ambil 20 minit sahaja untuk bermain. Hah 20 minit mana cukup....... Nak cemerlang tak ? Apa tidak mahu ? Terpulanglah pada kalaian..... Cuba ingat semula, sewaktu kaki kita melangkah ke tahun 6 dahulu.... di awal tahun... semangat bukan main berkobar-kobar. Setakat bulan ini cuba ingat semula berapa kali dah menangis ikut program Motivasi?. Takkanlah tangisan itu hanya pura-pura? ikut-ikut ? Kesian ibu bapa kita sangat berharap sesuatu yang menggembirakan dari kita. Biarlah ibu bapa kita menangis kerana meraikan kejayaan kita. Janganlah biarkan ibu bapa kita menangis kerana tingkah laku negatif kita.  Emmmmm masa semakin hampir, peluang semakin sedikit.... ayuh.... teruskan usaha untuk sebuah kecemerlangan.... 5A Bakal Kuhadiahkan Kemanisan Ini Buatmu. Ibu Ayah dan Guruku... Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi