11 January 2011

aspirasidiri : Jom kita teruskan langkah untuk kecemerlangan

Mereka berdua "5A" Upsr 2010
Sekarang ini kita telah pun berada di tahun 2011. Sebahagian dari kita telah pun memulakan langkahan dengan teratur. Sebahagian lagi bagaimana ? Abang dan kakak kita telah berada di tingkatan 1. Sekarang ini kita di tempat mereka. Rasanya baru semalam mereka ada bersama-sama kita Banyak yang kita dapat belajar dari mereka. Abang-abang kita yang tidak cemerlang tentu kita tahu bagaimana mereka di sekolah. Begitu juga mereka yang cemelang kita kenal mereka.  Tentu kamu masih ingat lagi bagaimana mereka diraikan. Wajah kegembiraan kerana  impian untuk menjadi murid cemerlang telah menjadi kenyataan.  Tentunya itulah saat-saat yang mereka nanti-nantikan. Bagaimana kita ingin mengikut jejak langkah mereka ? Mudah, tiru sahaja cara mereka belajar. Ingat,.... cara mereka belajar sahaja. Ya, cara mereka belajar. Itu adalah jalan ekspress untuk berjaya. Ambil beberapa orang abang kakak kita yang berjaya. Buat analisa, apa yang mereka  lakukan sehingga mereka berjaya dengan cemerlang. Kemudian lakukan sepertimana yang mereka lakukan. Semua perkara ? Tidak semestinya. Lakukan pilihan. Tentu ada yang sukar untuk diikut. Mungkin juga ada yang telah pun kamu amalkan. Sesuaikan dengan keupayaan kamu. Apapun yang penting mulakannya dengan ikhlas. Ya keikhlasan itu penting. Dengan ikhlas di dalam menuntut ilmu natijahnya, kamu akan berupaya untuk belajar sendiri tanpa disuruh-suruh atau dipaksa-paksa. Kerana kamu memahami bahawa kita perlu belajar dan belajar itu merupakan wajib bagi diri kamu dan ia merupakan satu ibadah. Barulah nanti kamu akan mempunyai matlamat belajar yang benar-benar meninggalkan kesan bagi kamu. Ingat pertama tentukan niat belajar agar ianya menjadi ikhlas. Kedua dengan ikhlas pula kamu tetapkan aspirasidiri kamu yang kamu ingin capai bagi tahun 2011 ini.Ketiga mohon doa kepada Allah agar sentiasa istiqomah di dalam mengejar cita-cita, impian dan matlamat, bukan suatu yang hanya menjadi angan-angan semata-mata. Barulah jika cemerlang, cemerlang dari dunia higgalah ke akhirat. Insya Allah

Lagi tentang kecemerlangan dari blog  Kembara Hidup "norish"
 

No comments:

Post a Comment

Komen ANDA Para Tetamu Amat Saya Sanjung Tinggi