01 September 2013

aspirasidiri : Restu Ibu, Bapa dan Guru menanti UPSR


Syawal bakal melabuhkan tirainya. Ini bermakna UPSR, lipatan wajahnya kian terbuka. Ramadan telah pergi, Syawal juga akan pergi. Ketibaan Syawal disambut dengan keceriaan dan kegembiraan, Kata orang Syawal yang dinanti. Syawal yang ditunggu. Kemeriahan memang benar-benar terasa hingga tidak terkata. UPSR ? Ya UPSR menggantikan Syawal. Kita bimbing masih ada yang masih hanyut dengan semangat Syawal, hingga terabai persiapan menghadapi kehadiran UPSR. Kalau kita mengingati sejenak ke belakang, terasa UPSR masih jauh. Apa yang kita rasakan sewaktu kita berada di laman Januari. Bagaikan tidak terasa tetamu yang bernama UPSR. Nah sekarang ! Emmmm tinggal beberapa hari sahaja lagi. Alangkah bertuahnya kita, jika semuanya bagaikan telah sempurna bagi menunggu UPSR. Jika orang bertanya kepada kita. Dah sedia nak UPSR ? Apa jawapan kita agaknya. Dah. Jawapan bersahaja. Tak tahulah.. Jawapan yang boleh diagak maksud tersuratnya. Emmm In sha Allah, saya dah bersedia.... Masa inilah, masa ketikanya kita meminta restu dari ibu, ayah dan guru kita. Tunjuk ajar guru, mana yang kita tak buat, nasihat guru mana yang kita tak ikut, marah guru, mana yang kita tidak akur. Solat hajat telah kita buat. Puasa sunat telah kita lazimi. Apa lagi yang tinggal. Restu ibulah yang kita perlu pinta, restu ayahlah yang perlu kita pohon, restu gurulah yang perlu kita tagih. Barulah hati kita menjadi tenang, hati kita akan bertambah keyakinannya, hati kita akan bertambah kesediaannya. Akhirnya selepas restu ibu, bapa dan guru. Ibu, ayah dan guru restuilah bagi diriku ini untuk aku menghadapi UPSR 2013 yang tidak berapa lama lagi, dan bakalku hadapi.
Akhirnya jangan pula terlupa, mohon restu Allah melalui doa dan munajat serta tawakal yang tidak pernah terputus.

Restu bersinonim dengan berkat, rahmat, berkenan <kamus dbp>

No comments:

Post a Comment

Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi