|
Program Belajarlah Sayang |
Belajar ? Bukankah ianya wajib bagi setiap individu. Kerana belajar menjadi sebab ia mengenal TuhanNya (Allah). Dengan belajar ia mengenal agamanya. Dengan belajar ia tahu akan tanggungjawabnya.
Tanggungjawab kepada agama yang dianuti dan dihayati. Tanggungjawab untuk memenuhi amanah kedua ibu bapanya. Tanggungjawab untuk belajar adalah untuk kebersihan akal fikiran, dari kecelaruan minda, kecelaruan identiti, kecelaruan dalam pergaulan sehinggakan tidak tahu batas halal dan haram. Membentuk sikap dan sahsiah terpuji. Semuanya ini dimulakan dengan belajar. Belajarlah sayang ! Begitu nada rayuan dari seorang insan bergelar bapa, juga ibu, juga guru kepada anakanda intan payung tersayang agar lebih bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Sebut sahaja murid, murid bermaksud yang berkehendak kepada sesuatu, Berkehendak sesuatu ? Berkehendak kepada ilmu dari seorang guru.
|
Isi kandungan Buku Belajarlah Sayang |
Sebagai sorang murid (penuntut sekolah rendah), pelajar (penuntut sekolah menengah), mahasiswa (pelajar di menara gading) perlu ada rangka strtegik terutama di dalam mengurus masa agar terancang supaya masa tidak terbuang dan tersia-sia begitu sahaja. Penjadualan belajar di luar waktu sekolah amat penting. Pemantuan di rumah oleh ibu bapa penting agar usaha untuk memacu kecemerlangan anak-anak agar menjadi manusia berguna pada masa depan. Program Belajarlah Sayang memacu anak-anak dengan satu tindakkan berstrategik. Stail mengurus masa gaya Menjana Aspirsi Diri. Insya Allah......
No comments:
Post a Comment
Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi