11-9-2012 hingga 13-09-2012 Sebenar : 3 hari lagi |
Direction - Arahan
Sekiranya anda tidak faham sila bertanya kepada pengawas peperiksaan. Jangan takut atau malu untuk mendapatkan penjelasan. Tanya arahan bukan tanya jawapan.
Examine - Memeriksa
Ulangi membaca arahan untuk memastikan apa yang dikehendaki. Tandakan pada nombor soalan yang patut dijawab. Bayangkan betapa hampanya soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi tidak dapat dijawab dengan sempurna kerana mengabaikan langkah ini.
Time - Pengagihan Masa
Pengagihan masa adalah amat penting terutama apabila menjawab soalan-soalan berbentuk esei. Sebelum menjawab, bahagikan masa supaya anda tahu menghadkan masa untuk sesuatu soalan. Ini mesti diamalkan kerana ramai pelajar mempunyai kecendrungan untuk terus menulis walaupun peruntukkan masa untuk soalan itu telah tamat.
Easier - Yang Senang Didahulukan
Mulakan dengan soalan-soalan yang senang dahulu. Tandakan soalan-soalan yang mencabar atau yang memerlukan anda berfikir sekali. Pastikan anda menjawab pada ruangan yang betul.
Revise - Menyemak Semula
Luangkan masa untuk anda menyemak semula jawapan anda sebelum menyerahkan kertas jawapan kepada pengawas. ramai pelajar menganggap menyemak soalan semula tidak penting. Lebih-lebih lagi apabila menjawab soalan yang sukar mereka tidak menyemak langsung.Dengan menyemak semula anda dapat membaiki kesalahan.
Selamat Maju Jaya, Di Doakan Calon Peperiksaan Awam UPSR, SDEA, PMR, SPM, STPM, STAM dapat menghadapinya dengan tenang dan bersemangat.