Assalammualaikum.
Buat Tatapan Intan Payung Tersayang CALON UPSR 2009.
UPSR semakin berada di ambang pertemuan (8.9.2009) Sesungguhnya UPSR kian hampir. Namun perlu dihadapi dengan penuh ketenangan dan berstrategi . Tidak perlu rasa tertekan, hilang arah dan tiada panduan. Sebagai Calon UPSR 2009, guru adalah teman yang paling setia di dalam memburu kecemerlangan. Kemukakanlah apa sahaja persoalan yang bersarang di minda. Insya Allah, insan bergelar guru akan cuba sedaya upaya membantu demi kecemerlangan anak didiknya dengan izin ALLAH.
Melazimkan dengan 3T
ntan payung yang dikasihi sekalian...
T Pertama TAKBIR
Sebagai seorang anak kita perlu dengan rasa rendah diri sentiasa menjadikan kesungguhan di dalam mengejar cita-cita sebagai keutamaan. Itulah yang diharapkan oleh ayahanda dan bonda kita. Namun ianya perlu dilaksanakan dengan IKHLAS. Sentiasa mendahulukan niat kerana Allah, agar apa yang dilakukan mempunyai nilai IBADAH sebagai bukti Ta'abudilallah. Usaha WAJIB dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Natijah dari kesungguhan itu diserahkan kepada ALLAH. Tawakal dengan makna yakin segala keputusan adalah dengan takdir ALLAH. Usaha kita bermatlamatkan 5A dengan izin ALLAH. Agar segala usaha tidak menjadi sia-sia pastikan niat kerana ALLAH dan diiringi dengan IKHLAS. Apabila Kamu Berazam, Maka Bertawakallah
Kepada Allah. Kita perlu kejayaan yang bernatijhkan keberkatan. Insya'Allah.Setelah membulatkan diri dan menyerahkan segala keputusan dan ketentuan kepada ALLAH sudah pasti kita akan diuj. Kita akan diuji sama ada dengan ujian kejayaan dan kegagalan.
Apabila Allah mentakdirkan kita memperoleh 5A dalam UPSR, ini bermakna azam dan cita-cita kita tercapai. Ini bermaksud ALLAH mentakdirkan kita berjaya menggengam 5A. Kita perlu BERSYUKUR. Apabila kita dianugerahi kejayaan, kita perlu bersyukur "ALHAMDULILLAH". Bersyukur dengan nikmat kejayaan. Sifat rasa bersyukur perlu ada. Kerana sifat ini menghindarkan diri kita dari sifat RIAK, ( bangga diri, tak sedar diri). Sesungguhnya ada orang lain yang bertanggungjawab menjadikan kita berjaya dengan cemerlang.
Begitulah juga apabila ALLAH mentakdirkan kita tidak berjaya memperoleh 5A, kita sebenarnya diuji dengan kegagalan. apabila kita merasakan diri kita gagal, kita perlu BERSABAR, Sesungguhnya Tiada Upaya Kita Melainkan Dengan Kudrat dan Iradah ALLAH. Hikmah disebalik kesabaran kerana kegagalan ini adalah kita akan menjadi insan yang mempunyai Jati Diri yang tinggi, kesabaran yang memberi kesan dan hati yang tabah.
Ingatlah yang penting ialah BERSYUKUR apabila menerima kejayaan dan BERSABAR apabila menerima kegagalan. (Bersambung).........
T Kedua TADBIR.
Sebagai CALON UPSR 2009 sememangnya masa kian menghambat. Tarikh 8 September 2009 semakin hampir. Para CALON UPSR 2009 perlu menstruktur masa yang tinggal ini dengan berkesan. Ya, TADBIR masa dengan berkesan. Senaraikan perkara keutamaan ketika ini. (To do list). Mengutamakan aktiviti menjurus kepada persiapan menghadapi persiapan UPSR 2009 dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan perkara yang dianggap penting juga iaitu memantapkan kerohanian.
Contoh To do list
1. Menjawab soalan SEBENAR tahun-tahun lalu.
2. Menjalankan simulasi UPSR (Jawab soalan / latihan seolah-olah sedang menghadapi UPSR sebenar)
3. Hadir program anjuran sekolah (Program teknik menjawab, motivasi)
4. Menjaga kesihatan pada tahap tinggi.
5. Meningkatkan amalan kerohanian.
6. Sentiasa berdampng dengan guru.
Contoh Not To do list
1. Tidak hadiri sekolah, aktiviti anjuran tanpa sebab.
2. Aktiviti menonton TV, games, Internet, SMS, (perlu kawalan.)
3. Bercuti kecuali dengan sebab kecemasan.
4. Meninggalkan aktiviti yang tidak membantu (bermain dengan kawan)
Bersambung....
Terakhir dikemaskini (Jumaat, 10 Julai 2009 03:03)