Didikan Rohani Dengan Ibadah.
عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.
Admin : Tahniah kepada Calon SPM yang telah menggengam kejayaan yang cemerlang. Kepada Calon SPM yang Tidak mendapat keptusan seperti yang diharapkan usahlah putus asa. Ceburi bidang seterusnya melalui pilihan-pilihan lain.
Nor Asma Diyana menunjuk keputusan SPM kepada kedua ibu bapanya.
POKOK SENA - “Saya mahu tunjukkan bahawa kemiskinan dan mempunyai ramai
adik-beradik tidak pernah menghalang untuk kita berjaya. Semuanya
bergantung kepada hasil usaha kita sendiri.
Kejayaan ini saya hadiahkan buat kedua ibu bapa yang banyak memberi
galakkan,” kata Nor Asma Diyana Abdullah, 17, selepas berjaya dalam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.
Nor Asma Diyana berkata, kemiskinan yang membelenggu kehidupan keluarga
itu menjadi semangat kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh hingga
berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini.
Menurutnya, keperitan ibu bapanya menjaga 10 adik-beradiknya dengan
bergantung hidup mengusahakan sawah memberinya semangat untuk belajar
hingga menjadi pelajar kedua terbaik di Sekolah Menengah Sains Pokok
Sena.
Dalam keputusan SPM yang diumumkan semalam, dia mendapat 7A+ dalam
subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik
Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Manakala Bahasa Inggeris dan Biologi
beliau mendapat 2A.
“Kejayaan saya ini diharap akan menjadi pencetus semangat kepada dua
adik kembar yang turut belajar di sekolah asrama penuh ini.
"Semangat untuk berjaya dan keluar dari kepompong kemiskinan memberi
kekuatan kepada saya untuk berjaya seperti hari ini,” katanya yang
bercita-cita menjadi doktor pergigian.
Menyentuh tentang rahsia kejayaannya, dia membuat ulang kaji pelajaran
sejak dari awal tahun lagi dan memberi perhatian semasa guru mengajar.
Katanya, tiga bulan menjelang peperiksaan dia banyak melakukan ibadat
dengan mengadakan solat hajat selepas solat waktu secara berjemaah dan
membaca al-Quran kerana ia banyak memberi ketenangan.
“Selain itu, saya juga turut menjaga makan dan minum dengan tidak
mengambil minuman kafein serta banyak makan kismis bagi memudahkan
menghafal pelajaran,” kata anak ketujuh dari 10 beradik itu.
Bagi Abdullah Man, 60, dia bersyukur kerana doanya selama ini untuk
melihat anak-anaknya berjaya dalam pelajaran telah dimakbulkan oleh
ALLAH.
Katanya, sering memberi semangat kepada anaknya supaya belajar
bersungguh-sungguh dan dapat mengubah nasib hidup mereka pada masa akan
datang.
Bagaimanapun dia turut mengucapkan terima kasih kepada guru sekolah yang banyak mendidik anaknya hingga berjaya.
Muhammad
Abd Rahman bersama bapa, Ismail Omar; ibu, Siti Hamidah dan adiknya,
Siti Norafiqah ketika mengambil keputusan SPM 2013 di SM Imtiaz Besut,
semalam.
BESUT - Seorang pelajar yang menghidap penyakit coat desease (masalah
penglihatan) sejak kecil pada mata sebelah kiri membuktikan kecacatan
dialaminya, bukan penghalang untuk dia berjaya.
Muhammad Abd Rahman Ismail, 18, yang hanya dapat melihat melalui mata
kanan, boleh berbangga apabila memperoleh 11A dalam keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan, semalam.
Kejayaan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Besut Yayasan Islam Terengganu
itu sekali gus menjadikan dia pelajar terbaik daerah apabila memperoleh
9A+ dan 2A.
“Kecacatan yang saya alami tidak mematahkan semangat, malah menjadi
pendorong buat saya untuk belajar dengan lebih tekun. Walaupun melihat
dengan hanya sebelah mata, ia menjadikan saya lebih bersyukur kepada
ALLAH SWT,” katanya.
Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, antara resipi
kejayaannya adalah memberi tumpuan ketika di dalam kelas dan bertanya
guru jika tidak faham.
Katanya, dia turut berkongsi ilmu dengan rakan sekolahnya, selain belajar secara berkumpulan.
Selain cemerlang akademik, anak pasangan pensyarah sebuah kolej swasta dan guru itu turut mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran.
“Saya berjaya menghafaz al-Quran sejak di tingkatan tiga lagi selepas
menghafal selama tiga tahun bermula dari tingkatan satu, menghafal
al-Quran memang wajib di sekolah ini,” katanya.
Menurutnya, makanan berkhasiat juga terbukti membantu ingatannya
termasuk membaca al-Quran, dan penguasaan dalam agama pula membantu
kecemerlangan dalam akademik.
"Pihak sekolah memang bekalkan kami yang tinggal di asrama dengan
makanan berkhasiat untuk minda seperti susu, kismis dan madu," katanya.
Dia yang bercita-cita menjadi pensyarah berhasrat melanjutkan pengajian di Darul Quran untuk mendalami pengajian Sunah
Izzah (kiri) dan Faqihiyah menunjukkan slip SPM mereka, semalam.
KOTA BHARU - Rajin berzikir dan solat hajat, memberi keyakinan kepada
dua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 12A
dari Maahad Muhammadi Perempuan, semalam.
Faqihiyah Abu Bakar, 18, yang berasal dari Lundang, berkata, dia
sememangnya tidak sangka meraih keputusan cemerlang itu kerana hanya
memperoleh 10A dalam peperiksaan percubaan.
“Saya mempunyai bilik belajar sendiri di rumah dan sentiasa solat hajat
serta mengamalkan zikir dalam usaha mendapatkan keputusan cemerlang
ini.
“Dalam peperiksaan percubaan, saya hanya dapat B+ untuk mata pelajaran
Fizik dan C bagi Matematik Tambahan, justeru, saya beri penekanan dan
akhirnya kedua-dua subjek ini saya peroleh A- dan A,” katanya.
Sementara itu, bapanya, Abu Bakar Abdullah Kutty yang juga Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan, berkata, dia sentiasa memantau
pelajaran anaknya.
Ibunya pula, Fatimah Hassan, 51, berkata, anak ketiga daripada enam
beradik itu tidak makan makanan segera dan organ dalaman, sebaliknya
gemar makan kismis, madu serta kurma.
“Dia banyak berzikir di rumah dan setiap hari saya akan pastikan anak
makan sebelum jam 7 malam bagi memberi laluan kepadanya berzikir di
bilik,” kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor ini.
Sementara itu, seorang lagi pelajar 12A, Izzah Khairul Anuar, 18, dari
Kampung Talak, Cabang Empat Tumpat berkata, dia hanya memperoleh
keputusan sederhana ketika peperiksaan percubaan dan pernah gagal untuk
subjek Kimia.
“Namun, guru kelas, Rohiah Mohamad selalu memberi semangat dengan
menepuk di belakang saya semasa dalam kelas yang membuatkan saya
menginsafi diri dan bersemangat,” kata anak kepada guru Maahad Muhammadi
Lelaki.
Alor Setar: Kecacatan fizikal bukan penghalang buat Muhammad Hadi
Darus, 17, bagi membuktikan dirinya mampu berjaya dalam pelajaran
seperti pelajar normal apabila diumumkan memperoleh keputusan cemerlang
11A bagi calon berkeperluan khas (CBK) dalam keputusan peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang diumumkan, semalam.
Muhammad Hadi, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama
Kedah, di sini, yang dilahirkan tanpa lengan dengan hanya jari di bahu
juga tidak boleh berjalan berikutan kedua-dua kakinya membengkok sejak
berusia dua tahun.
Walaupun dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) apabila
terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak serta menulis
menggunakan kaki kiri, namun ia tidak melemahkan semangatnya untuk
mengubah nasib diri.
Pelajar berkenaan mendapat A dalam 11 mata pelajaran iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Bahasa Arab Tinggi,
Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Pendidikan al-Quran dan
Al-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah.
HADI (kanan) menerima ciuman daripada ayahnya selepas memperoleh 11A dalam keputusan SPM.
Muhammad Hadi berkata, dia gembira apabila turut diumumkan sebagai
antara pelajar terbaik di peringkat negeri sekali gus membuktikan segala
penat lelah membuahkan hasil.
Fathah
Fasihah bersama ibunya menaiki beca yang dikayuh bapanya sebagai
‘hadiah’ kepada kejayaan pelajar itu yang memperoleh 11A dalam semua
mata pelajaran SPM 2013.
SABAK BERNAM – Rahsia seorang ustazah Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa)
menunaikan solat hajat dan membaca surah Yasin sepanjang anaknya
menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi kunci utama kepada
kejayaan, Fathah Fasihah Mohd Mutalabisin, 18, apabila memperoleh 11A
dalam semua mata pelajaran.
Kejayaan itu lebih bermakna, apabila Fathah Fasihah yang bersekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Simpang Lima diumumkan sebagai
pelajar terbaik 2013 apabila memperoleh gred A satu (cemerlang
tertinggi) kecuali mata pelajaran biologi.
Fathah Fasihah berkata, sejak dari Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) lagi, ibunya, Siti Hazar Mohammad Ayon, 46, tidak pernah
mengabaikan tanggungjawab bermunajat kepada ALLAH agar anak-anaknya
memperoleh keputusan cemerlang.
“Kalau tanya kepada saya, mungkin kejayaan ini adalah berkat doa ibu
yang tak pernah putus-putus bermohon kepada ALLAH agar saya dan
adik-beradik lain dapat menjawab peperiksaan dan lulus dengan
cemerlang,” katanya.
Fathah Fasihah berkata, ibunya yang mengajar di Kafa Taman Seri Indah,
Sungai Besar menjadi pendorong utama kejayaannya selain sokongan dan
dorongan daripada bapanya, Mohd Mutalabisin Maryaman, 49, serta
guru-guru di sekolah.
“Saya bukanlah pelajar yang fokus di dalam kelas, tetapi apabila pulang
dari sekolah, saya akan mengulang kaji pelajaran dan pastikan apa yang
diajar guru difahami dengan membuat banyak latihan,” kata anak kedua
daripada tiga beradik itu.
Fathah Fasihah yang bercita-cita menjadi doktor gigi berkata, dia juga
mengamalkan bacaan surah al-Quran sekurang-kurangnya 10 muka surat
setiap hari bagi mendekatkan diri kepada ALLAH dan terbukti amalan itu
berkesan serta memudahkannya mengingati setiap pelajaran yang diajar
guru. “Kadang-kadang saya ada juga bangun malam untuk Qiamullail. Tapi amalan
yang saya buat dari dulu ialah membaca al-Quran kerana saya yakin
apabila kita dekat dengan-Nya, Insya-ALLAH semua yang kita usahakan akan
diberkati,” katanya.
Siti Hazar berkata, berkat mengamalkan solat hajat dan bacaan Yasin,
tiga anaknya itu berjaya dalam pelajaran dan beliau ingin berkongsi
rahsia kepada umat Islam lain agar tidak sesekali melupakan ALLAH dalam
setiap perbuatan yang dilakukan.
“Kita ada Pencipta, jangan malu mohon kepada ALLAH kerana Dia
sebaik-baik penentu. Sebagai hamba, kita hanya mampu berusaha, ikhtiar
dan berdoa, tetapi segala-galanya atas kehendak-Nya,” katany
Ke mana selepas SPM ? Mendalami Bidang Akademik ? Mendalami Bidang Kemahiran ? ..... Emmmm ada satu lagi bidang yang kelihatan dipinggirkan di dalam ruang pemikiran.... Bidang Agama. Pilihlah bidang yang merentasi ketiga-tiga bidang... Paling kurang Bidang Komputer dan bidang Pengajian Islam ( usuluddin / syariah / )... Jika pilih bidang ekonomi cuba lihat dan ambil bidang ekonomi Islam, Jika minat undang-undang... belajarlah undang-undang sivil dan undang-undang syariah..... belajar psikologi belajar sekali dengan bidang kaunseling Islam.... Kita biasa dengan di peringkat menengah rendah kelas intergerasi.... aliran biasa di tambah dengan belajar bahasa arab..... begitu juga di universiti...... apa penting ini semua ? Jika ditakdirkan Allah kita menjadi ir biarlah tahu hukum fekah..... jadi doktor perubatan.... doktor yang hafiz..... lihat sahaja di timur tengah... imam hafiz mereka juga seorang berkelulusan kejurteraan.... Bukankah kita sering membaca berita di dada akhbar.... indeks jenayah semakin bertambah.... mengapa ianya berlaku ?.... salah satu puncanya penghayatan ilmu hanya sebahagian semata-mata. Ilmu Agama ? Semacam terpinggir. Ada kelulusan dalam bidang kewangan ... tetapi kewangan konvensional sahaja tanpa pengetahuan di dalam bidang kewangan Islam...... Kitalah generasi masa depan. Biarlah ilmu dunia dan Ilmu akhirat didalami dan digali bersama. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat memimpin hidup kita dari dunia sampailah ke akhirat. Bukankah selepas hidup di dunia kita akan mati. Itulah sunatullah. Kemudiannya akan dihidupkan pula di akhirat yang kekal abadi ? Kejar ilmu dunia jangan sampai lupa kepada ilmu-ilmu akhirat, nanti mengukur urusan kehidupan di dunia dengan ilmu dunia semata-mata. Kelak kita akan rugi ketika di akhirat sana.Barang siapa hendakkan dunia maka dengan ilmu. Barang siapa hendakkan akhirat maka dengan ilmu. Barang siapa inginkan keduanya maka sayugialah dengan ilmu.Jangan pula ada yang tersalah ..... hanya kejar ilmu akhirat semata-mata, tinggalkan ilmu dunia, buruk juga padah jadinya. Buatlah pilihan berpandukan agama. Insya Allah, kita pasti akan selamat.
MINGGU ini debaran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu pasti terungkai, sekali gus bakal menentukan perjalanan masa depan sama ada memperoleh keputusan cemerlang atau sebaliknya.
Pelajar yang mencapai keputusan cemerlang sudah tentu bercita-cita melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi sementara bagi keputusan sederhana pula mencari institusi setara kelayakan.
Pilihan apakah yang boleh dilakukan bagi memastikan setiap keputusan tidak sia-sia, sebaliknya menjamin kehidupan lebih sempurna?
Ketua Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Kamaliah Abu berkata, banyak pilihan yang boleh dibuat berdasarkan keputusan diperoleh.
Menurutnya, cemerlang atau tidak, pelajar seharusnya terus memandang ke depan dan bersedia merangka pelbagai perancangan.
“Sebaik saja memperoleh keputusan, bersikap optimis dan segera merancang langkah seterusnya bagi memulakan penghijrahan kehidupan baru.
“Berjaya atau tidak bukan persoalan kerana setiap pelajar mempunyai peluang dan pilihan sama tara untuk membina masa depan. Mungkin caranya saja berbeza.
“Paling penting, pemilihan peluang perlu tepat supaya dapat membantu pelajar membina masa depan lebih baik,” katanya.
Setiap pilihan perlu diberi pertimbangan wajar dengan menekankan segala aspek kemungkinan walaupun pelajar membuat keputusan sama ada ingin melanjutkan pengajian, menceburi bidang kerjaya atau menduduki semula peperiksaan.
Keputusan yang diambil juga mestilah selari dengan hasrat pelajar dan bukan disebabkan paksaan bagi mengelakkan masalah pada masa depan.
“Pelajar perlu tahu kehendak sebenar diri sendiri. Pilih pilihan yang benar-benar diingini supaya tidak menyesal atau menimbulkan masalah.
“Pertimbangan perlu dibuat secara rela dan bukan paksaan demi kebaikan bersama. Jangan buat keputusan terburu-buru atau mengikut kehendak orang lain.
“Buatlah keputusan bijak biar pun keputusan itu ada kalanya tidak menggembirakan orang lain,” katanya.
SPM diiktiraf sebagai penanda aras pencapaian akademik bagi menentukan hala tuju masa depan pelajar.
Mengakui SPM boleh membawa pelbagai definisi, beliau mengharapkan pelajar melihat konsep pendidikan dengan lebih terbuka di samping peluang yang sentiasa terbentang luas.
Menurutnya, bagi yang berjaya, boleh meneruskan hasrat melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi pilihan dalam pelbagai peringkat seperti matrikulasi, diploma atau ijazah.
Sementara yang gagal atau kurang berjaya pula masih boleh memilih institusi berasaskan kemahiran yang juga banyak menawarkan program berprestasi tinggi di pasaran.
“Hari ini, negara mempunyai banyak institusi yang mampu membuka peluang melanjutkan pengajian dengan rangkaian menyeluruh sama ada awam atau swasta juga tempatan dan antarabangsa.
“Ada pelbagai pilihan boleh dilakukan termasuk berdasarkan minat dan cita-cita yang boleh memenuhi keinginan pelajar. Pilih saja dan tentukan hala tuju masa depan yang diingini.
“Justeru, tidak timbul isu tidak berpeluang melanjutkan pelajaran disebabkan faktor seperti tidak layak atau tidak pandai,” katanya.
Biar apa pun pilihan itu, penting pelajar komited melaksanakannya dan menanam kukuh keinginan untuk lebih berjaya selain positif setiap pilihan adalah yang terbaik.
“Sememangnya pilihan itu disediakan bagi membantu mengikut keperluan semasa dan individu. Pilihan yang betul boleh memberi banyak kelebihan.
“Jangan terpengaruh atau susah hati dengan tanggapan negatif sedia ada. Setiap individu ada cara masing-masing untuk memacu dan membina kejayaan,” katanya.
Antara pilihan adalah melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi, diploma, persediaan ke luar negara, politeknik, institusi pendidikan guru, tingkatan enam, kemahiran khusus dengan syarikat perkapalan atau penerbangan, akademi, keusahawanan atau melangkah ke alam pekerjaan.
Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian peringkat matrikulasi, umpamanya perlu mempunyai persediaan mental dan fizikal kuat bagi melalui tempoh pengajian singkat sementara diploma pula bagi tujuan pasaran kerjaya atau melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda.
“Setiap pilihan ada pro dan kontra. Jika memilih matrikulasi, pelajar perlu sentiasa cemerlang sementara diploma pula mempersiapkan mereka untuk meneroka pasaran kerjaya atau menyambung pengajian.
“Semuanya ada cabaran tersendiri yang memerlukan usaha gigih untuk menikmati kejayaan,” katanya menolak tanggapan pandangan pelajar gagal atau kurang cemerlang tiada masa depan.
“Tidak berjaya dalam akademik bukan bermakna kegagalan sepenuhnya dalam hidup. Bidang kemahiran masih ada dan semakin mendapat perhatian luar biasa industri.
“Banyak institusi menawarkan program latihan berbentuk kemahiran dengan kemudahan sokongan kewangan. Pelajar boleh menggunakan platfom ini untuk mempertingkatkan kemahiran diri.
“Mungkin tidak gah seperti belajar di universiti namun penghasilannya juga lumayan. Tidak perlu berputus asa atau kecewa kerana tidak dapat memasuki universiti, sebaliknya realistik menghadapi situasi,” katanya.
Pelajar yang memilih institusi kemahiran disaran mengikuti program teknologi maklumat, pendawaian, automotif, perkhidmatan dan keusahawanan kerana prospek masa depan cerah.
“Pasaran kerjaya bidang ini cukup luas kerana tidak ramai mempunyai kemahiran aspek teknikal. Ini juga satu jaminan kerjaya biarpun tanpa kelulusan tinggi dan tidak rugi mengikutinya,” katanya.
Pelajar yang mahu melanjutkan pengajian juga perlu bijak memilih kursus bagi mengelakkan digelar penganggur terhormat kelak.
“Jangan pilih kursus yang tidak diminati atau kurang permintaan majikan. Sebaiknya ikuti perkembangan semasa industri supaya selalu mendapat maklumat terkini.
“Bagaimanapun, antara faktor pelajar menganggur kerana sikap memilih pekerjaan selain paksaan belajar kursus tidak disukai.
“Justeru, cuba dapatkan maklumat menyeluruh mengenai program dan bandingkan sama ada ia memenuhi kriteria minat atau sebaliknya,” katanya.
Pelajar juga boleh menduduki semula peperiksaan bagi memperbaiki keputusan atau bekerja bagi mencari pengalaman.
“Dunia semakin maju, bidang kerjaya juga sudah meluas dan mencabar. Sama ada akademik atau kemahiran, setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing.
“Sentiasa optimis mengharungi kehidupan, itulah sebenarnya resipi kejayaan hidup,” katanya.
Sekitar Pengumuman SPM 2011
‘Tiga Abdul’ cemerlang
Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
MANTAP...(dari kanan) Abdullah Romli, Abdul Rahim dan Abdul Razak.
JITRA: Tiga beradik kembar yang lebih dikenali dengan nama ‘Tiga
Abdul’ mencatat sejarah bagi Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
(SMSAH), di sini, apabila memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan, semalam.
Abdullah Romli, Abdul Rahim dan Abdul Razak masing-masing berusia
18 tahun menganggap kejayaan mereka sebagai hadiah kepada ibu bapa yang
banyak berkorban serta memberi semangat kepada mereka.
Abdullah memperoleh keputusan 7A 2B; Abdul Rahim meraih 9A manakala
Abdul Razak mendapat 8A 1B. Abdullah berkata, dia dan adik-adiknya
tidak menyangka mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu
kerana ketika peperiksaan percubaan, mereka mendapat keputusan kurang
baik.
Menurutnya, rahsia kejayaan mereka mendapat keputusan cemerlang
dengan sentiasa memberi tumpuan ketika guru mengajar dan mengulang kaji
pelajaran cara mereka.
“Kami bertiga selalu mengadakan
perbincangan setiap malam dan akan merujuk kepada rakan lain seterusnya
kepada guru jika tidak dapat menyelesaikan masalah.
“Selain
itu, kami sering membaca al-Quran dan melakukan solat hajat terutama
ketika menghadapi peperiksaan bagi mencari ketenangan.
“Kami juga mengamalkan makan kismis tujuh biji sebelum masuk ke
bilik peperiksaan,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor bersama dua
lagi adik kembarnya.
Abdul Rahim juga berterima kasih
kepada guru SMSAH yang banyak membantu mereka bersaudara, malah tidak
jemu memberi tunjuk ajar serta sanggup datang pada waktu malam untuk
mengajar terutama ketika menjelang hari peperiksaan.
“Memandangkan tinggal di asrama, kami menganggap guru seperti ibu
bapa juga yang sentiasa mengambil berat sama ada pelajaran mahupun
kehidupan seharian di asrama,” katanya yang menjadikan mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai idola.
Sementara
itu, Abdul Razak pula berkata, walaupun gembira dengan pencapaian
mereka, namun terkilan kerana seorang lagi kembar mereka, Abdul Rahman
tidak dapat meraikan kejayaan itu bersama apabila meninggal dunia akibat
komplikasi buah pinggang ketika berusia lima tahun.
Lagi Kisah Kecemerlangan
AMPANG: Menjadikan amalan belajar secara
berkumpulan membuahkan hasil apabila tujuh sekawan memperoleh keputusan
cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang diumumkan
semalam.
Kecuali Izzat Amir Ihwan, dan Haizer Khaizy, memperoleh 5A+, empat
dari mereka, Muhammad Amirul Mustaqim Mohamed Umar, Nur Adirah Ismail,
Yap Shing Yee, Qistina Zainudin memperoleh 9A, manakala Jennifer Shalini
Peter mencatat keputusan luar biasa dengan 10A+.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Indah itu turut mempunyai cita-cita sama, iaitu menjadi jurutera.
Semua mereka yang berusia 18 tahun itu turut tidak menduga
memperoleh keputusan cemerlang memandangkan ketika peperiksaan
percubaan, mereka memperoleh keputusan ‘cukup makan’ saja.
Qistina ketika ditemui berkata, selain memberi tumpuan sepenuhnya
dalam kelas dan membuat latihan berulang kali, ahli kumpulannya turut
belajar berkumpulan pada waktu petang.
“Sebenarnya kami tidak menetapkan waktu tertentu untuk belajar, terpulang kepada masa yang terluang.
“Memandangkan kami tinggal di taman perumahan di sini, ia memudahkan kami belajar bersama,” katanya di sini, semalam.
Semua pelajar itu turut mengucapkan terima kasih kepada guru yang banyak memberi sokongan moral.
Yap berkata, semua rakannya turut meminati mata pelajaran Matematik
dan lebih membanggakan mereka memperoleh A+ dalam Matematik dan
Matematik Tambahan.
“Saya belajar bersungguh-sungguh beberapa bulan sebelum peperiksaan bermula,” katanya.
Lagi Berita......
SPM: Pesakit kanser teruja
ALOR SETAR 21 Mac - Di sebalik penderitaan akibat kanser ovari dan
hati, seorang remaja tidak mahu melepaskan peluang untuk ke sekolahnya
bagi mendapatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti
rakan-rakannya lain.
Malah Cheaw Sier Han, 18, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Tunku Abdul Rahman, Mergong di sini sangat teruja apabila mengetahui dia
lulus sembilan daripada 10 mata pelajaran dalam peperiksaan yang
didudukinya di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini tahun lalu.
Menurut Sier Han yang disahkan menghidap kanser tahap empat kira-kira
empat bulan lalu, dia nekad mengambil sendiri keputusan SPM kerana
ingin merasai pengalaman tersebut.
"Walaupun tidak boleh berjalan lama kerana boleh pengsan, namun saya
terlalu teringin untuk ke sekolah dan mendapatkan sendiri keputusan SPM.
Tahniah buat Nur Sarah Syafiqah bt Ismail di atas kejayaan di dalam SPM 2010 daripada Pak Ngah, Mak Ngah dan Mujahid.
Kepada yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang, SPM bukan segala-galanya. Usaha lagi demi kejayaan masa depan.
Kepada Bakal Calon SPM 2011, baca paparan tentang kejayaan calon SPM 2010, pelajari dari mereka rahsia kejayaan mereka.
Sokongan ibu, tinggal di asrama banyak kelebihan 2011/03/24
KUALA LUMPUR: “Ibu menjadi sumber inspirasi. Sokongan berterusan ibu membolehkan saya memperoleh keputusan cemerlang ini,” kata pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Izzat Zaid, yang memperoleh keputusan 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.
Bimbingan guru yang penuh berdedikasi, kata Izzat, turut membantunya memahami sesuatu topik sukar dengan mudah.
“Tinggal di asrama banyak kelebihan, kami selesa mengadakan perbincangan bersama. Pelajar lebih mudah merujuk masalah dengan guru yang sentiasa komited membantu,” katanya anak kedua daripada empat beradik yang bercita-cita menjadi seorang pakar motivasi.
Bagi pelajar cemerlang Sekolah Sains Seri Puteri (SESERI), Nur Syahira Zulkefli, tiada rahsia tertentu melainkan memberi sepenuh tumpuan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas.
Dia yang berjaya meraih 10 A+, berkata selain memberi tumpuan sepenuhnya ketika proses P&P, pembahagian masa untuk belajar penting dalam memastikan tiada masa terbuang begitu saja.
“Masa belajar di asrama pada waktu petang dan malam dimanfaatkan untuk menyiapkan tugasan sekolah, manakala selebihnya mengulang kaji pelajaran,” katanya.
Pelajar cemerlang SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki (SABKL), May Lee Cai Ling, 18, berkata dia gembira dengan keputusan dan terharu apabila diberitahu dia tersenarai di kalangan pelajar cemerlang kebangsaan.
“Memberi tumpuan ketika guru mengajar dan menyiapkan semua tugasan adalah kunci kejayaan saya,” katanya yang memperuntukkan lima hingga enam jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran.
Pelajar Cina antara 17 pelajar terbaik Terengganu dalam peperiksaan SPM
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Cina antara 17 pelajar terbaik Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, turut mencatat sejarah manis apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan itu.
Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, juga memperoleh 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
TUJUH belas pelajar terbaik seluruh sekolah Terengganu gembira memperoleh gred cemerlang bagi semua mata pelajaran selepas pengumuman keputusan SPM di SMK Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu, semalam.
WONG menunjukkan mata pelajaran Tasawwur Islam yang mendapat A+ pada slip keputusan SPM di Sekolah Menengah Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu, semalam.
Pelajar Cina antara 17 pelajar terbaik Terengganu dalam peperiksaan SPM
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Cina antara 17 pelajar terbaik Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, turut mencatat sejarah manis apabila memperoleh A+ bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan itu.
Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, juga memperoleh 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
Pelajar yang berasal dari Kampung Gong Badak itu berkata dia mula mengikuti kelas Tasawwur Islam sejak Tingkatan Empat dan minatnya untuk mengambil mata pelajaran itu tersemai kerana dikelilingi rakan beragama Islam hingga timbul keinginan untuk mendalami agama Islam.
Pelajar yang berasal dari Kampung Gong Badak itu berkata dia mula mengikuti kelas Tasawwur Islam sejak Tingkatan Empat dan minatnya untuk mengambil mata pelajaran itu tersemai kerana dikelilingi rakan beragama Islam hingga timbul keinginan untuk mendalami agama Islam.
"Saya minat hendak tahu mengenai Islam kerana ia agama rasmi Malaysia dan ingin tahu pandangan orang Islam terhadap kehidupan. Tidak sukar memahami mata pelajaran ini kerana rakan yang beragama Islam sering membantu, selain guru yang mengajar dengan penuh tumpuan walaupun saya bukan Islam.
"Malah, saya mendapat sokongan kuat ibu bapa dan mereka tidak membantah saya mengambil mata pelajaran ini. Saya cuma belajar sendiri dengan bantuan guru dan rakan serta mentelaah buku teks," kata anak sulung daripada tiga beradik itu yang ditemui selepas pengumuman keputusan SPM di SMK Agama Tok Jiring di sini, semalam.
Sementara itu, bagi Faizah Omar, 18, dari SMKA Tok Jiring, kepayahan dan pengorbanan ibunya, Farinah Tan Abdullah, 54, membesarkan mereka sembilan beradik menjadi pendorong untuknya belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM, sebagai membalas jasa ibunya itu.
"Saya kehilangan bapa yang meninggal dunia akibat penyakit ketumbuhan otak sejak berumur tujuh tahun. Malah, bapa juga tidak pernah melihat wajah saya kerana dia buta sejak saya dilahirkan. Ibulah yang bertungkus-lumus menyara keluarga melakukan pelbagai kerja termasuk membantu menjual dan membungkus kuih,” katanya yang memperoleh 11A+.
Seorang lagi pelajar terbaik SPM negeri, Nur Zulaikha Ismail, 18, dari SMKA Tok Jiring, berkata kemiskinan keluarganya berikutan bapa, Ismail Othman, 50, yang bekerja sebagai buruh di kilang papan menguatkan tekad untuknya berjaya dalam pelajaran.
"Saya mahu buktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk kita memperoleh kejayaan," katanya yang juga bercita-cita menjadi ahli farmasi.
Cemerlang walaupun cacat penglihatan
MUHAMMAD Ammar Ibrahim Astar menerima pujian istimewa daripada ibunya, Wan Mahani Asri di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, semalam.
KUANTAN 23 Mac - Walaupun cacat penglihatan sejak berusia sembilan tahun, ia tidak menghalang Muhammad Ammar Ibrahim Astar, 19, untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini.
Anak keempat daripada 11 beradik yang bercita-cita menjadi pensyarah dalam bidang Ekonomi Islam itu, mendapat keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan tersebut.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di sini itu merupakan pelajar cemerlang peringkat negeri bagi kategori calon istimewa (cacat penglihatan).
Muhammad Ammar Ibrahim ketika ditemui gembira dengan kejayaan tersebut dan amat bersyukur kerana memperoleh keputusan cemerlang itu.
"Saya amat berterima kasih kepada guru dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam pembelajaran dan ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan sehingga boleh mencapai tahap begini," katanya.
Anak peneroka Felda Jengka 24, Maran itu merupakan antara pelajar cemerlang SPM yang diumumkan oleh Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohammad, di sini hari ini.
Muhammad Ammar Ibrahim berkata, kekurangannya menjadikan dia seorang yang begitu tabah dalam menghadapi pelbagai kesukaran ketika belajar.
"Memang agak susah untuk belajar kerana kebanyakan buku teks masih tidak menggunakan tulisan Braille namun dengan bantuan guru-guru dan rakan-rakan sekolah, saya dapat belajar dengan mudah," katanya.
Sementara itu, ibunya, Wan Mahani Asri, 42, berkata, dia gembira dengan pencapaian anaknya itu walaupun keadaan anaknya tidak seperti pelajar yang lain.
"Saya bangga dengan Muhammad Ammar kerana dia tidak pernah menjadikan kekurangan yang ada pada dirinya sebagai alasan malah saya tidak pernah menggangap dia ada kekurangan," ujarnya.
Bapa pelajar terbabit, Astar Ali, 47, turut mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar anaknya sehingga berjaya dalam SPM.
"Kami sekeluarga sentiasa memberikan dorongan kepadanya supaya berjaya dalam kehidupan dan menjadi manusia berguna," ujarnya.
Keputusan cemerlang hadiah untuk bapa
Nur Farah Natasha menunjukkan slip peperiksaan kepada ibu bapanya, Ahmad Tarmizi Salleh dan Norashimah Zakaria di SM Teknik, Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU 23 Mac - Anak pemandu teksi, Nur Farah Natasya Ahmad Tarmizi, 18, turut menyertai senarai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang keputusannya diumumkan hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru yang memperoleh 9A+ dan 1B+ itu berkata, kejayaan tersebut merupakan 'hadiah' istimewa untuk bapanya, Ahmad Tarmizi Salleh, 44, yang setiap pagi akan menghantar dan mengambilnya sejauh 25 kilometer dari rumah di Ulu Tiram.
"Terima kasih kepada ayah dan ibu serta guru-guru yang sentiasa memberikan semangat untuk saya mendapat keputusan cemerlang ini," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Anak sulung daripada dua beradik itu berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang Asasi Sains di Universiti Malaya dan bercita-cita menjadi pensyarah dalam bidang kejuruteraan kimia.
Nur Farah Natasya berkata, resipi kejayaannya adalah sentiasa mengulang kaji pelajaran dan memberikan tumpuan ketika guru mengajar.
"Saya hanya mengambil tuisyen ketika peperiksaan hampir tiba," katanya.
Sementara itu, guru bimbingan kaunseling SM Teknik Johor Bahru, Norhasimah Hashim berkata, sekolah tersebut turut dianugerahkan Sekolah Cemerlang bagi kategori Sekolah Teknik seluruh Johor dengan 100 peratus pelajar lulus dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.62.
Seramai sembilan pelajar sekolah itu mendapat 10A+ dan ia adalah pencapaian terbaik dan menunjukkan peningkatan berbanding keputusan 2009.
Pelajar yang berasal dari Kampung Gong Badak itu berkata dia mula mengikuti kelas Tasawwur Islam sejak Tingkatan Empat dan minatnya untuk mengambil mata pelajaran itu tersemai kerana dikelilingi rakan beragama Islam hingga timbul keinginan untuk mendalami agama Islam.
"Saya minat hendak tahu mengenai Islam kerana ia agama rasmi Malaysia dan ingin tahu pandangan orang Islam terhadap kehidupan. Tidak sukar memahami mata pelajaran ini kerana rakan yang beragama Islam sering membantu, selain guru yang mengajar dengan penuh tumpuan walaupun saya bukan Islam.
"Malah, saya mendapat sokongan kuat ibu bapa dan mereka tidak membantah saya mengambil mata pelajaran ini. Saya cuma belajar sendiri dengan bantuan guru dan rakan serta mentelaah buku teks," kata anak sulung daripada tiga beradik itu yang ditemui selepas pengumuman keputusan SPM di SMK Agama Tok Jiring di sini, semalam.
Sementara itu, bagi Faizah Omar, 18, dari SMKA Tok Jiring, kepayahan dan pengorbanan ibunya, Farinah Tan Abdullah, 54, membesarkan mereka sembilan beradik menjadi pendorong untuknya belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan cemerlang dalam SPM, sebagai membalas jasa ibunya itu.
"Saya kehilangan bapa yang meninggal dunia akibat penyakit ketumbuhan otak sejak berumur tujuh tahun. Malah, bapa juga tidak pernah melihat wajah saya kerana dia buta sejak saya dilahirkan. Ibulah yang bertungkus-lumus menyara keluarga melakukan pelbagai kerja termasuk membantu menjual dan membungkus kuih,” katanya yang memperoleh 11A+.
Seorang lagi pelajar terbaik SPM negeri, Nur Zulaikha Ismail, 18, dari SMKA Tok Jiring, berkata kemiskinan keluarganya berikutan bapa, Ismail Othman, 50, yang bekerja sebagai buruh di kilang papan menguatkan tekad untuknya berjaya dalam pelajaran.
"Saya mahu buktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk kita memperoleh kejayaan," katanya yang juga bercita-cita menjadi ahli farmasi.
Kejayaan kakak dorong Aliaa dapat 11A+
TASEK GELUGOR 23 Mac - Kejayaan kakak melanjutkan pengajian ke universiti menjadi perangsang kepada Aliaa Shafinas Mohd. Don, 18, sehingga menjadi salah seorang daripada tiga pelajar terbaik di negeri ini dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dengan mendapat 11A+.
Bagi anak kepada pasangan Mohd. Don Hassan, 44, dan Azian Ibrahim, 43, itu, kakaknya, Ainatul Mardhiah, 20, yang kini mengikuti kursus Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Petronas adalah idolanya dan berazam mengikuti jejak langkahnya ke menara gading.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Irshad itu memberitahu, dua rakan baiknya, Nur Syazadiyanah Suraini dan Hafizati Ishak juga banyak memberi galakan serta perangsang kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh.
"Cara belajar saya amat ringkas kerana tiada jadual belajar yang khusus, tetapi berpegang kepada doa dan amal dalam setiap yang saya lakukan sama ada ulang kaji pelajaran atau kegiatan harian di sekolah.
"Setiap hari saya akan siapkan dulu kerja sekolah yang diarahkan oleh guru sebelum mengulangkaji mata pelajaran yang agak sukar seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan," katanya ketika ditemui pemberita di sekolah itu hari ini.
Tambahnya, satu lagi rahsia kejayaannya adalah tidak malu bertanya kepada guru sekiranya ada subjek yang agak sukar difahami serta agak lemah.
Ditanya tentang perancangan untuk menyambung pengajian, Aliaa berkata, dia amat meminati bidang kewangan Islam dan sumber manusia serta berhasrat melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau Universiti Malaya.
Sementara itu, bagi Mohd. Don, dia amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh anak kedua daripada lima beradik itu dan bersyukur kerana Aliaa terpilih sebagai salah seorang pelajar terbaik di Pulau Pinang.
"Saya tidak pernah memaksa dia untuk belajar, namun sentiasa memantau keputusan peperiksaan serta kegiatan kokurikulum.
"Harapan saya agar kejayaan Aliaa ini menjadi perangsang kepada pelajar lain di negeri ini untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan selepas ini," ujar peniaga kereta terpakai itu.
Rahsia Mann Wei dapat 11A+
SUNGAI PETANI 23 Mac - Anak seorang guru, Lim Mann Wei, 18, muncul sebagai antara pelajar terbaik Kedah apabila memperoleh 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.
Mann Wei dari Bakar Arang di sini, membuktikan usaha gigih, konsisten dan fokus sebagai pemangkin untuk mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim itu memperoleh A+ dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Fizik, Kimia, Biologi dan Bahasa Cina.
Kata Mann Wei, kejayaan itu merangsangnya untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang apabila ditawarkan melanjutkan pengajian di universiti kelak.
"Saya amat gembira dan berterima kasih kepada guru-guru serta keluarga yang banyak membantu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Mann Wei, dia memberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan berganding bahu dengan rakan-rakan mengulang kaji pelajaran setiap hari selepas tamat waktu persekolahan.
"Selain itu, saya juga aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi," jelasnya.
Dalam pada itu, Pengetua SMK Ibrahim, Ramli Abd. Rahman berkata, Mann Wei merupakan pelajar yang berdedikasi dan sentiasa gigih untuk memperoleh kecemerlangan dalam setiap peperiksaan.
"Dia merupakan antara pelajar contoh yang patut diikuti pelajar-pelajar lain," jelasnya.
Ramli juga memberitahu, selain Mann Wei, seorang lagi pelajar SMK Ibrahim iaitu Kugan Ishwar Sivamuni, 18, turut memperoleh 10A+ dan muncul antara pelajar terbaik keseluruhan di negeri ini.
Rahsia dapat keputusan cemerlang
MICHELLE Goh Vivian (tengah) bersama Dayang Yasmin Abang Abd. Wahab (dua dari kanan) dan Dayang Nur Farahany Awang Sulaiman (kanan sekali) serta dua rakan lain gembira dengan keputusan cemerlang SPM yang diperoleh di Kuching, semalam.
KUCHING 23 Mac - Makan sambil mentelaah pelajaran menjadi amalan anak seorang kerani, Michelle Goh Vivian, 18, membolehkannya mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.
Menurut Michelle, dengan makan dia dapat menumpukan perhatian ketika belajar kerana membuatkannya berasa segar dan bertenaga.
"Orang kata, kalau makan nanti rasa mengantuk tetapi bagi saya apabila makan rasa lebih bersemangat untuk belajar. Jadi setiap kali saya mengulang kaji pelajaran, saya akan mengunyah sesuatu.
"Namun, saya pastikan makanan itu berkhasiat seperti buah-buahan dan salad kerana saya tidak mahu berat badan bertambah gara-gara terlebih makan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Gadis itu merupakan salah seorang daripada 19 pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Batu Lintang (SMK) yang berjaya memperoleh A dalam semua 10 mata pelajaran yang diambil.
Sementara itu, Dayang Yasmin Abang Abd. Wahab memberitahu, dia dan rakannya, Dayang Nur Farahany Awang Sulaiman dengan masing-masing mendapat 9A 1B lebih selesa belajar dalam suasana yang bising supaya tidak mudah mengantuk.
"Tumpuan amat penting bagi memastikan kita benar-benar faham terhadap sesuatu subjek. Sebab itu kami lebih gemar belajar sambil mendengar muzik untuk elak tertidur semasa mengulang kaji pelajaran.
"Lagipun ia melatih otak kita supaya cekap membuat beberapa kerja dalam satu masa," katanya.
Berkat restu arwah ibu
KUALA LUMPUR: Walaupun kehilangan ibunya sejak setahun lalu, ia tidak melunturkan semangat pelajar cemerlang, Nur Farahhuda Zainal Abidin, 17, untuk mencatat keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, yang diumumkan semalam.
Berkat usaha gigih tidak mengenal jemu mengulangkaji pelajaran, pelajar Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SMSSAAS), Shah Alam itu, akhirnya mencapai impiannya mendapat semua A dalam subjek yang diambil.
Bagaimanapun, anak bongsu daripada empat beradik itu, berkata kegembiraannya mendapat keputusan cemerlang tetap tidak dapat membendung perasaan sedih dan hiba apabila teringatkan arwah ibunya yang sangat mementingkan disiplin dan pelajaran.
“Saya gembira mendapat keputusan ini dan tidak pernah mengharapkan sebarang hadiah, hanya mahu berjaya dalam pelajaran seterusnya mencapai cita-cita menjadi pakar perubatan.
“Dalam mencapai keputusan cemerlang, bukan saja saya akan memberi tumpuan penuh ketika cikgu mengajar, saya juga akan mengulangkaji di perpustakaan negeri setiap Sabtu dan Ahad,” katanya, semalam.
Belajar berkumpulan petua semua A
PELAJAR Sekolah Sultan Alam Shah bersorak gembira dengan kejayaan mereka mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM selepas mengambil keputusan masing-masing di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA 23 Mac - Langkah memberi perhatian penuh di dalam kelas dan belajar secara berkumpulan adalah petua pencapaian cemerlang 52 pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) meraih A dalam semua mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.
Berkongsi rahsia tersebut, Muhammad Farid Ibrahim, 18, yang berjaya memperoleh 10 A+ berkata, amalan teknik belajar itu akhirnya berbaloi dan membuahkan hasil yang menggembirakan.
"Selain itu saya membuat banyak latihan dalam mata pelajaran yang kurang dikuasai seperti Matematik Tambahan untuk meningkatkan pemahaman saya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika mengambil keputusan SPM di SAS, di sini hari ini.
Muhammad Farid merupakan salah seorang daripada 52 calon SPM sekolah berasrama penuh (SBP) itu yang meraih A dalam semua mata pelajaran.
Paling membanggakan ialah tujuh daripada keseluruhan 183 calon mendapat 10 A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Berkongsi resipi yang sama, Muhammad Farid Abdul Wahab, 18, yang turut mendapat 10A+ dalam semua mata pelajaran.
"Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru yang tidak henti-henti memberi bantuan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar," katanya yang bercita-cita menjadi doktor.
Sementara itu, Muhamad Farhan Khairul Anuar, 18, berkata, kejayaan mendapat 10 A dalam SPM itu adalah berkat usahanya mengulang kaji pelajaran tanpa jemu bersama rakan-rakan.
Dia yang aktif dalam permainan ragbi memberitahu, belajar secara berkumpulan dapat membantunya memahami sesuatu topik dengan lebih cepat dan berkesan berbanding belajar secara bersendirian.
Mentor-menti bantu Sekolah Seri Puteri kekal cemerlang
CYBERJAYA 23 Mac - Program mentor-menti banyak membantu 48 pelajar cemerlang Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Sekolah Seri Puteri mendapat A bagi semua mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.
Menurut salah seorang pelajar tersebut, Hanie Farhana Hamdi, 18, yang mendapat 9A, program mentor-menti sememangnya sesuatu yang diperlukan setiap pelajar sebelum menghadapi SPM.
Menurutnya, meskipun sibuk sebagai penolong ketua pelajar di sekolah, ia tidak menjejaskan tumpuannya terhadap pelajaran.
"Dalam program itu, seorang guru ditugaskan memantau seorang pelajar untuk menyiapkan kerja rumah serta mengulang kaji pelajaran.
"Peluang di asrama juga dimanfaatkan dengan sebaik mungkin kerana waktu mengulang kaji pelajaran juga terhad," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semasa mengambil keputusan SPM di Sekolah Seri Puteri, di sini hari ini.
Sementara itu, Nurul Fadhilah Syahirah Ismail, 18, berkata, kejayaan memperoleh 9A dalam SPM adalah berkat memberi tumpuan dalam kelas dan tidak segan bertanya kepada rakan serta guru jika menghadapi kesukaran dalam sesuatu subjek.
Dia yang bercita-cita menjadi doktor, memperuntukkan lima jam sehari untuk mengulang kaji tanpa meninggalkan kegemaran melakukan aktiviti riadah pada waktu lapang.
"Saya mengulang kaji pelajaran tanpa mengikut jadual tetap, tetapi saya akan pastikan segala kerja rumah yang diberikan setiap hari wajib disiapkan," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pelajar yang mendapat 9A, Nur Ilham Nadia Nain, 18, turut bersetuju yang program mentor-menti banyak membantu kejayaannya itu.
"Jadual ulang kaji yang diatur bersama rakan-rakan yang menyertai program itu di bawah seliaan guru banyak membantu dalam pembelajaran.
"Saya berusaha dengan gigih bagi mencapai keputusan tersebut. Pada masa sama, keluarga juga banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk mencatat keputusan cemerlang ini," katanya yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Pencapaian Sekolah Seri Puteri bagaimanapun menurun apabila hanya 48 calon mendapat semua A berbanding 60 pelajar pada 2009.
AIR mata yang berlinangan sebaik memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Khamis lalu memberi seribu satu makna yang sukar untuk diungkapkan.
Mana tidaknya, reaksi spontan selepas melihat slip keputusan SPM diiringi tangisan membuatkan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan tertanya-tanya sama ada keputusan mereka cemerlang atau sebaliknya.
Bagi pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang, tangisan itu lambat-laun akan bertukar kepada senyuman, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang gagal? Bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, mudah membuat perancangan masa depan dengan memohon memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).
KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.
Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.
Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).
Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.
Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.
Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.
Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.
Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).
Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.
Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).
HABIBAH Hanan Mat Yusoff dari Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu dijulang rakan selepas mendapat 15A dalam SPM 2009. Beliau adalah pelajar terbaik sekolah itu selepas Nik Nur Madihah memperoleh 20A pada 2008.
PELAJAR terbaik Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu, Kelantan, Habibah Hanan Yusoff (kiri), mendapat keputusan 15A, bersama dengan Nur Fatin Nadia Mazlan (kanan), yang mendapat 14A menunjukkan slip keputusan SPM masing-masing. - Foto Fathil Asri Mar 11, 2010 4:16 pm
CERIA: Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching yang mendapat keputusan cemerlang 10A+ dijulang rakan-rakan sekelasnya apabila diumumkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2009 peringkat kebangsaan. - Foto Nik Hariff Hassan Mar 11, 2010 5:30 pm
KOTA BHARU 12 Mac - Anak seorang nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah di negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.
Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara yang paling cemerlang di seluruh negara dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.
Nik Nur Madihah juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk dia mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.
Anak sulung daripada empat beradik yang berasal dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa dekat sini itu bercita-cita menjadi ahli fizik dan kejayaan tersebut adalah hadiah istimewa untuk ibu bapanya di samping guru-guru sekolahnya.
Ayahnya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan dan bagi meringankan bebanan keluarga, ibunya, Mariani Omar, 42, pula bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
''Saya tidak ikut kelas tambahan di luar sekolah, hanya tumpukan perhatian pada apa yang boleh ditimba di sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, dia menjadikan kejayaan pelajar cemerlang negara, Azali Azlan yang memperoleh 21 A dalam keputusan SPM tahun 2007 sebagai pembakar semangat.
Nur Madihah memperoleh 1A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu dan Geografi.
Dia turut mendapat A1 dalam Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, English for Science and Technology (EST) dan mendapat satu 2A dalam Biologi.
Nur Madihah cuma menyasarkan A bagi 18 mata pelajaran dan bersyukur kerana dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik walaupun tidak dapat memecah rekod Azali Azlan, bekas pelajar SMK Agama Yan, Kedah yang memperoleh 20 1A dan satu 2A.
Keputusan SPM Nik Nur Madihah bagaimanapun telah mengatasi rekod yang dipegang oleh dua pelajar cemerlang SPM 2006 di peringkat negara iaitu Nadiah Amirah Jamil dan Siti Fatimah Mukhtar.
Siti Fatimah yang belajar di sekolah yang sama dengan Nur Madihah, memperoleh keputusan 18 A dengan 17 1A dan 1 2A pada 2006 sekali gus mencatat sejarah pencapaian tertinggi di Kelantan pada tahun itu.
Ditanya tentang pencapaiannya itu, Nur Madihah memberitahu, dia tidak mempunyai jadual waktu yang tetap.
''Saya belajar setiap masa yang terluang dan belajar apabila terasa mahu belajar tanpa terpaksa atau dipaksa," ujarnya yang memperoleh 9 A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dua tahun lalu.
Dia yang bercadang melanjutkan pengajian di Asia Barat memilih jurusan fizik kerana mendapati kurang orang Melayu menerokai bidang tersebut
Pelajar pekak dapat 12 A
PUTRAJAYA 12 Mac - Seorang pelajar pekak, N. Aghilan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Bukit, Kajang, Selangor muncul pelajar cemerlang apabila mendapat keputusan 12 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.
Seorang pelajar rabun, Muhammad Shafiq Shahdon dari Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang pula berjaya mendapat 1A bagi semua sembilan mata pelajaran yang diambilnya.
Seramai 435 calon berkeperluan khas pelbagai kecacatan menduduki peperiksaan SPM 2008 dengan seramai 208 calon atau 47.8 peratus berjaya mendapat sijil SPM berbanding 189 calon pada 2007.
Demikian diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini
Tumpuan dalam kelas, ulang kaji berterusan
KUCHING 12 Mac - Seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 membuktikan tanpa mengikuti kelas tuisyen, dia masih mampu memperoleh keputusan peperiksaan yang baik.
Nur Atiqah Arshad, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wira Penrissen di sini yang memperoleh 11 1A berkata, tumpuan dalam kelas dan mengulang kaji secara konsisten sudah mencukupi jika mahu cemerlang dalam peperiksaan.
Menurutnya, tiada petua istimewa untuk dia mencapai kejayaan itu kecuali belajar dengan tenang dan mengulang kaji dari awal secara berterusan.
''Saya akan memastikan saya betul-betul bersedia untuk membuka buku dan mengulang kaji pelajaran dan memerlukan suasana sunyi supaya apa yang dipelajari mudah diingati," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Selain itu, anak kepada kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu berkata, mengulang kaji dari awal adalah penting kerana ia dapat mengelak daripada tekanan.
''Mengulang kaji dari awal dan dilakukan secara berulang-ulang adalah persiapan terbaik bagi saya untuk menghadapi apa sahaja peperiksaan termasuk SPM kerana tidak mahu pelajaran terganggu.
''Ia penting kerana saya juga bergiat aktif dalam aktiviti berpersatuan di sekolah, jadi dengan cara ini pelajaran saya tidak akan terganggu," tambahnya yang bercita-cita menjadi doktor.
Muneswaran turut skor 1A Tasawwur Islam
SUNGAI PETANI 12 Mac - Biarpun yakin memperoleh keputusan cemerlang, G. Muneswaran, 18, tidak menyangka keputusannya mengambil 15 subjek dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu akan mencipta sejarah bagi negeri Kedah.
Lebih menarik, dia yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim turut melakar sejarah sendiri setelah menjadi pelajar bukan Islam pertama memperoleh 1A dalam mata pelajaran Tasawwur Islam.
Pelajar itu mendapat 15 1A dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pengetahuan Moral, Sejarah, Matematik, Sains, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil.
Muneswaran berkata, dia tidak menyangka dapat lulus dengan cemerlang terutama bagi mata pelajaran Tasawwur Islam kerana tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang agama Islam.
"Saya cuba menguasai mata pelajaran Tasawwur Islam melalui panduan yang diberikan guru dalam kelas dan bergaul dengan rakan-rakan.
"Bagi mata pelajaran lain saya buat persediaan awal, menghadiri kelas tuisyen dan sentiasa mencari waktu untuk mengulang kaji di rumah.
"Akhirnya ia membuahkan hasil," katanya ketika ditemui pemberita di SMK Ibrahim di sini hari ini.
Menurut Muneswaran, dia juga lebih suka belajar sendiri dan melakukan banyak latihan di rumah.
"Saya membahagikan masa mengikut kesesuaian. Ada kalanya, saya banyak menonton televisyen tetapi saya tidak abaikan ulang kaji pelajaran," katanya.
Ketika ditanya faktor dia turut mengambil subjek Tasawwur Islam, Muneswaran berkata, mata pelajaran tersebut mudah diikuti kerana melibatkan soal kehidupan masyarakat.
"Saya hanya perlu hafal hukum, sunat, makruh serta amalan kehidupan masyarakat Islam," katanya yang berhasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan atau sains tulen.
10 1A hadiah untuk ibu
ALOR SETAR 12 Mac - ''Kejayaan ini untuk ibu yang banyak berkorban demi kami sekeluarga.''
Itu luahan perasaan Nurul Aini Md. Isa, 18, yang berjaya memperoleh 10 A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.
Nurul Aini yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma di sini menganggap kejayaan yang diperoleh adalah berkat doa ibunya, Mizah Hashim, 50.
"Ibu saya hanya pulang setahun sekali ke tanah air kerana bertugas sebagai jururawat di Arab Saudi.
"Malam ini dia akan kembali ke sana dan keputusan peperiksaan ini sekurang-kurangnya dapat membuatkan mama tersenyum untuk kembali bertugas di sana," ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut pelajar cemerlang itu, pengorbanan ibunya yang sanggup bertugas di luar negara demi menambah pendapatan keluarga membuatkan dia berazam untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
"Ayah saya bekerja sebagai pemandu teksi dan sepanjang ketiadaan ibu, ayah yang membantu menguruskan keluarga kami.
"Jerih mereka untuk memastikan saya mendapat pendidikan sempurna amat dihargai," ujarnya.
Jelas Nurul Aini, dia berhasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan dan mahu bekerja sebumbung dengan ibunya.
Anak bekas pelarian pelajar terbaik Terengganu
KUALA TERENGGANU 12 Mac - Anak seorang bekas pelarian Vietnam yang pernah mendapat perlindungan di Pulau Bidong, muncul sebagai pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu apabila memperoleh 14 1A.
Khairina Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini muncul sebagai pelajar terbaik SPM 2008 yang diumumkan hari ini bersama seorang lagi rakannya yang turut mendapat 14 1A iaitu Lau Jia Cheng.
Mereka berdua merupakan antara 20 pelajar SMK Sultan Sulaiman yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Kesemua pelajar berkenaan kecuali Jia Cheng menerima slip keputusan SPM mereka daripada Pengarah Pendidikan negeri, Ariffin Embong pada satu majlis di sekolah itu hari ini.
Jia Cheng diwakili oleh bapanya, Lau Tiam Kwee, 50, kerana sedang mengikuti pengajian peringkat A Level di Victoria Junior College di Singapura.
Khairina ketika ditemui selepas majlis itu memberitahu, rahsia kejayaan cemerlangnya adalah sentiasa menyiapkan kerja sekolah yang diberikan gurunya.
Menurutnya, dia meluangkan masa selama dua jam pada waktu siang untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru manakala dua jam lagi mengulangkaji pada waktu malam.
''Saya beri perhatian terhadap semua kerja sekolah yang diberi guru kerana yakin mereka lebih mengetahui bentuk soalan yang akan keluar dalam peperiksaan," katanya.
Selain itu, anak seorang peniaga dan pemilik butik pengantin itu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas.
Keyakinan Khairina yang merupakan anak sulung daripada dua beradik itu terserlah apabila dia mengambil 14 mata pelajaran dalam SPM sedangkan rakan sekelas yang lain hanya mengambil 11 mata pelajaran.
Tiga mata pelajaran tambahan yang diambil Khairina berbanding rakan sekelas lain adalah Tasawwur Islam, Kesusasteraan Inggeris dan Ekonomi Asas.
Hidayah belajar guna kanta, teleskop
MELAKA 12 Mac - Walaupun terpaksa belajar menggunakan kanta dan teleskop sejak berusia lima tahun, ia tidak menghalang Nur Hidayah Daud, 17, memperoleh 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.
Anak sulung daripada lima beradik itu mengidap penyakit rabun silau yang serius atau dikenali nystagmus.
Ia sekali gus menjadi hadiah amat bermakna kepada ibu bapanya, Hanizah Mohammad, 42, dan Daud Ahmad, 43.
Menurut Hidayah, kejayaannya itu mungkin sukar dikecapi tanpa usaha dan dorongan ibu bapa selain rakan sekolah yang banyak membantu meminjamkan nota.
Tambahnya, walaupun terpaksa membaca menggunakan kanta dan teleskop khas di dalam kelas, dia bersyukur kerana rakan-rakan sekolah dapat menerima keadaannya itu.
"Saya terpaksa gunakan teleskop di dalam kelas untuk menyalin nota guru yang ditulis di papan hitam.
"Kalau tidak sempat salin, saya akan pinjam nota rakan dan akan menggunakan kanta atau cermin mata khas untuk membaca dan menulis," katanya kepada pemberita di Pejabat Pelajaran negeri di sini hari ini.
Hidayah yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah, Jasin antara pelajar cemerlang SPM 2008 dan menerima surat penghargaan daripada Pengarah Pelajaran Negeri, Isa Abu.
Dia memperoleh keputusan A1 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, Matematik, Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiyah manakala A2 dalam Ekonomi Asas dan Sejarah.
Sementara itu, dalam dua mata pelajaran lain iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Tinggi, Hidayah memperoleh B4 dan C5.
Bercerita lanjut, Hidayah berkata, dia tidak pernah menjadikan kekurangannya itu penyebab untuk menyisihkan diri daripada rakan sebaya.
Faiz terus cemerlang
IPOH 12 Mac - Walaupun belajar di salah sebuah sekolah Cina terbaik di negeri ini, ia tidak menghalang seorang pelajar Melayu, Muhammad Faiz Zulbadli mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Muhammad Faiz, 18, pelajar aliran Sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sam Tet di sini memperoleh 11 1A dan satu 2A iaitu bagi subjek Bahasa Cina.
Anak kepada pasangan guru itu merupakan pelajar Melayu tunggal di sekolah tersebut yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam SPM tahun lalu.
Kecemerlangan Muhammad Faiz sudah bermula dari sekolah rendah lagi apabila mencatatkan 7 A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 9 A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
''Saya cuma menumpukan perhatian dalam kelas, minta tunjuk ajar guru jika tidak faham dan mengulangkaji setiap kali ada waktu lapang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mimpi jadi realiti
KOTA KINABALU 12 Mac - Anak pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Bessima Jamal, 18, tidak menyangka mimpi mendapat keputusan 14 A malam tadi, menjadi kenyataan hari ini.
"Saya sangat terkejut apabila melihat slip keputusan yang mencatatkan gred A dalam semua mata pelajaran.
"Tidak sangka mimpi saya mendapat 14 A malam tadi menjadi kenyataan," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lok Yuk di sini hari ini.
Dia mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Kimia, Biologi, Kesusasteraan Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik Tambahan, Fizik dan Prinsip Akaun.
Anak bongsu daripada dua beradik itu juga mendapat 1A untuk subjek Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi (EST).
Bessima yang merupakan salah seorang daripada tiga pelajar terbaik Sabah 2008 memberitahu, dua bulan menjelang peperiksaan SPM, dia menyediakan jadual belajar yang ketat sebagai persiapan terakhir.
562 cemerlang STAM '08
PUTRAJAYA 12 Mac - Seramai 3,098 orang daripada keseluruhan 4,687 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 memperoleh sekurang-kurang gred Maqbul (lulus) dalam setiap mata pelajaran.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada jumlah itu, seramai 562 calon memperoleh gred Mumtaz (cemerlang) iaitu 12 peratus, manakala gred Jayyid Jiddan (kepujian) sebanyak 17.3 peratus dan Jayyid (baik), 21.2 peratus.
Beliau berkata, pencapaian kali ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding 2007 apabila mencatatkan jumlah calon yang lulus sebanyak 3,098 orang atau 66.1 peratus, manakala calon memperoleh gred Rasib (gagal) meningkat kepada 33.8 peratus.
''Prestasi setiap mata pelajaran pada peringkat Mumtaz juga tinggi iaitu antara 6.2 peratus membabitkan subjek Insya dan Mutalaah hingga 22.6 peratus iaitu Hafzil Quran dan Tajwid.
''Majoriti calon mendapat pangkat Jayyid iaitu dengan peratusan antara 24 peratus membabitkan subjek Arudh dan Qafiah hingga 41.5 peratus iaitu Fikah," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan STAM 2008 di sini hari ini.
Sebanyak 10 subjek ditawarkan kepada calon STAM iaitu bidang bahasa membabitkan Nahu dan Sarf, Insya dan Mutalaah, Adab dan Nusus, Arudh dan Qafiah serta Balaghah.
Bidang syariah pula melibatkan subjek Fikah, Hadis dan Mustalah Hadis, manakala bidang usuluddin membabitkan Hafzil Quran, Tajwid, Tafsir dan Ulum Tafsir, Tauhid dan Mantiq.
STAM adalah bagi melayakkan pelajar agama negara ini melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar atau ke universiti-universiti di negara Asia Barat dengan syarat sekurang-kurangnya mendapat gred Maqbul bagi setiap mata pelajaran.
Alimuddin berkata, kerajaan bercadang untuk menaik taraf kedudukan STAM selaras dengan standard Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
''Ini bagi membolehkan semua calon sijil agama itu layak memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan pada masa depan selain berpeluang ke Al-Azhar," katanya.
Kosmo
Rekod 19 A1, 1 A2 dari Nik Nur Madihah
Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my
NIK NUR MADIHAH (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Siti Nur Fatimah dalam pertemuan di SMA Maahad Muhammadi, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU - Dua tahun lalu Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal kagum melihat pencapaian pelajar senior sekolah mereka, Siti Nur Fatimah Mukhtar mengejutkan banyak pihak dengan pencapaian 17 A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Nik Nur Madihah, 18, sendiri pada waktu itu pulang dengan 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Semalam, giliran dia pula mencipta rekod baru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) dengan keputusan 19 A1 dan 1 A2.
Nik Nur Madihah tidak menganggap dia genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu.
"Saya tak ikut kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual.
"Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa,'' katanya.
Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik.
Bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, ialah seorang nelayan manakala ibu, Mariani Omar, 42, bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangandan Konvokesyen Pra SekolahSK Seri Taman Kluang Barat, 2011
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat
Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi.Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai.Kata Imam Syafie :
Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'