![]() | ||
| Tahniah Mok Su Nani |
Tahniah Buat Siti Suriani binti Hj Ahmad Basri adinda tersayang atas penganugerahan Ijazah Sains Komputer (industri) pada Majlis Pengijazahan Konvokesyen UTM ke 46 (27-03-2011). Kalau ada peluang sambung belajar tau.
![]() | ||
| Tahniah Mok Su Nani |
| |
| AHMAD Zulkahfi Hayat Hussain (dua, kiri) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan selepas Majlis Konvokesyen UIAM Ke-26 di Kampus Utama Gombak, Kuala Lumpur, semalam. |
| |
| KERATAN Kosmo! 10 Ogos 2007. |
SERDANG - Kehilangan ibu bapa serta tiga orang adik-beradik dalam satu kebakaran tragis dua tahun lalu tidak mematahkan semangat Faezah Noor Kasmuri, 22, untuk meneruskan pelajaran sehingga menerima Anugerah Pelajar Cemerlang pada Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UKM) ke-33 di sini semalam.
Menurut anak pertama daripada tujuh beradik itu, ibu bapa dan tiga adiknya yang lain telah kembali ke rahmatullah setelah terlibat dalam satu kebakaran di rumahnya di Kampung Tengah Kluang, Johor pada tahun 2007.
"Pada ketika itu saya belajar di semester tiga program Sarjana Muda Pengkhususan Bahasa Inggeris. Sewaktu mula-mula kehilangan orang yang saya sayang, saya hampir-hampir patah semangat dan tidak mahu meneruskan pengajian.
"Tapi saya kuatkan juga semangat dan syukur kepada Allah berkat daripada dorongan rakan-rakan dan orang sekeliling, saya akhirnya berjaya meneruskan pengajian dan mengecapi kejayaan.
Tahniah dari aspirasidiri.blogspot.com