Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30
Showing posts with label Sekitar Pengumuman PMR. Show all posts
Showing posts with label Sekitar Pengumuman PMR. Show all posts

24 December 2011

aspirasidiri : Belajar Dari Kejayaan, Ambil Iktibar Dari Kegagalan, Pengumuman PMR 2011

Tahniah di atas mereka  yang menempa kejayaan. Banyakkan sabar di atas kegagalan buat mereka yang berusaha gigih. Kita perlu mempelajari kegigihan rakan-rakan kita yang berjaya. Ada dalam kalangan kita semacam tidak mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di sekeliling mereka. Bukankah apa yang berlaku di sekeliling kita dapat membantu kita memehami strategi untuk menggengam kejayaan ? Bagaimana pula dengan kegagalan. Sebagai seorang pelajar kita juga sering didedahkan dengan maklumat berkaitan faktor-faktor kegagalan. Apakah sikap kita terhadap isu ini. Memanglah kecemerlangan dalam akademik bukan satu-satunya penentu kejayaan seseorang tetapi sikap kita akan menentukan pencapaian kita di masa depan di dalam bidang yang bakal kita ceburi nanti dengan izin Allah. Ya, apabila kita dewasa kelak. Apa pilihan kerjaya kita ?  Tidak semua kerjaya bergantung sepenuhnya kepada akademik. Jika kita telah memaklumi bahawa kita seorang yang agak rendah pencapaian dalam akademik, dan lebih berminat kepada bidang berkaitan teknikal, atau bidang lain, jangan ada keraguan lagi, beri tumpuan kepada bidang tersebut. Itulah tujuan antara lain kita membuat kajian terhadap kecenderungan diri kita. Adakah kecenderungan kita menjurus kepada bidang akademi, agama, teknikal atau sukan ? Semuanya ini penting untuk difikirkan. Selepas PMR kita masih ada masa lagi untuk menentukan hala tuju kita. Mintalah kepada Allah S.W.T untuk kita memilih hala tuju kita selepas PMR. Agar keputusan yang kita pilih tidak dari hawa nafsu kita semata-mata. 
(dalam gambar di atas) Muhammad Hadi Darus, 15, seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak mempunyai tangan dan hanya menulis menggunakan kaki, tidak memerlukan masa tambahan untuk menjawab soalan ketika peperiksaan PMR lalu dan mendapat keputusan cemerlang 9A. Tahniah buat adik Hadi. 
PENDANG: “Saya tidak berasa sebarang kekurangan pada diri dan saya tahu saya boleh berjaya,” kata Muhammad Hadi Darus, 15, pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam, walaupun dilahirkan tanpa kedua-dua tangan selain terpaksa menulis dengan kaki.
Muhammad Hadi, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tiang, di sini, memperoleh A dalam sembilan mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Geografi, Sains, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekali gus menjadikannya antara pelajar terbaik di sekolah berkenaan dan Kedah.

Selain tidak memiliki tangan, Muhammad Hadi juga tidak boleh berjalan dan hanya bergerak menggunakan kerusi roda sepanjang masa. Pelajar istimewa dari Felda Sungai Tiang, di sini, itu juga diberi ‘keistimewaan’ di sekolah berkenaan apabila menggunakan meja khas yang diubah suai selain hanya boleh memasuki kelas di tingkat paling bawah sekolah berkenaan.
Muhammad Hadi ketika ditemui, berkata dia tidak mempunyai sebarang formula dalam mengulang kaji pelajaran sebaliknya lebih gemar mengulang kaji pelajaran bersendirian pada waktu malam selain menghadiri tuisyen setiap hari di sekolahnya.

“Saya lebih selesa mengulang kaji seorang diri dan selalunya saya memperuntukkan kira-kira dua jam sehari untuk belajar. Selain itu, ibu bapa dan guru juga banyak membantu,” katanya ketika ditemui di sekolahnya di sini, semalam.

Katanya, kekurangan pada dirinya juga menjadi pendorong untuk dia mencatat kejayaan cemerlang.
Sekali pandang, kekurangan fizikal yang dialami anak pasangan Darus Dariman, 51, dan Halimah Che Pa, 49, ini memang menyukarkannya, namun ia bukanlah penghalang buat Muhammad Hadi untuk berjaya terutama dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang pensyarah.

CEMERLANG… Pelajar Sekoleh Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek yang juga merupakan seorang autisme, Muhammad Danial Zainuddin,16, membandingkan keputusan PMR dengan adik perempuannya, Nurul Diana, 15. Mereka mendapat keputusan cemerlang 9A pada peperiksaan tersebut dan Muhammad Danial turut diumumkan sebagai pelajar terbaik ‘pendidikan khas’ Terengganu.

KUALA TERENGGANU 22 Dis. - Biarpun mengalami masalah autisme, ia tidak menghalang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Muhammad Danial Zainuddin, 16, memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan yang diumumkan hari ini.
Lebih membanggakan, dia bukan sahaja memperoleh keputusan 9A malah diumumkan pelajar autisme pertama di negara mendapat kejayaan seumpamanya.
Muhammad Danial mula dikesan mengalami autisme ketika usianya dua tahun apabila sukar berkomunikasi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran selain bersifat hiperaktif.
Muhammad Danial ketika ditemui di sini hari ini memberitahu, dia gembira kerana berjaya memperoleh keputusan cemerlang itu biarpun dia tidak normal seperti rakan-rakan lain.
"Memang saya pelajar autisme tetapi saya juga suka belajar seperti pelajar lain dan setiap hari hanya satu mata pelajaran saya mampu mengulang kaji dan setiap kali habis menelaah saya akan ingat semua apa yang dibaca dengan mudah.
"Saya sangat gembira mendapat keputusan ini dan sudah tentu ibu, bapa dan guru juga gembira," katanya.
Anak sulung daripada tiga beradik itu merupakan satu-satunya pelajar pendidikan khas yang mengambil peperiksaan tersebut di sekolah tersebut dan dia juga pernah menerima anugerah Tokoh Pelajar sempena Hari Guru peringkat negeri dua tahun lalu kerana memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Dalam pada itu, ibu bapa pelajar autisme tersebut, Ruzina Mohd. Ikram, 46, dan Zainuddin Muhamad, 46, meraikan kegembiraan berganda apabila seorang lagi anak mereka yang juga adik kepada Muhammad Danial, Nurul Diana, 15, yang menduduki peperiksaan itu juga memperoleh keputusan cemerlang yang sama.


Nurhaslina Jusoh buktikan anak petani mampu cemerlang


Nurhaslina bersama bapanya, Jusoh menunjukkan keputusan 8A diraihnya dalam PMR 2011 di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 22 Dis. - Menjadi sebahagian daripada 144 pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP), Pengkalan Chepa bukanlah semudah disangka dan ia memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi.
Itulah yang dibuktikan oleh anak seorang petani dari Pasir Puteh, Nurhaslina Jusoh, 15, apabila mendapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan hari ini.
Kejayaan tersebut membuktikan latar belakang keluarga bukan suatu halangan, sebaliknya mencetuskan kesedaran mendalam kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi membela nasib keluarga melalui kecemerlangan akademik.
"Sebab itulah saya tiada pilihan, selain belajar bersungguh-sungguh. Saya bertekad membantu ayah kelak tetapi saya mesti bermula dengan kecemerlangan dalam pelajaran.
"Alhamdulillah, harapan ayah hendak melihat saya berjaya dalam PMR tercapai. Insya-Allah saya akan teruskan kesungguhan dalam peperiksaan selepas ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengambil keputusan peperiksaan itu di sekolahnya dekat sini hari ini.
Berkongsi resipi kejayaan, anak keempat daripada lapan beradik itu berkata, tumpuan sepenuhnya semasa pembelajaran dalam kelas dan kaedah ulang kaji secara bersistematik serta solat hajat secara berterusan merupakan kunci kejayaan dirinya.
"Bagi saya, fokus dalam kelas cukup penting kerana ia akan memastikan apa yang diajar oleh guru dapat difahami atau tidak bagi memudahkan proses mengulang kaji pelajaran.
"Selain itu faktor kejayaan mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 dan kakak sulung yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading menjadi azimat untuk mengulangi kejayaan tersebut," ujarnya
Nurhaslina memberitahu, kejayaannya dalam PMR bukan kegembiraan peribadi sebaliknya turut dikongsi dengan adik-adiknya yang kini mendapat motivasi bahawa latar belakang keluarga mereka tidak boleh dijadikan penghalang untuk berjaya.









25 December 2010

aspirasidiri : Sekitar Keputusan PMR 2010

Apa yang perlu dipelajari ialah bagaimanakah mereka mengecapi kejayaan yang sedemikian. Saban tahun kita didedahkan dengan kejayaan Calon PMR, namun bakal-bakal calon tidak melihatnya sebagai sesuatu yang boleh dijadikan iktibar. Belajar dari kejayaan orang lain. Ada dalam kalangan mereka yang miskin, berpenyakit kronik, OKU, yatim piatu, tidak menghadiri kelas tuisyen, anak nelayan, anak orang kampung, pelajar pengajian tahfiz, kembar, pelajar berbangsa cina mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab komunikasi, pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman... mampu cemerlang dalam akademik.  Belajar juga dari kegagalan orang lain. Kajilah mengapa mereka gagal. Lihat dari sudut faktor-faktor kegagalan, agar kita dapat sesuatu dari mereka. Tahniah kepada Calon yang berjaya dengan cemerlang. Bersyukur adalah akhlak yang paling terpuji. Ingat kejayaan kita disebabkan orang-orang yang berada di sekeliling kita, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada mereka. Bagi yang tidak memperoleh keputusan seperti  yang diinginkan jangan biarkan kegagalan berlalu begitu sahaja.  Sabar menghadapi kegagalan. Jangan salahkan orang di sekeliling kita yang menyebabkan kita tidak berjaya cemerlang. Jangan lakukan begitu. Belajarlah dari kegagalan yang telah dialami. Dan yang paling  penting, bangun dan bangkit dari kegagalan.Kegagalan akan membuat kita lebih matang, bukan sebab untuk kita kecewa. Kegagalan dalam PMR bukan segala-galanya.

Rahsia kejayaan.

SEREMBAN 24 Dis. - 1. Sikap saling bersaing dan 2. memperbanyakkan doa menjadi rahsia kejayaan pasangan kembar Nur Dalila serta Nur Dahlia Zulkifli, 15, dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.
Dua beradik yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh, Tampin, masing-masing memperoleh 8A dalam peperiksaan berkenaan.
Nur Dalila berkata, mereka suka bersaing sesama sendiri untuk mencapai kecemerlangan selain mengamalkan pembelajaran secara berkumpulan bersama rakan-rakan.
"Saya lebih gemar belajar bersama rakan-rakan berbanding belajar bersama adik. Mungkin kerana kami mempunyai pandangan berbeza dengan matapelajaran yang diajar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nur Dahlia pula berkata, dia 3. mengamalkan cara pembelajaran secara sistematik selain  4. tidak mengulangkaji pelajaran pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan.
"Apa yang penting adalah 5. menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas selain 6. membuat soalan-soalan peperiksaan. Cara itu lebih baik berbanding mengulangkaji pelajaran pada saat akhir.
"Kejayaan yang saya perolehi ini adalah  7. hasil daripada dorongan semua pihak termasuk ibu bapa, guru serta rakan-rakan," katanya yang bercita-cita menjadi doktor

December 23, 2010 14:28 PM
Calon Orang Kelainan Upaya (OKU) Cemerlang PMR 2010
Pelajar Rabun Di Johor Peroleh 8A Dalam PMR
JOHOR BAHARU, 23 Dis (Bernama) -- Seorang pelajar perempuan yang mengalami masalah rabun membuktikan kecacatan penglihatan yang dialaminya tidak menjadi penghalang untuk memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, yang keputusannya diumumkan Khamis.

Ting Kai Li, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, berkata dia berasa sangat terkejut dengan keputusan itu kerana tidak menyangka mendapat pencapaian yang cemerlang.

"Saya mempunyai jadual belajar yang ditetapkan dan akan memastikan sentiasa mengikut jadual tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan PMR oleh Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran di sini hari ini.

Ting, yang turut dianugerahkan pelajar cemerlang kategori pelajar pendidikan khas (bermasalah penglihatan), berkata dia menggunakan masa lapangnya dengan bermain piano ataupun mendengar muzik klasik.

Anak sulung daripada tiga adik beradik itu berkata dia amat meminati subjek Bahasa Inggeris dan bercita-cita menjadi seorang doktor.

Farah Raihanah Atan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian, Pontian, pula dianugerahkan pelajar cemerlang kategori pelajar pendidikan khas (bermasalah fizikal) apabila memperoleh 4A, 3B dan 1D.

Farah Raihanah, 15, yang menghidap autisme sejak berumur tiga tahun, berkata dia banyak mengulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolahnya dengan dibantu oleh guru.

"Saya suka mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Inggeris, dan saya suka membaca novel ataupun cerpen berunsur sejarah," kata Farah Raihanah yang bercita-cita menjadi seorang penulis

Pelajar Miskin
BINJAI – Ketekunan mengerjakan solat Hajat selepas waktu Isyak tiga kali setiap minggu dan fokus di dalam kelas menjadi resipi kejayaan anak sulung daripada tiga beradik, Nazifa Auni Mohd Zulkifli, 15, apabila muncul salah seorang pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010.

Nazifa Auni yang mendapat keputusan 8A dan mendedikasikan kejayaannya kepada kedua ibu bapanya berkata, solat Hajat yang selalu dilakukan memotivasikan dirinya untuk belajar lebih bersungguh-sungguh demi membantu keluarga ke arah lebih baik.

Menurut anak mekanik ini, kejayaannya itu adalah berkat asuhan kedua ibu bapanya, Mohd Zulkifli Mohd Noor, 41, dan Fadzilah Hashim, 36, yang tegas mendidik serta mewajibkannya belajar di rumah sekurang-kurang tiga jam sehari sejak berumur lima tahun.

Katanya, disebabkan telah dilatih sedemikian, amalan itu diteruskan apabila memasuki alam sekolah menengah. Malah, dia lebih selesa belajar sendiri di rumah tanpa mengikuti mana-mana kelas tuisyen.

“Bagi membolehkan saya menguasai setiap yang diajar guru, saya akan memberi tumpuan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

"Jika tidak faham, saya akan terus bertanya agar tidak ketinggalan. Selain itu hubungan dengan guru juga perlu rapat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di SMK Binjai pada majlis ringkas meraikan pelajar cemerlang sekolah berkenaan selepas pelajar masing-masing memperoleh keputusan, di sini.

Nazifa Auni berkata, memandangkan dirinya lemah dalam subjek Matematik, dia mendampingi lima pelajar pintar Matematik dalam kelasnya bagi membolehkan penguasaan dan kefahamannya dalam semua subjek seiring.

Sementara itu, Fadzilah yang terharu dengan kejayaannya anaknya itu berkata, usahanya mendisiplinkan anak sejak kecil tidak sia-sia dengan pencapaian yang diraih anak sulungnya itu.

“Alhamdulillah, sekarang dua adik Nazifa Auni iaitu Nazarin Auni, 11, dan Nariesya Auni, 6, turut saya disiplinkan seperti kakaknya.

"Ini sebab, didikan awal sebegini mampu memberi kesan dalam diri anak. Diharap kejayaan Nazifa Auni ini mampu menjadi pendorong kepada adiknya untuk meraih kejayaan sama,” katanya.

Pelajar tahfiz Pahang cemerlang

(Sekolah tahfiz pun cemerlang dalam PMR 2010 -admin


Sebahagian pelajar cemerlang PMR, Maahad Tahfiz Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur yang mendapat keputusan 9A gembira menerima keputusan peperiksaan itu di Kuantan, Pahang, semalam. – UTUSAN/Mahathir Ali


KUANTAN 24 Dis. – Berpegang kepada prinsip untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat, seramai 19 bakal hafiz Sekolah Maahad Tahfiz Pahang, Tanjung Lumpur di sini mendapat 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.
Bagi mereka, kesibukan menghafal al-Quran seharian bukan penghalang untuk muncul sebagai pelajar cemerlang dalam akademik.
Lebih membanggakan, kebanyakan ‘ustaz muda’ yang mampu menghafal 30 juzuk al-Quran itu turut cemerlang dalam kegiatan kokurikulum terutama sukan menunggang kuda, memanah dan reka cipta robotik apabila ada di kalangan mereka pernah mewakili negeri di peringkat kebangsaan.
Seorang pelajar, Mohd. Nazmi Nordin, 15, yang berasal dari Kampung Tok Sira di sini berkata, daya ingatan yang tinggi dalam penghafalan al-Quran mungkin antara rahsia kejayaannya mendapat 9A dalam PMR.
Anak bongsu daripada enam beradik itu memberitahu, dia sering mengulangkaji pelajaran selepas solat subuh kerana waktu itu daya ingatannya masih segar.
‘‘Saya juga kerap menunaikan solat hajat dan membaca serta menghafal al-Quran sebelum solat subuh,” katanya yang pernah mendapat anugerah Tunas Jaya peringkat kebangsaan dua tahun lalu.
Selain mencapai keputusan cemerlang dalam PMR, anak kepada seorang peniaga itu pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan menghafal al-Quran peringkat negeri dua tahun lalu.
Mohd. Nazmi juga terlibat secara aktif dalam sukan memanah dan menunggang kuda selain pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan robotik peringkat negeri baru-baru ini.
Seorang lagi bakal hafiz yang mendapat 9A dalam peperiksaan itu ialah Norly Erfariza Ibrahim, 15, yang kini berjaya menghafal 26 daripada 30 juzuk al-Quran sejak dua tahun lalu.
Anak sulung daripada empat beradik itu bersetuju dengan pandangan Mohd. Nazmi bahawa ingatannya ketika mengulangkaji pelajaran semakin kuat apabila semakin banyak juzuk al-Quran yang dihafalnya.
‘‘Saya kerap mengulangkaji pelajaran selepas pukul 12 tengah malam kerana sebelum itu saya penuhkan masa dengan menghafal al-Quran.
‘‘Dalam pada itu, saya menjadikan solat qiamullail sebagai amalan harian,” katanya yang berazam untuk mengulangi kejayaan cemerlangnya itu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi.
Rakannya yang turut memperoleh keputusan sama, Kashfi Khairusalleh, 15, memberitahu, walaupun waktu tidurnya hanya empat jam sehari namun ia tidak menghalangnya untuk mendapat kejayaan dalam akademik.
Menurutnya, sebahagian besar kehidupannya dalam sehari dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti menelaah pelajaran, menghafal al-Quran, bersukan dan beribadat.
‘‘Saya akan tidur pada pukul 12 tengah malam dan bangun semula kira-kira pukul 4 pagi untuk bersolat hajat dan membaca al-Quran.
‘‘Selepas solat subuh, saya akan mengulangkaji pelajaran dan pada sebelah petang saya terlibat dalam aktiviti sukan menunggang kuda,” katanya yang bercita-cita mahu menjadi doktor.
Selain mencapai kejayaan dalam PMR, Kashfi memberitahu, dia pernah mendapat tempat ketiga dalam Pertunjukan Kuda Kebangsaan di Terengganu, bulan lalu.
Sementara itu, Pengarah Maahad Tahfiz Pahang, Datuk Zulkifle Ali memberitahu, pencapaian sekolah itu amat membanggakan apabila tiada calon mendapat C dalam PMR 2009.
Daripada 28 calon peperiksaan itu, kata beliau, seramai 19 pelajar atau 68 peratus mendapat 9A, tujuh calon (25 peratus) mendapat 8A 1B manakala selebihnya atau tujuh peratus memperoleh 7A 2B.
‘‘Seramai 15 pelajar lelaki dan empat pelajar perempuan mendapat 9A dalam PMR 2009. Ini merupakan pertama kali Maahad Tahfiz Pahang melaksanakan PMR sejak ditubuhkan tiga tahun lalu,” katanya.
Apa yang membanggakan, kata Zulkifle, kesemua calon terbabit kini mampu menghafal antara 25 hingga 30 juzuk al-Quran.
Beliau menambah, seramai 18 pelajar lelaki dan 10 calon perempuan menduduki peperiksaan itu pada tahun ini.

Kesimpulan : Sukar untuk mendapatkan fakta-fakta tentang kegagalan. Namun faktor kegagalan seseorang itu boleh dilihat melalui pengalaman dalam hidup. Ingat jika kita telahpun berusaha dengan bersungguh-sungguh namun kaita masih gagal untuk cemerlang itu namanya takdir, sekadar ujian kepada diri kita. Ayuh bangkit semula dari kegagalan. Selagi kita hidup peluang untuk cemerlang tetap ada. Dengan Izin Allah.

25 December 2009

aspirasidiri : 2A Percubaan, 8A PMR 09

sumber > utusan <

2A masa percubaan, PMR 8A




Firdana Ahmad (kiri), Vivian Selamat (tengah) dan Bibee Marnie gembira mendapat keputusan 8A PMR di SMK Sains Kota Kinabalu, semalam.




KOTA KINABALU 24 Dis. - Pada peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) lalu, Vivian Selamat, 15, hanya memperoleh 2A.
Namun bangkit daripada kekecewaan, anak pesawah dari Kota Belud itu berjaya mencatat keputusan cemerlang apabila berjaya memperoleh 8A pada peperiksaan PMR yang diumumkan hari ini.
Anak ketiga daripada sembilan beradik itu berkata, kejayaan tersebut merupakan hadiah istimewa buat ibu bapanya yang amat berharap dia mencatat keputusan cemerlang pada peperiksaan itu.
"Bapa saya hanya seorang pesawah dan ibu pula suri rumah tangga. Merekalah yang sentiasa menjadi sumber inspirasi saya.
"Inilah hadiah yang dapat saya berikan kepada mereka yang selama ini banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman keputusan PMR Sekolah Menengah Sains Kota Kinabalu di sini hari ini.
Selain Vivian, rakannya yang turut berasal dari Kota Belud, Firdana Ahmad, 15, turut mendapat 8A dalam peperiksaan PMR kali ini.

aspirasidiri : Elak Makanan Ringan, 8A PMR 09

sumber > utusan <

Petua elak makanan ringan

PULAU PINANG 24 Dis. - Seorang pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) St. George di sini percaya amalannya yang mengelak mengambil makanan ringan seperti keropok menjadi antara 'resipi' kejayaannya memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.
Nur Najaa Mastura Mohamad Jamil berkata, hampir setahun dia mengelak mengambil makanan ringan walaupun ia menjadi kegemarannya sebelum ini.
''Emak saya selalu mengingatkan makanan itu tidak bagus untuk otak terutama bagi mengingati pelajaran.

aspirasidiri : Saling Mencabar Pembakar Kejayaan PMR 09

sumber > utusan <

Saling mencabar rahsia kejayaan kembar

KEPALA BATAS 24 Dis. - Sikap saling mencabar antara satu sama lain menjadi rahsia kejayaan pasangan kembar sehingga mereka muncul sebagai antara pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang diumumkan hari ini.
Nur Fatehah Md. Shakur, 17, dan adiknya, Nur Faten Nadirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad di sini masing-masing memperoleh 9A dalam peperiksaan tersebut.
Dikurniakan dengan kelebihan dan kecenderungan dalam mata pelajaran yang berbeza, Nur Fatehah dan Nur Faten Nadirah mengakui sering berlumba untuk memperoleh keputusan paling cemerlang.
Nur Fatehah dikenali rakan-rakannya sebagai 'genius' bagi mata pelajaran matematik manakala Nur Faten Nadirah pula terkenal dengan kehebatannya dalam subjek Sejarah.

aspirasidiri : Anak Peniaga Roti Canai Cemerlang PMR 09

Sumber > utusan <

Anak kembar peniaga roti canai membanggakan

KANGAR 24 Dis. - Tiada yang lebih menggembirakan seorang peniaga roti canai di Taman Kemajuan di sini selain melihat keputusan cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) anak kembarnya yang diketahui hari ini.
Hajamohideen Abdul Razak, 40, sebak seketika apabila melihat slip keputusan peperiksaan anaknya itu yang menunjukkan kedua-dua mereka mendapat 8A.
Sebelum itu, anak sulungnya, Nur Izzati Najwa, 15, dan kembarnya, Nur Izzat Najmi, 15, hanya mendiamkan diri apabila ditanya tentang keputusan peperiksaan tersebut sewaktu tiba di warung roti canai Hajamohideen.

aspirasidiri : Pelajar TAHFIZ juga Cemerlang Dalam PMR 09

sumber > utusan <

Pelajar tahfiz Pahang cemerlang




Sebahagian pelajar cemerlang PMR, Maahad Tahfiz Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur yang mendapat keputusan 9A gembira menerima keputusan peperiksaan itu di Kuantan, Pahang, semalam. – UTUSAN/Mahathir Ali




KUANTAN 24 Dis. – Berpegang kepada prinsip untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat, seramai 19 bakal hafiz Sekolah Maahad Tahfiz Pahang, Tanjung Lumpur di sini mendapat 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.
Bagi mereka, kesibukan menghafal al-Quran seharian bukan penghalang untuk muncul sebagai pelajar cemerlang dalam akademik.
Lebih membanggakan, kebanyakan ‘ustaz muda’ yang mampu menghafal 30 juzuk al-Quran itu turut cemerlang dalam kegiatan kokurikulum terutama sukan menunggang kuda, memanah dan reka cipta robotik apabila ada di kalangan mereka pernah mewakili negeri di peringkat kebangsaan.
Seorang pelajar, Mohd. Nazmi Nordin, 15, yang berasal dari Kampung Tok Sira di sini berkata, daya ingatan yang tinggi dalam penghafalan al-Quran mungkin antara rahsia kejayaannya mendapat 9A dalam PMR.

24 December 2009

aspirasidiri : Sekitar Pengumuman PMR 2009

SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru, gembira setelah mendapat keputusan cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009, pagi ini. Keputusan PMR diumumkan hari ini di seluruh negara.


CALON Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari kiri, Rizal Abd Razak, Noor Diana Ahmad Nordin, Fatin Najihah Mohd Nasir dan Nabinah Sehu Allavudin meraikan kejayaan mereka mendapat 9A selepas mengambil slip keputusan dan sijil di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kuala Lumpur, pagi ini. - Foto Rosdan Wahid

Tahniah dari admin blog aspirasidiri atas kejayaan cemerlang, kepada yang kurang berjaya.... segala-galanya bukan noktah.  ada yang sedang menenti dihadapan. SPM, ya SPM...

14 September 2009

aspirasidiri : Rahsia Kejayaan Calon PMR Yang Lalu

Autisme tidak halang dapat 8A

Kosmo


Khairul Aiman menerima ciuman daripada ayahnya, Hashim Samsuddin selepas mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR - Status orang kurang upaya (OKU) kerana menghidap penyakit autisme (kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak) tidak menghalang seorang pelajar untuk memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.

Khairul Aiman Hashim, 16, dari Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras berkata, dia menganggap dirinya sama seperti pelajar normal lain malah sentiasa menanam sikap mahu bersaing dengan rakan-rakannya.

"Syukur kerana dapat juga 8A. Semalaman saya tak tidur kerana risau menunggu keputusan ini. Walaupun saya yakin akan dapat 8A, tapi bimbang juga sesuatu yang buruk berlaku," katanya ketika ditemui Kosmo! di sekolahnya semalam.

Khairul Aiman dikesan menghidap autisme ketika mendaftar dalam darjah satu tetapi semangatnya mengatasi segalanya apabila dia memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiga tahun lalu.

"Seperti biasa, saya bersama rakan-rakan belajar secara berkumpulan di asrama, mengulangkaji pelajaran setiap hari dan sering ke perpustakaan membuat rujukan.

"Tapi saya bukanlah jenis yang belajar semata-mata kerana turut aktif mewakili sekolah dalam bidang sukan iaitu acara lontar peluru, cakera dan lembing," ujarnya.



Pasangan kembar cerita rahsia kejayaan PMR peroleh 8A


SURAYA NABILAH (kiri) dan Suraya Nadzirah menunjukkan slip keputusan PMR mereka
di Seremban semalam.


SEREMBAN - "Saya tidak berjaga sehingga lewat malam untuk mengulangkaji pelajaran kerana ia boleh menyebabkan kita hilang fokus di dalam kelas."

Demikian petua pasangan kembar Suraya Nadzirah dan Suraya Nabilah Izhar, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di sini yang mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.

Suraya Nadzirah berkata, dia dan adik kembarnya mengulangkaji pelajaran selama satu atau dua jam sehari dan tidak tidur lewat untuk memastikan mereka segar ketika mengikuti pembelajaran di dalam kelas.

"Kami sentiasa mengulangkaji pelajaran bersama-sama malah mengikuti kelas tuisyen untuk memastikan setiap pelajaran dapat diikuti dengan sempurna," katanya yang ingin menjadi doktor satu hari nanti.

Seramai 102 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V daripada keseluruhan 204 penuntut mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR yang diumumkan semalam.



Anak gemilang ceria terima keputusan PMR


Sebahagian pelajar Sekolah Menengah King George V (KGV), Seremban yang berjaya memperoleh 8A dalam PMR bersorak gembira sambil menunjukkan slip keputusan peperiksaan masing-masing.


WAJAH ANAK GEMILANG. Semalam merupakan detik paling menggembirakan kepada para pelajar yang berjaya mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.


Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur meraikan kejayaan selepas mendapat 8A semalam.


