Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

21 November 2009

aspirasidiri : Sebahagian Anugerah Kejayaan

Pelajar cacat 5A terima komputer riba

BESUT 20 Nov. - Pelajar cacat yang memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam, menerima sebuah komputer riba sumbangan kerajaan negeri hari ini.
Siti Norfarah Azman, 12, dari Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud II (SKTMII) menerima komputer tersebut daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusoif.

Muhammad Pehimi ditemani oleh isterinya, Roslida Daud mengunjungi rumah keluarga pelajar itu di Kampung Terbak, Kampung Raja dekat sini yang turut disertai Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Abdul Halim Hassan dan Guru Besar SKTMII, Mohamad Abdul Wahab. .
Siti Norfarah adalah antara 40 orang pelajar SKTMII yang berjaya memperolehi 5A dalam UPSR tahun ini dan menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta sejenis penyakit kerapuhan tulang.
Sejak berada di tahun satu, ibunya, Norhaida Harun, 38, begitu cekal kerana sanggup mendukung Siti Norfarah untuk pergi dan pulang dari sekolah semata-mata tidak mahu anaknya itu terpinggir dari mengikuti pelajaran.
Sebelum ini, Siti Norfarah pernah mengalami patah tulang paha dan tangan kerana terjatuh, namun segala-galanya dihadapi dengan tabah sehingga akhirnya berjaya memperoleh 5A.
Bagi Norhaida, hanya pelajaran yang mampu diberikan kepada anaknya itu memandangkan dirinya sendiri tidak mempunyai banyak harta untuk diwariskan.

 

Murid rabun, albino dapat 5A


Nur Aztul Khazizi bersama dua rakannya Masniah Abdul Khalim (kiri) dan Ahmad Syahmi Zamir Ahmad Zaki dari Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Felda Lurah Bilut, Bentong turut mendapat 5A dalam UPSR, semalam.


BENTONG 20 Nov. - Murid pendidikan khas, Nur Aztul Khazizi, 12, yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membuktikan masalah penglihatan dan kulit tidak menghalangnya untuk meraih keputusan cemerlang.
Selain rabun, murid Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Felda Lurah Bilut itu turut menghadapi masalah kulit albino yang menyebabkan dia tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari.
Malah, kedua-dua masalah itu menjadikan anak keempat daripada lima beradik itu semakin cekal dan berazam untuk menjadi pelajar cemerlang.
"Saya melakukan apa yang rakan-rakan lain lakukan iaitu selain belajar di kelas, saya turut menghadiri tuisyen pada sebelah petang dan malam di sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia dekat sini hari ini.
Dia tidak mempunyai petua khusus untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR itu.
Yang penting, jelasnya ialah memberi tumpuan dalam kelas ketika guru mengajar, mengikuti tuisyen serta tekun membuat ulang kaji di rumah.
Walaupun kulitnya tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari tetapi ia bukan halangan untuk Nur Aztul untuk menyertai aktiviti kokurikulum.
"Saya menyertai Persatuan Puteri Islam dan bermain bola tampar. Saya juga mewakili sekolah ke pertandingan menghafaz al-Quran peringkat daerah Bentong," katanya yang kini menjadi anak yatim setelah bapanya, Khazizi Mohd. Lot meninggal dunia pada 31 Ogos tahun lalu.

Pesan arwah ibu jadi pendorong raih 5A

JASIN 20 Nov. - Kematian ibu bapa sehingga terpaksa menumpang kasih dengan saudara, tidak mematahkan semangat Muhammad Zikri Mohd. Yunan untuk meraih keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam.
Setelah kehilangan kasih bapa, Mohd. Yunan Rabau yang meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu, hidup Muhammad Zikri semakin tertekan apabila ibunya, Khalijah Mansur pula meninggal dunia pada Mac lalu akibat menderita penyakit buah pinggang.
Walaupun bersedih dengan kematian kedua ibu bapanya, namun Muhammad Zikri berazam untuk meraih keputusan cemerlang dalam UPSR seperti pesanan arwah ibunya agar belajar bersungguh-sungguh sebelum meninggal dunia.
''Sejak ketiadaan ibu bapa, saya dan adik menumpang hidup dengan adik ibu yang dipanggil Pak Ngah. Dialah yang membesarkan saya dua beradik. Agak terkilan juga sebab arwah ayah dan ibu tiada di sisi untuk berkongsi kegembiraan ini," katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau 1 di sini semalam.
Tanpa ditemani sesiapa ketika menaiki pentas sekolah untuk mengambil slip keputusan UPSR, Muhammad Zikri mengakui cemburu apabila melihat rakannya yang lain menerima ciuman daripada ibu bapa mereka atas kejayaan yang diperoleh.
''Tidak mengapalah, yang penting hari ini saya berjaya menunaikan permintaan ibu dan saya tahu ibu dan ayah pasti gembira dengan kejayaan saya mendapat keputusan 5A dalam UPSR ini," katanya.
Muhammad Zikri merupakan antara 79 murid sekolah itu yang mendapat 5A daripada keseluruhan 128 calon yang menduduki peperiksaan tersebut.
Dia yang bercita-cita menjadi seorang juruterbang tidak pernah menyangka akan mendapat keputusan 5A setelah hanya mampu meraih 1A 4B dalam peperiksaan percubaan sebelum ini.
Namun katanya, pesanan arwah ibu sentiasa menjadi pendorong dan penguat semangatnya untuk memperbaiki kelemahan.

No comments:

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri