Adapun posting ini untuk perkongsian. Berkongsi dalam perkara kebaikan. Kerana teks asal amat sukar diperolehi.
Download di sini Manzil
Dengan Izin Allah, Kita berdoa agar Penulis Dan Penerbit Kitab Manzil dan Sesiapa Sahaja Yang Berkaitan dengannya diberi keberkatan oleh Allah di Dunia dan di Akhirat.
Muqadimah Penulis Manzil.
SURAT DARI MAULANA MUHAMMAD TALHA ANAK SHEIKHUL HADITH MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA(RAH) MENGENAT "MANZIL"
Ayat-ayat Al-Qur'an yang terdapat di bawah ini terkenal di dalam keluarga kami sebagai "Manzil". Alim-ulama dalam keturunan kami
telah memberi keutamaan kepada ayat-ayat tersebut samada dalam doa ataupun amal. Telah menjadi kebiasaan bagi keluarga kami untuk meiatih anak-anak kami mempelajari ayat-ayat "Manzil". Kelebihan dan keberkesanan ayat-ayat Al-Qur'an dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW tentu sekali tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan azimat dan tangkal. Oleh sebab itu kita harus mengutamakan kedua-duanya dalam amal. Rasulullah SAW telah mengajar doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada duniawi atau ukhrawi. Begitu juga telah menjadi amalan kepada alim' ulama untuk membaca ayat-ayat tertentu untuk memenuhi hajat mereka. Amalan membaca "Manzil" ini boleh memberi perlindungan dari gangguan syaitan dan sihir. Ini telah dibuktikan dari banyak pengalaman. Amalan seumpama ini (dengan tambahan atau kurang dari ini) telah disebut dalam kitab-kitab 'Al-Qaulul Jarnil" dan "Behisti Zewar ". Al-Muhaddithin Syah Waliullah Rah tclah menulis dalam kitabnya 'AI-QauIuI Jamil", bahawa, "Tiga puluh tiga ayat tersebut akan menyelamatkan seseorang dari mara bahaya sihir. Di samping itu, seseorang pembaca akan dapat perlindungan dari bahaya syaitan, pencuri, binatang buas dan lain-lain." Maulana'Ashraf Ali Thanawi menulis dalam kitabnya "Behisthi Zewar", " Jika dikhuatiri seseorang telah terkena sihir atau dirasuk syaitan, tulis ayat.ayat tersebut dan gantungkannya pada leher pesakit. Jikalau terdapat gangguan syaitan atau sihir didalam rumah, percikan air tersebut kepada keempat-empat penjuru rumah". Wanita-wanita keluarga kami akan membaca ayat-ayat tersebut daripada al-Qur'an yang telah ditanda di tempat-tempat tertentu ataupun dari kertas yang tertulis secara asing!. Ini telah menyulitkan mereka dan dengan itu usaha telah dibuat untuk terbitkan ayat-ayat "Manzil" sebagai sebuah buku kecil. Suatu perkara yang sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat "Ma'nzil" ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh (menumpukan perhatian kepada Allah SWT)' Sejauh mana seseorang mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat' Tidak syak lagi bahawa nama-nama Allah SWT dan kalimat-kalimatnya mengandungi terlalu banyak berkat.

Maulana Muhammad Talha,
Khandalawi.
(Syaaban 23,1399.)