24 April 2015

aspirasidiri : Teks Doa Simposium Bimbingan Dan Kaunseling Negeri Johor 2015

Disusun dan dibacakan oleh admin 
di Simposium Bimbingan Dan Kaunseling Negeri Johor 2015
25-04-2015
di SJKC Choong Hwa 2, Kluang
admin adalah Timb YDP MGKK Kluang



َالْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ
 وَبَعْدَ الْمَمَاتِ.

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ


Sesungguhnya pada hari ini / kami berhimpun kerana-Mu Ya Allah / Kami  berkumpul  untuk  memohon   hidayah dan  mencari keredhaan-Mu dalam segala urusan hidup kami / Kami berhimpun untuk menggali ilmu-Mu yang maha luas, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, di dalam majlis ilmu ini….Simposium Guru Bimbingan Dan Kaunseling Negeri Johor Tahun 2015

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Ya Allah, berkatilah perhimpunan kami, terangkanlah hati-hati kami, mudah-mudahan Guru Bimbingan dan Kaunseling di seluruh pelosok Negeri Johor  akan menjadi Guru Bimbingan dan Kaunseling cemerlang, sentiasa gigih berusaha / disegani dan dihormati, di dalam menggalas tugas dan tanggungjawab profesionalisma Guru Bimbingan dan Kaunseling semata-mata kerana-Mu, ya Allah. 

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

    Ya Allah, perbaikilah segala kekurangan diri kami , jernihkanlah mata hati dan nurani kami, lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa kepada keselamatan, penyelesaian dan keharmonian dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami dengan iltizam yang tinggi serta sentiasa istiqomah. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan / dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut,  muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan akhlak yang terpuji.
اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ


Ya Allah, kepada penerima anugerah kecemerlangan serta sijil-sijil penghargaan, Engkau hindarkan mereka dari sifat-sifat mazmumah, sifat keji yang mampu menjejaskan kewibawaan mereka. Jadikan mereka agar terus berusaha dan menyumbang serta menjadi contoh  kepada kami, agar kami mampu menuruti kecemerlangan yang telah mereka tunjukkan.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah Simposium Guru Bimbingan Dan Kaunseling Negeri Johor Tahun 2015 yang kami hadiri pada hari ini, sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat dan petunjuk-Mu.

الّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan.”

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ َ


No comments:

Post a Comment

Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi