Sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat. Cuba anda tanya dan jawab persoalan ini......
- Adakah waktu belajar saya setakat ini mencukupi ? ya / tidak
- Adakah saya menambah waktu belajar saya menjelang peperiksaan ? ya / tidak
- Adakah waktu rehat saya berlebihan ? ya / tidak
- Adakah saya menggunakan waktu rehat apabila waktu peperiksaan semakin hampir ? ya / tidak
- Adakah saya membaca nota ketika saya menunggu kenderaan semasa hendak pergi dan balik dari sekolah ? ya / tidak
- Adakah saya membaca nota saya semasa di dalam perjalanan yang jauh ? ya / tidak
- Adakah saya melakukan aktiviti pembelajaran semasa cikgu lambat atau tiada di dalam kelas? ya / tidak
- Adakah saya menggunakan sedikit masa untuk matapelajaran yang saya lemah atau tidak minat ? ya / tidak
- Adakah saya menghabiskan terlalu banyak masa terhadap masa yang saya minati ? ya / tidak
- Dengan pengurusan masa belajar yang saya amalkan selama ini, adakah pencapaian yang diperolehi memuaskan hati saya ? ya / tidak
Walaupun kesemua persoalan di atas boleh di jawab dengan mudah samada ya / tidak, kedua-dua jawapan itu mempunyai hubungan yang signifikan dengan keputusan yang diperolehi.
Bincanglah jawapan anda dengan guru anda kerana guru anda mengenali anda dengan lebih dekat lagi. Insya Allah guru anda akan dapat membantu anda. Guru anda akan bangga dengan kejayaan anda. Insya Allah.
Bincanglah jawapan anda dengan guru anda kerana guru anda mengenali anda dengan lebih dekat lagi. Insya Allah guru anda akan dapat membantu anda. Guru anda akan bangga dengan kejayaan anda. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment