Alhamdulillah perhimpunan pagi tadi menerusi slot guru bimbingan saya telah membawa tajuk bagaimana kita boleh berubah. Lebih 40 minit saya memperincikan pembentangan saya kepada semua warga sekolah. Hanya saya sorang menyampaikan bicara pada pagi ini. Jarang pihak pengurusan memberikan peluang seluas-luasnya untuk seorang guru binbingan berbicara di perhimpunan rasmi.
Saya memulakan bicara saya dengan peranan hati. Segala kelakuan, pertuturan perbuatan segalanya bermula dari hati. Patuh kepada peraturan bermula dari hati. hati yang mempunyai kesedaran yang tinggi melahirkan murid yang bersahsiah tinggi. Sambil memetik sepotong hadith Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal darah,
sekiranya ianya baik maka baiklah seluruh jasad itu........ dengan mengaitkan peristiwa Rasulullah dibelah dadanya oleh malaikat, kemudian dibasuh dengan air zamzam, dimasukkan iman, ilmu dan
hikmah (kebijaksanaan) adalah bukti bahawa peranan hati memang penting...... Kehendak hati perlu ditundukkan dengan ilmu.... kerana di sana tempatnya hawa, nafsu juga sasaran syaitan membisikkan hasutannya.....Sebagai manusia kita mesti merasakan kita ini bertuhan..... bertuhankan Allah... Oleh kerana menuntut ilmu itu fardu bagi setiap muslim itu fardu.... maka hadir ke sekolah itu fardu juga.... Menurut sebahagian ulamak... tidak sah solat tanpa ilmu..... Menunaikan ibadat solat tidak boleh dilakukan dengan meniru sahaja...... begitu pentingnya hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu..... ponteng satu perlakuan tidak hadir tanpa sebab.... tentulah besar kesalahannya ... tanpa ilmu manusia akan menjadi ingkar.... rasa tidak bersalah jika ponteng, rasa tidak bersalah jika tidak membuat kerja rumah, rasa tidak bersalah jika meniru....kerana hanya dengan ilmu sahajalah kita (murid) akan memahami sesuatu perbuatan itu ada dosa dan pahalanya.... begitulah beratnya tuntutan menuntut ilmu.... barang siapa mahukan dunia dengan ilmu.....
urusan hidup perlu dengan ilmu..... barang siapa mahukan akhirat hendaklah baginya dengan ilmu..... apatahlagi perkara berkaitan akhirat... Isilah masa yang terluang dengan membuat latihan, terutama calon UPSR 2011. Ambillah peluang yang terbentang dengan berlatih untuk berpuasa melalui berpusa sunat. di bulan Sya'ban... berlatih sebelum tibanya bulan ramadan... Kenapa perlunya latihan ? Kerana kita perlu memaluinya dengan pengalaman.... Untuk berpuasa ...... perlukan latihan ..... sebab kita masih kecil lagi..... inikan pula urusan dunia yang lain terutama calon UPSR 2011.