13 December 2009

aspirasidiri : Tekad Menggenggam Impian_Tahun Hijrah 1431

Menjana Aspirasi Diri, Tekad Menggenggam Impian, adalah Tema Blog Aspirasi Diri Bagi Tahun Hijrah 1431H (2009-2010M). Sempena dengan Tibanya Tahun Hijrah 1431. Masa Untuk Mentajdid Azam....

Menyorot ABSTRAK aspirasidiri......... apa yang masih belum tercapai ?

Salam sanjungan dan penghargaan kepada semua pengunjung kerana sudi mengunjungi blok Menjana Aspirasidiri Terbilang sebuah blog PERKONGSIAN ilmu berkaitan bimbingan psikologi. Sesungguhnya tanpa kunjungan para tetamu saya sekalian, maka tiada  ertinya blog ini. Untuk pengetahuan semua, sesungguhnya penulisan blog ini adalah sebahagian besarnya merupakan kutipan mutiara ilmu yang bertaburan di sepanjang perjalanan hidup sebagai seorang insan.  Mutiara Ilmu yang digarapkan oleh tokoh-tokoh terdahulu yang tidak pernah kenal erti penat lelah  serta jemu yang juga lebih mahir  dalam ilmu-ilmu bidang perkhidmatan bimbingan. Apatahlagi ianya juga ada yang bersumberkan Al-Quraan, Hadis Nabi dan para ahli hikmat yang lebih muktabar dan mampu memberikan pedoman. Ingatlah ilmu bimbingan yang benar ialah ilmu yang selamamana ianya tidak bertentangan dengan Islam. Sayugialah, mutiara yang saya kumpul ini saya paparkan semula di sini mamandangkan saya hanyalah manusia kerdil yang begitu dhoif untuk membincangkan serta menulis ilmu-ilmu berkaitan bimbingan. Ilmu adalah ibarat mutiara yang tercicir di jalanan, sesiapa yang mampu mengutip dan memanfaatkannya, maka natijahnya adalah untuk dirinya dan persekitarannya, begitulah tamsil yang sering kita dengar dan kita baca. Hanya mereka yang bijak dapat memanfatkannya.




 
aspirasi...skup/awal remaja



Menjana Aspirasidiri /SMK Simpang Renggam


Para tetamu yang saya muliakan, mudah mudahan blog Menjana Aspirasidiri Terbilang ini mampu menjadi lidah penyambung para pejuang terdahulu serta memeriahkan lagi  dunia  serta pencinta bidang perkhidmatan bimbingan. Mudah-mudahan juga ianya dapat memberi manfaat kepada para pengunjungnya. Perjuangan di dalam bidang perkhidmatan bimbingan ini tiada penghujungannya kecuali bila tiba masanya yang telah ditetapkan oleh الله



Parenting/SK Senggarang


Marilah kita berdoa agar ilmu yang disebar luas di dunia maya melalu blog Menjana Aspirasidiri ini akan melimpah ruahkan kebaikan berupa pahala serta kebajikan kepada tokoh-tokoh yang menjadi rujukkan di dalam "entry" penulisan blog ini.
Sesuatu Ilmu itu semakin digali, maka semakin kerdilah terasa ilmu yang ada di dalam dada . Begitulah ilmu  Allah yang bersifat Maha Luas. Jika dijadikan lautan itu sebagai dakwat untuk menulis ilmu Allah, nescaya sehingga keringlah air laut itu, namun masih ada lagi nikmat Allah yang tidak dapat ditulis. Saya bermohon agar الله akan sentiasa memimpin kita di jalan yang lurus tidak membiarkan kita sendirian tanpa petunjuk di dalam melayari bahtera kehidupan sehingga perjalanan kita menyimpang dan tersasar.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan, teguran, tunjuk ajar dan galakkan di dalam menulis "entry" ke dalam  blog ini.


Motivasi/SR Agama Bersepadu

Tidak dilupa buat isteri tercinta "nur istiqomah" dan anaknda "mujahid" tersayang yang sentiasa berdoa buat saya "daddy"  agar sentiasa berjaya di dalam bidang yang diceburi, terima kasih sayang. 

Insya Allah di dalam memenuhi cita-cita Menjana Aspirasidiri Terbilang ini, saya akan berpegang kepada  Firman الله  : 

وتعا ونو على البر والتقوى ولاتعاونوا على الاثم والعدوان 
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan
dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan
(Surah al-Maidah ayat 2 )



"Mengikhlaskan diri dalam beragama"



Salam Aspirasidiri Dari



















nurabadi
Motivator Menjana Aspirasi Diri


No comments:

Post a Comment

Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi