1. Rempit
2. Isu-isu berkaitan dadah.
3. Lari dari rumah
4. Buang bayi.
5. Zina
Banyak lagi isu yang memualkan.
Muhasabah.
Semua ini ada puncanya. Lihat kembali kepada diri. Ingat kita ada di dunia ini dengan beberapa sebab.
1. Lilibadati.
Kita ada di dunia untuk menjadi hamba. Segala perlakuan adalah bersandarkan prinsip ibadah. Mengapa berpakaian ? Kerana mengikut perintah Allah, menutup aurat. Berpakaian patuh syariat. Pergaulan atas prinsip persaudaraan. Menghormati hak dan maruah orang lain. Bergaul patuh syariat. Segala perlakuan di dalam batasan dan izin syarak. Kenal batu pemisah antara yang hak dengan yang batil. Mengikhlaskan diri dalam menjalani hidup. Mengapa ini semua ? Untuk mengabdikan diri kepada Allah di dalam semua keadaan, di dalam semua sudut hidup kita.
Kita hidup sebagai khalifah di muka bumi Allah. Mengurus diri sendiri di dalam lingkungan patuh syariah. Mengurus kepentingan diri dan orang lain berlandaskan prinsip patuh syariah. Mengurus diri dengan agama, mengurus keluarga dengan agama, mengurus............... segala-galanya dengan agama. Tidak boleh ikut acuan kita sahaja. Kita-kita ni bimbang ikut hawa nafsu yang ingin keseronokan sahaja... Tidak boleh berseronokke.... boleh, tapi ada batasnya, seperti yang dipandu oleh agama kita, agama Islam.
3. Lilimarati.
Mengimarahkan dunia yang kita diami ini dengan syiar yang diajar oleh agama. Jaga persekitaran kita, sayangi persekitaran kita. Tidak membiarkan sesuatu yang dilarang agama berlalu begitu sahaja tanpa tindakan yang sewajarnya.
"Nampak seperti tiada kebebasan je"... lihat sahaja statistik pembuangan bayi, anak tidak sah taraf..... jawapannya tidak lain dan tidak bukan kita mesti patuh syariat. Kita tiada pilihan. Patuh syariat Islam di segenap sudut kehidupan. Lihat sahaja tokoh terkemuka zaman lampau, Syaidina Ali, Syaidatina Fatimah, Muhammad Al-Fateh, (sekadar menyebut beberapa tokoh-banyak lagi tokoh-tokoh yang lain) mereka ini penanda aras. Belajarlah dari mereka.