03 August 2011

aspirasidiri : Teks Doa Konvokesyen Guru Pasti Negeri Johor

Penyusun : nurabadi di baca pada 30-7-2011, sempena konvocation Guru PASTI Negeri Johor.

AL- FATIHAH............
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam

Selawat dan salam

ke atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Kami mengangkat tangan menadah

Mohon diberi taufik dan inayah

Agar Majlis Konvokesyen Guru PASTI Sesi 2009-2010

Dan Mesyuarat Agong Majlis Guru PASTI Negeri Johor berjalan gah

sampai ke penghujung tanpa masalah

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Pada pihak pengurusan majlis

Tetapkan keimanan

Kekalkan kesihatan

Tajamkan pemikiran

Waraskan tindakan

Cantikkan keperibadian

Kentalkan semangat dalam didikkan

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

 Buat Para Guru  yang diraikan:

Bersyukur di setiap hikmah pemberian

Dari kepayahan membawa kemudahan

Dari kesusahan membawa kesenangan

Dari kegelapan membawa sinar dan harapan





اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Dengan izinMu jua

Kami melangkah

Dengan izinMu jua

Segala ranjau onak dapat di redah

Dengan izinMu jua

segulung warkah digenggam tanda memikul amanah

Dengan izinMu jua

Semua pihak tersenyum ceria

Dan

Dengan izinMu jua

Air mata gembira

Mengalir tanpa disengaja

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Limpahkan ganjaran

Mereka yang memberikan sokongan

Juga yang memberi dokongan

Biarpun kecil dalam sumbangan

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Pada pihak pemberi sokongan:

Keikhlasan dalam setiap amalan

Kerna sokongan menambah kekuatan

Dalam meniti liku-liku kehidupan

Dan

Pada Pusat  Asuhan Tunas Islam Tercinta khususnya:

Curahkan rahmat yang tidak terhingga

Kerna Berjuang Mengubah destini anak seagama

Menjadi warga berjaya dan berjasa

Menobat agama dipersadanya

Hindarkan Ya Allah

Hindarkan Ya Allah kejayaan hari ini

Menjadikan kami lupa diri

Tidak mengenal erti budi

Akhirnya akan membinasakan diri


Hindarkan Ya Allah kejayaan yang dikecapi

Menjadikan bongkak takbur diri

Lupa pada ikrar dan janji

Pastinya akan memudarat diri sendiri

Ya Allah

Janganlah kerna ilmu sedikit yang dimiliki

Menjadikan kami rasa tinggi diri

Sebaliknya suburkan sifat rendah diri

Dengan sentiasa memujiMu Ilahi

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Dalam pepatah ada ungkapan

Bumi mana tidak ditimpa hujan

Setiap insan menanggung kesalahan

PadaMu Ya Allah mohon keampunan

Akhirnya Ya Allah

Ampuni dosa kami

Ampuni dosa kedua ibubapa kami

Ampuni dosa guru-guru kami

Dan Ampuni dosa muslimin muslimat yang dikasihi







اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا
، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا
 ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا
 وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً
وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ً
وَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

No comments:

Post a Comment

Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi