Disedari atau tidak kecemerlangan dan kegagalan seseorang murid secara mudahnya dipengaruhi oleh 4 faktor.
Oleh yang demikian usaha untuk kecemerlangan perlulah seiring. Guru umpama seseorang yang memimpin seorang murid untuk melintas jalan. Tangan murid tidak boleh dilepaskan. Guru perlu memastikan tiada kenderaan di jalan barulah boleh melintas dengan selamat. Itupun selepas ibu bapa memberikan kepercayaan kepada guru untuk memimpin anaknya sehinggalah menyeberang jalan dengan selamat. Ibu bapa hanya berada di seberang jalan sambil menanti kepulangan anak pada suatu masa yang lain diiringi doa kejayaan untuk anak-anak mereka. Kita semua tahu di jalan raya banyak kenderaan yang dipandu dengan pelbagai gaya dan cara. Tanpa ilmu yang diyakini tentulah tidak berani seorang guru untuk memimpin tangan seorang murid. Intan payung yang menjadi harapan dua ibu bapa. Harapan cemerlang dalam pelajaran. Dengan ilmu dan latihan murid diasuh dan dibimbing. Satu masa tertentu murid ini tidak berada di tangan guru mahupun ibubapanya. Beraktiviti mengikut dan berpandukan aspirasi dirinya. Di tengah-tengah masyarakat. Jika memilih keseronokan sahaja diikuti rakan yang hidup tanpa matlamat. Rakan yang melekakan lumrahnya lebih ramai. Yang sentiasa fokus ? Memang diketahui, sedikit jumlahnya. Namun jika ibu bapa, guru, murid dan persekitarannya sangat perihatin, di hujung usaha untuk sebuah kecemerlangan ditentukan oleh takdir. Walaupun pada akhirnya takdir, semua pihak perlu memainkan peranannya di tempat masing-masing. Kita perlu mengambil iktibar dari kisah seorang gembala kambing yang bertawakal sewaktu meninggalkan kambingnya, sedangkan kambingnya tidak ditambat dengan talinya. Satu usaha yang sia-sia.