Maha Suci Allah yang berkuasa menjadikan apa sahaja kejadian sebagai tanda KebesaranNya. Sebagai makhluk yang dijadikan oleh Allah kita hendaklah menyedari bahawa kehidupan kita adalah tertakluk dan wajib tunduk dengan ketentuan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kita tidak boleh memilih jalan kita sendiri di dalam mengatur kehidupan. Jika kita dilahirkan dalam keadaan Islam, kita membesar dewasa dan seterusnya mati di dalam menjunjung tinggi peraturan yang telah diteapkan oleh Allah. Janganlah kita hidup di dalam sangkaan kita sahaja. Kita menyangka atau "saya rasa saya tak salah ikut cara ini" dan menganggap kita hidup telah mengikut jalan yang betul. Kerana kita memilih jalan "kita sangka", "kita rasa" tetapi rupanya jalan yang kita pilih itu bukan mengikut perintah Allah tetapi mengikut sangkaan kita sahaja.
Sekiranya kita memilih jalan Taat atau derhaka ianya tidak memberi bekas kepada Allah. Yang bakal merasainya apabila kita berhadapan dengan Rabbul Jalil ketika kita diperhitung segala amalan di Padang Mahsyar kelak. Apakah pada ketika itu baru kita menyesal. Waktu itu..... waktu yang sudah terlambat.
Dalam memahami fenomena berlakunya gerhana ini janganlah pula kita mengaitkannya dengan perkara khurafat. Mengaitkan sesuatu kejadian yang berlaku dengan kejadian gerhana. Ianya adalah dilarang. Begitu juga jika dikaitkan dengan kehidupan. Janganlah kita menolak peraturan Islam yang telah diwajibkan kepada kita. Sebesar-besar khurafat bahkan boleh membawa kepada syirik jika mengatakan kita boleh memilih peraturan lain untuk kita hidup lebih sejahtera dan sempurna dengan meninggalkan peraturan Islam.
Ada pun kaifiyat Solat Sunat Gerhana ini kita boleh rujuk kepada kitab Mutalbadrin. Karangan Al Marhum Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani. Bahasa yang digunakan agak menarik untuk kita pelajari.
Dengan Nama Allah saya tuliskan semula seperti di bawah ini
Bab Solatul Khasuf.
Bab Solatul Khasuf.
Ini satu bab pada menyatakan sembahyang gerhana matahari dan bulan (bermula) keduanya sunat muakad bagi yang mukim dan musfir dan yang merdeka dan sahya dan bagi dan lelaki dan perempuan dan berjamaah dan seorang diri (maka masuk) waktu tetakala nyata gerhananya dan habis waktu sembahyang gerhana matahari dengan hilang gerhananya dan dengan jatuh matahari dengan jatuhnya (dan) habislah waktu sembahyang gerhana bulan dengan hilang gerhananya dan dengan naik matahari tiada dengan naik fajar dan tiada dengan jatuhnya pada malam dengan gerhananya (maka lafaz) niatnya pada matahari ( sila rujuk di atas ) sahaja ku sembahyang sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala Allahhu Akbar (dan pada) gerhana bulan ( sila rujuk di atas ) Sahajaku sembahyang sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala Allahhu Akbar ( maka sekurang-kurangnya) sembahyang dua rakaan seperti sunat Zohor jua (dan yang) Akmal sedikit disembahyangkandia dua roko' dan dua qiam pada tiap-tiap rakat dengan tiada dipanjangkan bacaannya pada
Keduanya (dan yang terlebih) akmalnya bahawa disembahyangkandia dua rakaat dengan dua roko' dan dua qiam pada tiap-tiap rakaat dan dipanjangkan bacaan pada keduanya (dan yaitu) hendaklah ia Takbirratulihram dan membaca doa Iftitah dan A'uzubillah dan Fatihah dan Surah Al-Baqarah kemudian maka roko' dan membaca tasbih di dalam roko'nya kadar seratus ayat daripada Suratul Baqarah (kemudian) maka diangkatkan kepalanya daripada roko' dan I'tidal dan membaca Fatihah pula maka dibaca (9) Suratul Ali-Imran (kemudian) ia roko' pula dan membaca tasbih padanya dengan kadar delapan puluh ayat daripada Surah Al-Baqarah (kemudian) ia i'tidal pula kemudian maka sujud dan (10) membaca tasbih padanya kadar seratus ayat daripada Surah Al-Baqarah (kemudian) ia bangkit duduk daripada duduk antara dua sujud kadar tomakninah (kemudian) maka ia sujud yang kedua dan membaca tasbih pada kadar delapan puluh darpada Surah Al-Baqarah (kemudian) maka ia bangkit bagi rakaat yang keduanya maka membaca Fatihah dan surah An-Nisa' kemudian ia roko' dan membaca tasbih pada roko'nya kadar tujuh puluh ayat daripada Surah Al-Baqarah (kemudian) maka ia i'tidal dan membaca Fatihah pula maka kemudian ia baca surah Al-Maidah (kemudian) maka ia i'tidal kemudian sujud dan membaca tasbih padanya pada kadar tujuh puluh ayat daripada surah Al-Baqarah (kemudian) maka ia bangkit duduk antara dua sujud kemudian ia sujud yang keduanya membaca tasbih padanya kadar lima puluh ayat daripada surah Al-Baqarah (kemudian) maka ia bangkit tasyahud dan memberi salam inilah akmalnya (dan sunat) dibaca dua khutbah kemudian daripada sembahyang tiap-tiap dua gerhana itu dan jika kemudian daripada hilang gerhananya maka khutbahnya seperti khutbah hari raya (tetapi) tiada sunat takbir pada keduanya kerana tiada warid ia dan menyusul pada khutbah itu akan taubat dan bersedekah dan merdeka dan puasa dan lainnya.
Dengan Izin Allah, demikianlah kutuliskan semula dalam rumi. Mudah-mudahan ada Manfaatnya.
Semoga pengarang kitab ini sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Al-Fatihah
PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI
HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( ( مؤكدة
CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
1
Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan
Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
2
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya).
INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin
Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara
perlahan ( سر ) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya
dilakukan dengan suara yang nyaring ( .(جهر
Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
sumber : Panduan Solat Gerhana