Mereka yang merupakan antara 472,060 calon yang telah menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara pada 13 hingga 17 Oktober lalu bersorak gembira apabila menerima slip keputusan peperiksaan masing-masing.


PARA pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur bersorak gembira setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR.


Dalam peperiksaan tersebut, seramai 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5.65 peratus pada tahun lalu dan 4.83 peratus pada tahun 2006.


BI makin mantap

Oleh Abdul Razak Raaff
raaffar@bharian.com.my


SEBAHAGIAN daripada 127 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas memperoleh 8A menunjukkan isyarat bagus sambil menunjukkan slip peperiksaan masing-masing. Sekolah itu memperoleh keputusan terbaik peringkat negeri dengan 46 peratus daripada 276 calonnya memperoleh 8A.


Harian Metro Arkib Seminggu 29-12-2007

3,073 peroleh 9A



PUTRAJAYA: Seramai 3,073 daripada 28,838 calon yang menduduki sembilan mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, memperoleh 9A.

Calon yang memperoleh 8A bagi semua lapan mata pelajaran yang diduduki pula ialah 16,547 daripada 347,327 calon, manakala calon yang memperoleh 7A bagi semua tujuh mata pelajaran yang diambil pula ialah 4,962 daripada 62,041 calon.

Jumlah itu menjadikan 24,582 calon dari sekolah kerajaan memperolehi A dalam semua mata pelajaran yang diambil daripada 438,206 calon yang menduduki PMR tahun ini.

Selain itu, 3,086 daripada 31,195 calon dari sekolah bukan kerajaan pula memperoleh semua A dalam peperiksaan itu dan bilangan itu menjadikan 27,668 daripada 469,401 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.



Daripada 31,195 calon itu, 17,763 calon adalah pelajar dari sekolah kerajaan negeri dan sekolah yang ditaja badan persendirian, 13,077 pula dari sekolah persendirian, manakala bakinya adalah calon persendirian

Utusan 29.12-2007

Sistem mentor-menti bantu keputusan baik


NURIZZATI Zainal Nazeri (kiri) bangga menunjukkan keputusan 8A kepada ibunya, Suliza Salam selepas pengumuman keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah di Kolej Yayasan Saad, Melaka, kelmarin.

MELAKA 28 Dis. – Seorang pelajar, Nurizzati Datuk Zainal Nazeri dari Kolej Yayasan Saad (KYS), berkata, pelaksanaan sistem mentor- menti di kalangan rakan- rakan sebaya ternyata banyak membantunya mencapai keputusan yang baik dalam PMR.

Anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam itu berkata, melalui sistem tersebut setiap pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran tertentu akan menjadi mentor kepada rakannya yang lain.

‘‘Jadi antara kami saling bersaing antara satu sama lain. Kami juga berusaha untuk membuktikan bahawa kamilah mentor terbaik.

‘‘Ternyata sistem ini banyak membantu kami untuk berjaya selain tumpuan di dalam kelas,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi pakar ekonomi atau ahli perniagaan.

Bagi rakannya, Muhammad Syamil Asyran Suhaimi, 15, kesempatan tinggal di asrama dengan jadual tersusun memudahkannya mendapat keputusan yang baik.

Katanya, sistem mentor-menti yang dijalankan di kolej itu juga sangat membantunya untuk mencapai keputusan cemerlang.

‘‘Dengan cara ini, antara kami akan saling membantu mereka yang lemah dalam mata pelajaran yang akhirnya kami semua memperoleh kecemerlangan, tiada yang gagal,” katanya.

Bagi Jessica Leong, 14, pula kedudukannya sebagai anak sulung daripada dua beradik mendorongnya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.


Kokurikulum tidak jejas pelajaran

SETIU 28 Dis. – Penglibatan aktif dalam bidang kokurikulum bukan penghalang bagi Anis Nasyitah Mohd. Noor untuk muncul sebagai pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 peringkat negeri Terengganu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong yang sangat aktif dalam beberapa kelab di sekolahnya termasuk memegang jawatan sebagai Pengerusi Kelab Matematik, Kelab Bahasa Inggeris dan Puteri Islam, memperoleh 8A dalam peperiksaan itu.

Ketika ditemui, anak keempat daripada lima adik beradik itu berkata, penyertaan dalam persatuan tidak menjadi penghalang dia mencapai kejayaan akademik.

‘‘Ini kerana saya membahagikan masa untuk kegiatan kokurikulum pada waktu siang dan pada waktu malam untuk mengulang kaji pelajaran.

‘‘Saya juga bermain badminton bersama rakan pada waktu petang kerana aktiviti ini membolehkan saya sentiasa sihat serta cergas pada setiap masa,” katanya ketika ditemui di sekolahnya di sini, semalam.

Anis Nasyitah yang berasal dari Bukit Payong, Kuala Terengganu berkata, dia juga sentiasa memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran terutama semasa berada di kelas.

Katanya, masa yang paling sesuai untuk mengulang kaji pelajaran ialah antara pukul 4 pagi hingga 6 pagi kerana ketika itu suasana sunyi tanpa sebarang gangguan.

‘‘Saya tidak kisah walaupun ketika itu biasanya orang sedang tidur nyenyak tetapi saya bangun dari tidur untuk belajar dan selepas itu saya solat subuh,” kata bekas murid Sekolah Kebangsaan Tok Dir, Kuala Terengganu itu.


SMK Binjai catat kelulusan besar 8A

KEMAMAN 28 Dis. – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binjai yang baru berusia tiga tahun dan hanya sebuah sekolah harian biasa di pedalaman daerah ini, mencatat peningkatan tinggi bilangan pelajar mendapat 8A pada peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini berbanding tahun lalu.

Pengetuanya, Md. Idris Che Man berkata, kunci utama kejayaan ialah pelajar sekolah amat berdisiplin dan tiada kes salah laku berat menyebabkan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Katanya, sebelum ini tidak banyak pihak memberi harapan kepada sekolah kerana rata-rata pelajarnya anak petani, penoreh getah, peniaga pasar malam, dan buruh kasar.

