05 July 2011

aspirasidiri : 5A Bakal Kuhadiahkan Kemanisan Ini Buatmu, Ayah Ibu dan Guruku

  Untuk Sebuah  Kecemerlangan
Belajarlah Sayang Satu Modul yang disusun mengikut keperluan situasi. Semakin UPSR hampir, semakin perlu kita mengatur, menyusun masa. Belajar sedikit, tapi biar berkesan. Setiap tajuk perlu dilalui dan dikuasai.... namun masih mapukah berbuat demikian ?  69 hari lagi UPSR (ketika entry ini ditulis). 69 cuma tinggal sebagai angka. Tiada siapa yang gerun dengan penampilan 69 hari lagi. Cuba fahami begini.... hari yang mampu dilalui hanyalah tinggal 34 waktu lagi.... iaitu ditolak waktu tidur 34 waktu. 34 waktu siang dan 34 waktu malam. Jika sehari membuat latihan 1 soalan.... yang hanya mampu disiapkan hanya 34 soalan sahaja.... ini bermakna 6 soalan yang tinggal tidak dapat diselesaikan. Bayangkan jika kita lemah matematik. 1 hari satu soalan buat latihan..... hanya berpeluang membuat 34 soalan sahaja. Boleh dapat A jika hanya membuat latihan sebanyak 34 soalan ?.... Itu baru matematik. Bagaimana pula dengan Sains ? BI ? BM Penulian ?. Masih tidak merasa cemas dengan peluang yang ada ?  Masa yang ada ? Itu belum lagi ditolak dengan hari raya..... tentu tiada siapa yang akan melepaskan peluang. Masa yang digunakan untuk membeli persiapan hari raya bagaimana ?  Semuanya itu  melibatkan 
Modul Belajarlah Sayang

penggunaan masa yang semakin menghimpit. Sebenarnya bagi yang hatinya ingin cemerlang.... rasanya cemas jugalah sikit-sikit. Apa cemas sikit aje ? Mulai sekarang belajar perlu lebih berstrategi. Bagaimana hendak berstrategi ? Mulakan dengan mematuhi jadual... ya,  menjadualkan semula semula aktiviti. Pastikan yang penting sahaja dilakukan. Yang kurang penting bagaimana ? .... Tangguhlah dulu...  Apa aktiviti yang kurang penting atau tidak penting langsung ? Masa bermain waktu petang dipendekkan. Kalau selalunya satu jam. Ambil 20 minit sahaja untuk bermain. Hah 20 minit mana cukup....... Nak cemerlang tak ? Apa tidak mahu ? Terpulanglah pada kalaian..... Cuba ingat semula, sewaktu kaki kita melangkah ke tahun 6 dahulu.... di awal tahun... semangat bukan main berkobar-kobar. Setakat bulan ini cuba ingat semula berapa kali dah menangis ikut program Motivasi?. Takkanlah tangisan itu hanya pura-pura? ikut-ikut ? Kesian ibu bapa kita sangat berharap sesuatu yang menggembirakan dari kita. Biarlah ibu bapa kita menangis kerana meraikan kejayaan kita. Janganlah biarkan ibu bapa kita menangis kerana tingkah laku negatif kita.  Emmmmm masa semakin hampir, peluang semakin sedikit.... ayuh.... teruskan usaha untuk sebuah kecemerlangan.... 5A Bakal Kuhadiahkan Kemanisan Ini Buatmu. Ibu Ayah dan Guruku... Insya Allah.

aspirasidiri : Bimbingan Berfokus Bidang Disiplin_Kelompok Besar


Alhamdulillah perhimpunan pagi tadi menerusi slot guru bimbingan saya telah membawa tajuk bagaimana kita boleh berubah. Lebih 40 minit saya memperincikan pembentangan saya kepada semua warga sekolah. Hanya saya sorang menyampaikan bicara pada pagi ini. Jarang pihak pengurusan memberikan peluang seluas-luasnya untuk seorang guru binbingan berbicara di perhimpunan rasmi.
Saya memulakan bicara saya dengan peranan hati. Segala kelakuan, pertuturan perbuatan segalanya bermula dari hati. Patuh kepada peraturan bermula dari hati. hati yang mempunyai kesedaran yang tinggi melahirkan murid yang bersahsiah tinggi. Sambil memetik sepotong hadith Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal darah, 

sekiranya ianya baik maka baiklah seluruh jasad itu........ dengan mengaitkan peristiwa Rasulullah dibelah dadanya oleh malaikat, kemudian dibasuh dengan air zamzam, dimasukkan iman, ilmu dan 
hikmah (kebijaksanaan) adalah bukti bahawa peranan hati memang penting...... Kehendak hati perlu ditundukkan dengan ilmu.... kerana di sana tempatnya  hawa, nafsu juga sasaran syaitan membisikkan hasutannya.....Sebagai manusia kita mesti merasakan kita ini bertuhan..... bertuhankan Allah... Oleh kerana menuntut ilmu itu fardu bagi setiap muslim itu fardu.... maka hadir ke sekolah itu fardu juga....  Menurut sebahagian ulamak... tidak sah solat tanpa ilmu.....  Menunaikan ibadat solat tidak boleh dilakukan dengan meniru sahaja...... begitu pentingnya hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu..... ponteng satu perlakuan tidak hadir tanpa sebab.... tentulah besar kesalahannya ... tanpa ilmu manusia akan menjadi ingkar....  rasa tidak bersalah jika ponteng, rasa tidak bersalah jika tidak membuat kerja rumah, rasa tidak bersalah jika meniru....kerana hanya dengan ilmu sahajalah kita (murid) akan memahami sesuatu perbuatan itu ada dosa dan pahalanya.... begitulah beratnya tuntutan menuntut ilmu....   barang siapa mahukan dunia dengan ilmu..... 

urusan hidup perlu dengan ilmu.....  barang siapa mahukan akhirat hendaklah baginya dengan ilmu..... apatahlagi perkara berkaitan akhirat...  Isilah masa yang terluang dengan membuat latihan, terutama calon UPSR 2011. Ambillah peluang yang terbentang dengan berlatih untuk berpuasa melalui berpusa sunat. di bulan Sya'ban... berlatih sebelum tibanya bulan ramadan... Kenapa perlunya latihan ? Kerana kita perlu memaluinya dengan pengalaman.... Untuk berpuasa ...... perlukan latihan ..... sebab kita  masih kecil lagi..... inikan pula urusan dunia yang lain terutama calon UPSR 2011.