21 December 2009

aspirasidiri : Persaingan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2010

SBP jadi pilihan utama pendidikan berkualiti tinggi (BH 21.12.2009)



LULUSAN Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memilih sekolah berasrama penuh (SBP) sebagai pilihan utama meneruskan pengajian di peringkat menengah dengan jumlah permohonan mencecah 100,000 bagi sesi persekolahan 2010.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata berdasarkan angka itu, pihaknya mendapati pelajar dan ibu bapa menjadikan SBP sebagai pilihan mendapatkan pendidikan berkualiti dalam sistem sekolah berasrama.


Beliau berkata, sistem SBP yang terbukti berjaya itu sudah melahirkan pemimpin negara dan tokoh korporat ternama dalam bidang diceburi. Katanya, sistem pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan di semua SBP itu memberi pendekatan kaedah pembelajaran berkesan menerusi kelas persediaan setiap hari, selain menekankan kecemerlangan kokurikulum.

“Kami di SBP menyediakan pendidikan berkualiti selain memastikan pelajar membentuk sahsiah dan peribadi seimbang dalam memastikan kecemerlangan dilengkapi jati diri,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Alimuddin berkata, sistem pendidikan SBP yang diambil daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kolej Melayu dilaksanakan sejak 1905 turut menerapkan semangat patriotik supaya pelajar mempunyai rasa sayangkan negara dan sedia berkhidmat sebaik menamatkan pengajian.

Kesimpulan : (oleh admin aspirasidiri)  :  Persaingan untuk SBP amat tinggi, kepada yang berjaya patut bersyukur dan yang tidak berjaya teruskanlah berusaha di sekolah menengah yang telah ditempatkan.

No comments:

Post a Comment

Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi