01 December 2011

aspirasidiri : Kelas Tambahan Waktu Cuti Sekolah

Tahniah kepada adik-adik yang aktif hadir ke kelas tambahan anjuran sekolah. Di saat rakan-rakan lain bercuti sekolah memenuhi masa terluang dengan melancong atau menzirahi nenek dan datuk di kampung ada dalam kalangan mereka yang hadir ke kelas tambahan. Apakah kelas tambahan ini terlalu penting ?. Apakah kelas sepanjang tahun 2011 yang lalu tidak mencukupi ?. Ya, inilah salah satu ciri-ciri kecemerlangan. Mengorbankan keselesaan diri demi kecemerlangan. Kita perlu melihat di sebalik penganjuran kelas tambahan itu. Siapa penganjurnya ? jawapannya jelas, tentulah para guru yang dedikasi. Begitu juga ibu bapa. Para guru dan ibu bapa mengorbankan masa mereka demi kecemerlangan anak didik dan anak-anak mereka. Inilah yang perlu difahami. Bukan murid sahaja yang berkorban keselesaan. Guru, ibu bapa adalah pihak yang patut disanjung tinggi. Dari sudut psikologi, di dalam jangka panjang kelas tambahan ini boleh dilihat sebgai satu usaha untuk menanamkan motivasi yang tinggi. Mengekalkan mementum kerajinan bukan satu perkara yang mudah. Perasaan jemu, malas, bosan (antara contoh) sentiasa menghambat pada setiap orang. Ianya juga boleh dianggap sebagai satu latihan jangka panjang bagi membiasakan diri dengan situasi sebenar apabila musim peperiksaan semakin hampir. Janganlah kita pula memandang mereka ini sebagai tindakan yang tidak tepat kerana mengejar kecemerlangan semata-mata tanpa menghiraukan yang lain-lain. Bukankah persiapan awal itu penting. Ada dalam kalangan mereka yang sanggup datang dari daerah lain hanya semata-mata untuk hadir ke sekolah lain yang ada menganjurkan kelas ini. Tambahan pula ianya bersifat percuma. Yang perlu  ialah hadir.  Ya, hadir bagi meningkatkan sikap kendiri agar lebih positif.  Bagi yang tidak hadir, tidak  dapat hadir, tidak mahu hadir,  akan adalah alasan masing-masing. Tahniah kepada para guru, murid yang sanggup hadir, para ibu bapa yang berkorban demi kecemerlangan anak-anak. Demikianlah kita yang tinggal di luar bandar. Barangkali inilah parktik kepada pemahaman kepada makna HIJRAH.

1 comment:

Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi