sumber : buku Cemerlang aku cemerlang_Hj Ishammudin Hj Ismail_Pusat Ilmu Jelatik_2007
Sekiranya saya.....
Dalam kehidupan ini anda sebagai seorang pelajar hanya mempunyai dua pilihan dalam tindakan dan perancangan. Andalah yang membuat pilihan tersebut.
- Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang BERJAYA , maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang GAGAL.
- Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang rajin, maka sebenarnya sedang merancang untuk menjadi sorang pelajar yang malas.
- Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi pelajar yang PANDAI DAN BIJAKSANA maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang BODOH dan DUNGU.
- Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang BERDISIPLIN, maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang CINCAI.
- Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang PEKA, maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang PEKAK.
- Sekiranya saya tidak merancang untuk menjadi seorang pelajar yang UNGGUL, maka saya sebenarnya sedang merancang untuk menjadi seorang pelajar yang TUNGGUL.
Kejayaan = Matlamat+Usaha + Peluang