Blog aspirasidiri mengucapkan TAHNIAH kepada Semua pihak yang terlibat mengendalikan Pasukan Bolasepak Kebangsaan di atas kejayaan merangkul piala AFF Piala Suzuki.... Kita perlu mengambil pengajaran bagaimana kegigihan dan jatuh bangun pasukan kebangsaan negara kita. Kegigiihan berlatih dan menyerap tekanan, herdikan, cacian ketika lemah. Namun kebangkitan, bangun dengan penuh semangat, kesungguhan dan keazaman yang tinggi setiap pemain. Sikap fokus kepada perlawanan. Namun kita perlu terus melihat masa depan. Mempertahankannya lebih sukar setelah kita memperoleh kejuaraan. Apapun TAHNIAH.... seterusnya Paparan Berita Media tempatan......
SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia, Zulkifli Syukur sambil diperhati Norshahrul (kanan) ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.
Berakhir kemarau 14 tahun
2010/12/30
Malaysia bawa pulang Piala Suzuki; Safee muncul penjaring terbanyak
HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan
CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalamanak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.
Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 – sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara. CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalamanak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.
Dalam perlawanan akhir pertama, pasukan negara menang 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.
Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
CEKAP...penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan kubunya daripada ditembusi penyerang Indonesia, semalamLedakan padu Safee Sali pada minit ke-53 – jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia – menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.
Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke-72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah-Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan.
Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak ‘sporting’ (kesukanan) sebahagian penonton di tempat duduk paling atas.
Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell Akhbar Khan.
-
Nada Riedl masih sombong walau Garuda tumbang
JAKARTA - Walaupun sudah terlepas gelaran juara Piala Suzuki AFF, nada jurulatih Indonesia, Alfred Riedl seolah-olah enggan menerima kekalahan dengan menganggap skuad yang lebih baik sebenarnya tewas di perlawanan akhir.
Sambil mengucapkan tahniah ke atas kejayaan Malaysia muncul sebagai juara baru, jurulatih berbangsa Austria itu berkata skuad Indonesia sebenarnya membayar harga yang mahal selepas melepaskan tiga gol dalam masa 15 minit ketika bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
''Tahniah buat Malaysia kerana muncul juara tetapi pasukan yang lebih baik sebenarnya tewas pada hari ini.
''Kita bermain begitu luar biasa pada malam ini biarpun menyedari ketinggalan tiga gol namun pada separuh masa pertama, banyak peluang keemasan kita terlepas walaupun menguasai permainan terutamanya pada 15 minit perlawanan.
''Malah selepas Malaysia mendahului gol pertama, semangat pemain saya tidak luntur dan cuba bangkit, saya harus ucapkan tahniah kepada mereka," katanya pada sidang media.
Dia juga enggan bercakap mengenai sepakan penalti yang gagal disempurnakan oleh Firman Utina kerana baginya insiden itu tidak memberikan kesan buat pasukannya.
''Saya tidak mahu mengulas soal itu, perkara-perkara sebegini biarkan sahaja berlalu dan saya enggan berkata apa-apa sama ada ia boleh membantu kita menang menjaringkan lebih banyak gol atau tidak," ujarnya.
Sementara itu, penyerang Indonesia, Bambang Pamungkas mengucapkan tahniah kepada Malaysia yang disifatkannya beraksi dengan penuh bersemangat.
''Saya ucapkan tahniah buat pasukan Malaysia dan rakan-rakan saya, kerana telah berjaya menjuarai pertandingan AFF kali ini.
''Buat kami, skuad ini telah bermain dengan sebaik mungkin pada perlawanan akhir kedua tetapi itulah bola sepak, kita tidak sedikit beruntung kerana gagal menterjemahkan peluang ke bentuk gol.
''Kami menang di sini namun kejuaraan tetap milik Malaysia, tahniah buat mereka," katanya. - Utusan
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Badi 14 tahun berakhir
JAKARTA – Sejarah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno, buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF 2010 apabila Malaysia menjadi juara walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua untuk meraih kemenangan melalui agregat 4-2, semalam.
Bertambah manis anak didik K. Rajagobal berjaya melakukannya di hadapan 95,000 penyokong fanatik Indonesia yang terpaksa menelan kepahitan bahawa Malaysia lebih berhak merangkul kejuaraan edisi kelapan Piala Suzuki.
Ternyata bekalan 3-0 yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu cukup membantu kerana gol di tempat lawan yang dijaringkan oleh Safee Sali menjadi faktor penting mematahkan api perjuangan Indonesia yang mahu mencipta jaringan pendahuluan.
Bukan sekadar itu, penyerang negara, Safee Sali dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol mengatasi pesaing terdekat, Cristian Gonzales.
Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan ini diilhamkan daripada gerakan pantas Mohd. Ashari Samsudin ketika Indonesia rancak menyerang dan pemain Terengganu itu melakukan hantaran jauh yang disambut dengan baik oleh Safee Sali.
Safee dengan tenang mengawal bola sebelum mendapat posisi terbaik melepaskan rembatan kencang melalui kaki kiri menewaskan Markus Harison untuk memberikan gol penting di tempat lawan.
Biarpun Indonesia dengan mendapatkan dua jaringan pada minit ke-71 melalui Mohamad Nasuha dan Muhammad Ridwan pada minit ke-87, ia sudah terlewat buat skuad Garuda bangkit mengatasi Malaysia yang menang dengan kelebihan agregat 4-2.
Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat wajar diberikan pujian menggunung kerana beraksi cemerlang menghalang hajat Indonesia memburu gol yang lebih besar termasuk menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-18 yang diambil oleh Firma Utina.
Walaupun pertahanan negara yang dikemudi oleh Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas bocor sebanyak dua kali, ketenangan dan kesungguhan semangat juang pemain Malaysia bertahan jelas menjadi kunci utama kejayaan bersejarah Malaysia.
Apa yang penting, kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF akan menutup mulut media dan peminat Indonesia yang tidak henti-henti melancarkan provokasi semenjak hari pertama skuad Malaysia tiba di Jakarta.
Malahan, sebelum perlawanan, mental pemain Malaysia didera habis-habisan oleh penyokong tuan rumah yang menyebut perkataan Maling! Maling! dan membuat bising semasa lagu kebangsaan Malaysia dimainkan.
Bertambah pahit buat pihak Indonesia, ini merupakan kegagalan kali keempat buat Indonesia selepas empat kali mencuba di pentas final.
Selain membawa pulang trofi AFF, Malaysia meraih wang tunai sebanyak A$$100,000 sementara Indonesia mendapat A$$ 50,000.
Pemain terbaik kejohanan Piala Suzuki AFF dirangkul kapten Indonesia, Firman Utin