27 January 2014

aspirasidiri : Ibrah Kepada Para Pendidik

Rumusan. (Admin)

Punca : Murid gagal menyiapkan kerja sekolah.

1. Isu Denda Keterlaluan
2. Isu PdP, bukan Isu Disiplin
3. Kaunselor JKM bukan Kaunselour Sekolah (KPM) ?
4. Kesan dan akibat dari tindakan guru terbabit .(ditukar sekolah)
5. Membangkitkan keMARAHan penjaga
6. Peranan ibu bapa dalam mendidik di rumah
7. Peranan ibu bapa menentukan tugasaan anak-anak disempurnakan.
8. Trend ibu bapa menangani anak-anak dalam pelajaran
9. Pandangan ibu bapa terhadap kerjaya guru
10. Tindakbalas anak mendengar aduan tentang guru yang mengajar (baca mendidik) anak mereka.


Para Pendidik baca dengan teliti dan berulang kali. Dapatkan ibrah dari peristiwa ini.
Jika anda yang berhadapan dengan situasi ini, apa tindakan anda ?

KUALA LUMPUR: Seorang guru sekolah rendah di Sungkai, Perak, yang mendenda dua murid dengan merotan serta mengepin loceng pada baju mereka dan mengkiaskannya seperti lembu berloceng makan rumput, Jumaat lepas, ditukar ke sekolah lain.

Selain itu, guru tersebut akan diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata hasil siasatan oleh Jabatan Pendidikan Perak mendapati tindakan guru berkenaan memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.

"Hal ini kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Khair berkata isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi bimbingan berterusan.

Dalam insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng itu, guru Bahasa Inggeris itu mendenda dua murid tahun empat selepas mereka gagal menyiapkan kerja sekolah.

Tindakan guru lelaki berusia 26 tahun itu menyebabkan ibu kedua-dua murid tersebut membuat laporan di Balai Polis Sungkai, semalam.

Isu itu juga mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga menyaksikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Perak memberi kaunseling kepada murid terbabit bagi mengembalikan semula semangat mereka untuk ke sekolah esok. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi