Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi  sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri  Taman Kluang Barat 2011
  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ  الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ  يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ  وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ   اَللَّهُمَّ  صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا  مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ  الْحَاجَاتِ  وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ  وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ  وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ
اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan  dan Konvokesyen Pra Sekolah  SK Seri Taman Kluang Barat, 2011
اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Kami  memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan  rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis  ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para  pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di  sekolah yang bertuah ini . 
اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ
Di  saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar  Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai  samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan  seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan  yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
 اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Jadikanlah  pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari  ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini.  Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan  gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam  bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami  memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis  anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain  supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk  mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ 
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا  رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا 
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
 
Ya  Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang  dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan  yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri  kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan  kami dari memperolehi rahmat
رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
 وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ 
 وَصَلَّى  الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ  أَجْمَعِيْنَ  وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.