‘‘Pada tahun lalu, sekolah berkenaan yang dibuka pada 2005 hanya dapat menghasilkan seorang pelajar 8A namun tahun ini bertambah 16 kali ganda apabila 17 pelajar mendapat 8A,’’ katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, selain 17 pelajar memperoleh 8A, sebanyak 17 pelajar lagi mendapat 7A dan 16 pelajar mendapat 6A, manakala kadar lulus semua mata pelajaran (LSMP) meningkat daripada 55 peratus kepada 75.11 peratus.

Jelasnya, sebanyak 175 daripada 233 calon PMR 2007 lulus semua mata pelajaran dan angka itu terbaik di kalangan sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Air Putih.

Katanya, kejayaan itu turut disebabkan kegigihan pelajar dan guru selain kerjasama Asrama Yayasan Terengganu cawangan Kemaman serta sokongan kuat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Penyelaras Projek PMR sekolah itu, Abdullah Othman pula berkata, kerelaan ibu bapa membenarkan anak mereka didenda jika ponteng sekolah dan bersikap biadap menyebabkan pelajar gerun melawan guru.


Amalan bawa bekal air dorong kejayaan sekolah

KUANTAN 28 Dis. – Amalan mewajibkan semua pelajar membawa bekalan air minuman yang dimasak setiap kali mengikuti pembelajaran di dalam kelas ternyata memberi kesan positif bagi Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, dekat sini.

Hasilnya, sekolah tersebut menjadi sekolah terbaik bagi daerah Kuantan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) buat kali ketiga berturut-turut.

Pengetua sekolah itu, Abas Abdul Rahman berkata, pihaknya yakin amalan tersebut merupakan faktor terbesar dalam menyumbang kejayaan akademik sekolah terbabit.

‘‘Ia merupakan formula terbaik bagi pelajar mengelakkan rasa mengantuk ketika berada di dalam kelas.

‘‘Saya selalu berpesan kepada para pelajar saya, setiap kali rasa mengantuk, minum air masak dan ia sekaligus akan meningkatkan tumpuan ketika berada di dalam kelas,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abas memberitahu, selain amalan tersebut, pihaknya sering menitikberatkan aspek keselesaan pelajar ketika berada di dalam kawasan sekolah.

‘‘Saya yakin, kejayaan cemerlang pelajar di sekolah bermula dari kemudahan infrastruktur yang cukup dan selesa.

‘‘Sebab itu, saya selalu memastikan kelas sentiasa berada dalam suasana ceria dan keadaan asrama selesa, seolah-olah seperti kita berada di dalam hotel,” katanya yang juga percaya suasana sekolah yang harmoni dapat memantapkan lagi pembinaan sahsiah dan rohani dalam diri pelajar.

Beliau yang akan bersara sebagai seorang pengetua sekolah tidak lama lagi turut mengakui kerjasama ibu bapa penting dalam memastikan kejayaan anak.

‘‘Walau apa pun, ibu bapa perlulah sentiasa menyokong para guru agar terus bersemangat dan tidak berputus asa untuk terus menjadi pendidik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih dengan kerjasama persatuan bekas pelajar sekolah berkenaan yang membelanjakan RM20,000 untuk mengadakan satu program motivasi di Genting Highlands baru-baru ini.

‘‘Selain itu, para pelajar sekolah yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan turut dibawa ke Langkawi sebagai bonus kejayaan mereka.

‘‘Amalan ini menjadi tradisi kami dan pihak sekolah bersyukur kerana pihak ibu bapa dan persatuan bekas pelajar sentiasa berdiri teguh bagi menyokong kejayaan lebih cemerlang sekolah di masa depan,” katanya.


Pendidikan

Belajar perkara menyeronokkan

MELAKA 28 Dis. – Meletakkan proses pembelajaran sebagai sesuatu yang menyeronokkan menjadi resipi kejayaan Harnani Syaza Hamdan, 15, memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Talib Karim, Alor Gajah itu berkata, proses pembelajaran dan mengulang kaji tidak seharusnya dijadikan sebagai tekanan dalam kehidupan.

‘‘Belajar adalah satu daripada tanggungjawab kita dan ia tidak perlu dilihat sebagai satu tekanan. Jika tidak ia akan mengganggu pemikiran kita menjadikan belajar suatu yang membosankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan PMR 2007 dan pelajar cemerlang peperiksaan itu oleh Pengarah Pelajaran Melaka, Isa Abu di sini semalam.

Seramai 873 daripada 13,807 calon sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran mencatatkan gred A dalam semua mata pelajaran di negeri ini, meningkat sebanyak 0.99 peratus.

Harnani adalah antara 20 pelajar terbaik Melaka yang mendapat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil pada peperiksaan PMR yang dijalankan pada 1 hingga 5 Oktober lalu.

Anak seorang pesara tentera itu berkata, tumpuan di dalam kelas juga menjadi kunci kejayaannya mencatatkan kejayaan semua A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan Pengajian Islam.

Sementara itu, seorang lagi pelajar cemerlang yang ditemui, Lim Jian Xiong, 15, dari SMK Datuk Dol Said, Alor Gajah berkata, pembabitannya dalam program yang dianjurkan pihak sekolah banyak menyumbang kepada kejayaannya.

Harian Metro 28.9.2007

Berkat surah Yasin

Oleh Mohamad Hussin dan Maiamalina Mohamed Amin

KUALA LUMPUR: "Setiap kali saya menghadapi tekanan ketika mengulang kaji pelajaran, saya akan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan surah Luqman bagi menerangkan hati dan fikiran.

"Alhamdulillah, berkat kesabaran, kerja keras dan doa ibu bapa serta guru yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar membuahkan hasil," kata Azri Azmi, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama, di sini, yang mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.

Beliau berkata, dia menumpukan perhatian sepenuhnya setiap kali guru mengajar di dalam kelas dan sekiranya ada subjek yang tidak faham, dia akan bertanya terus bagi memudahkannya mengulang kaji pelajaran sewaktu berada di rumah.

"Saya turut mengamalkan makanan berkhasiat seperti kurma, kismis serta meminum air zam-zam pada kadar yang sederhana supaya dapat menerangkan hati dan memudahkan saya mengingati semula subjek.



