Beri Masa Demi Anak, "moga mereka bahagia di hari depan".
....amin ya robbal 'alamin....
....amin ya robbal 'alamin....
Program Solat Hajat |
Semua ibu bapa kata sayangkan anak, tetapi mengapa mereka tidak merasakan mereka disayangi. Kerap kali ibu bapa mengantikan masa dengan kebendaan. Namun ianya menjadi keseronokan seketika sedangkan jiwa mereka kosong dengan kasih sayang. Mereka malas menyiapkan kerja sekolah, ponteng, tidak pergi kelas agama, salah pilih kawan, buang masa dengan permainan video dan asyik berinternet. Bagaimana ?
1. Berikan masa bersama seisi keluarga. Wujudkan solat berjamaah, bersukan, bercuti, berkelah berbual.
2. Berikan masa setiap anak secara personal . Berinteraksi dengan setiap anak secara bersendirian. Kemungkina perkara yang dibualkan tdak perlu diketahui adik beradik yang lain kerana ianya bersifat personal. Interaksi ayah-anak lelaki, ayah-anak sulung, ibu-anak perempuan, ibu-anak remaja, ayah-anak remaja. Apa sahaja boleh dibualkan dari perkara biasa-biasa kepada soal peribadi seperti cinta, kecewa.
3. Berkan anak masa untuk mereka bersendiri. Ada masanya anak perlukan untuk dirinya sendiri. Kita usah ganggu mereka. Ketuk pintu jika ingin masuk ke bilik mereka.
4. Ambil cuti untuk bersama anak. Gunakan masa cuti untuk bersama mereka.
5. Temujanji dengan anak sama penting dengan orang lain. Bertemu dengan anak-anak yang tidak tinggal bersama misalnya di asrama, universiti kolej. jangan batalkan sesuka hati jika telah berjanji untuk bertemu mereka.
6. Adakan masa untuk mendengarkan luahan hati dan masalkah anak. Jangan memberikan pandangan mengikut kaca mata ibu bapa sahaja. Mereka adalah individu yang berlainan dan tidak boleh menggangap pendapat kita sahaja harus diguna pakai.
7. Mencari masa untuk hadir di dalam acara penting anak. Hadir di dalam hari terbuka yang dianjurkan oleh guru mereka jika mereka masih bersekolah. Hadir majlis konvokesyen, hari anugerah ilmu, Penyerahan buku prestasi, personal headcount. Carilah titik pertemuan dengan guru anak-anak kita. Minta pendapat, bertukar-tukar pendapat. Minta pandangan guru tentang perkembangan anak-anak kita. Bayangkan hati anak-anak kita jika ibu bapa kawan-kawan anak-anak kita hadir dalam pertemuan namun kita tidak hadir dalam pertemuan itu. Alangkah remuknya hati mereka.
Masalah adalah satu proses yang mematangkan dan mendewasakan anak. Ramai ibu bapa hanya ingin mendengar perkara yang baik tentang anak-anak mereka. Mereka hanya mahu anak mereka dipuji oleh guru dan masyarakat. Ada dalam kalangan ibu bapa yang melenting jika anak-anak mereka ditegur. Mendabik dada bahawa hanya mereka sahaja yang boleh mengajar anak mereka. Orang lain tidak perlu mengambil tahu.
Kita perlu sedar bahawa anak-anak kita adalah manusia biasa. Tidak sunyi dari melakukan sebarang kesilapan. Prestasi akademik merosot, tidak mendapat kedudukan yang baik di dalam kelas. Ini adalah perkara biasa. Anak cemerlang ada masalahnya tersendiri. Anak bermasalah apatah lagi. Terimalah teguran seadanya. Siapalah kita yang hanya manusia yang serba kekurangan dan kelemahan.
Apabila mereka ada masalah kepada siapa tempat mereka mengadu ? Jawapannya ialah tentunya kepada kita, ya kita, sebab kita adalah ibu bapa mereka. Jangan sampai mereka mengadu di tempat yang salah. Masya'Allah. Buruk padahnya nanti.
Berilah masa yang secukupnya kepada anak kita. Setiap dari kita adalah pemimpin bagi kelurga. Kepimpinan kita akan dipersoalkan. Tiada seorang pun dari kita akan terlepas apabila berhadapan dengan Allah.
“Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya”. (Maksud Hadis)