"Selain itu, saya juga aktif berpesatuan seperti menyertai pengakap dan menceburi aktiviti sukan supaya otak dan badan sentiasa berfungsi dengan baik," katanya yang ditemui di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, semalam.

Cemerlang penebus malu



KUALA LUMPUR: Malu akibat memperoleh keputusan paling teruk bagi subjek Bahasa Malaysia yang juga bahasa ibundanya menjadikan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 (SMKS 5), Wangsa Maju, Siti Sarah Abdul Sattar, 15, nekad belajar habis-habisan untuk menebus kekecewaan.

Perjuangannya itu akhirnya berjaya apabila dia memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan semua A bagi lapan mata pelajaran yang diambil sekali gus dinobatkan pelajar terbaik peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Siti Sarah berkata dia sama sekali tidak menyangka usaha berterusannya lebih-lebih lagi untuk tempoh tiga bulan terakhir sebelum peperiksaanmembuahkan hasil.

Katanya, lebih menggembirakan apabila kejayaannya itu turut melakar sejarah tersendiri apabila dia satu-satunya penuntut SMKS 5 yang diiktiraf pelajar terbaik PMR peringkat negeri meskipun sekolahnya itu sudah mula beroperasi 14 tahun lalu.



"Kejayaan ini sangat bermakna buat saya kerana sebelum ini banyak subjek yang saya lemah terutama Bahasa Malaysia yang saya pernah mendapat D ketika peperiksaan tahunan

Guna kaki dapat 8A

Oleh Shamsul Kamal Amarudin

IPOH: "Ketika peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), guru pengawas ada bertanya sama ada saya memerlukan tambahan masa bagi menjawab soalan kerana kecacatan saya, tetapi saya menjawab tidak perlu. Guna masa biasa saja," kata Nor Umairah Ahmad Jamhari.

Nor Umairah, 15, yang menulis menggunakan kaki serta menyelak buku untuk membaca kerana kecacatan kedua-dua tangannya sejak lahir memperoleh 8A dalam peperiksaan PMR yang diumumkan semalam.

Sebelum ini dia pernah membuktikan kekurangan dirinya bukan penghalang untuk menjadi insan cemerlang apabila memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Teluk Intan itu adalah seorang daripada lima calon PMR orang kurang upaya (OKU) seluruh negara yang mencatat kejayaan A dalam semua mata pelajaran.



Ketika belajar, dia menggunakan meja khas yang dipotong kakinya supaya berada dalam kedudukan sama paras dengan kerusi bagi membolehkannya selesa menulis atau melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran menggunakan kaki.

Saya tak gentar'

Oleh Mohamad Hussin dan Maiamalina Mohamed Amin

KUALA LUMPUR: "Saya tidak gentar bersaing dengan orang normal lain bagi merebut jawatan di bidang profesional dan keputusan cemerlang ini adalah bukti orang kurang upaya (OKU) seperti saya juga boleh berjaya," kata pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Norhayu Sapri, 15.

Dia adalah seorang daripada 21 pelajar tingkatan tiga yang diiktiraf terbaik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sekali gus calon OKU pertama menerima gelaran itu selepas memperoleh keputusan 5A 3B dalam dalam PMR yang diumumkan semalam.

Norhayu berkata selaku kanak-kanak istimewa, dia cukup bangga dan gembira menerima pengiktirafan itu serta berharap dapat terus mengekalkan prestasi terbaiknya demi mencapai cita-cita bergelar pensyarah.

"Saya sedar dengan penglihatan yang terhad ini saya tidak dapat bergerak aktif, namun itu tidak bermakna saya tidak mampu melakukan terbaik dalam pengajian, malah ketika ini saya cukup bersedia untuk berdepan cabaran," katanya ketika ditemui di Jabatan Pelajaran di sini, semalam.



Sementara itu, bapa Norhayu, Sapri Tahir, 42, berkata kepintaran anak sulungnya itu menonjol sejak kecil lagi apabila dia lebih gemar bersendirian dan banyak membaca buku meskipun terpaksa meneliti perkataan satu persatu secara dekat


Tak sangka peroleh 8A



CYBERJAYA: "Tulisan saya buruk. Saya takut subjek Bahasa Malaysia tak dapat A sebab pemeriksa kertas soalan tak boleh baca tulisan saya," kata pelajar Sekolah Seri Puteri, Najwa Mohammad Ashim, 15, yang tidak menyangka mampu memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), tahun ini.

Najwa yang bercita-cita menjadi doktor gigi, berkata berikutan masalah itu, dia hanya berharap memperoleh 7A 1B dalam peperiksaan itu.

"Memang saya berdebar-debar semasa melihat slip peperiksaan.

"Saya terkejut apabila mendapat A bagi subjek Bahasa Malaysia dan lebih gembira apabila tujuh lagi subjek, saya turut memperoleh A," katanya ketika ditemui di sekolah itu, semalam.



Najwa yang tinggal di Tampin, Negeri Sembilan, berkata dia mengamalkan pembelajaran secara berkumpulan bagi membantunya lebih menguasai sesuatu subjek.

Berkat ulang kaji bersama

Oleh Mohd Roji Abdullah

BATU PAHAT: "Ahmad Fauzi sanggup menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh tiga tahun lalu hanya kerana tidak mahu berjauhan dengan kembarnya, Ahmad Fauzan. Ternyata keputusannya tidak sia-sia kerana mereka berdua mencapai keputusan cemerlang pada Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Jika Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dulu, hanya Ahmad Fauzi mendapat 5A manakala kembarnya hanya mendapat 3A dan 2B, sekarang kedua-duanya mendapat 8A," kata Mohamadiah Abdul Rahman, bapa pasangan kembar itu ketika ditemui di Sekolah Tinggi Batu Pahat, semalam.

Mohamadiah yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Sri Tengah di sini, berkata dia terharu dengan kejayaan dicapai pasangan kembar berkenaan yang jarang berpisah dan tidak pernah mengulang kaji pelajaran berasingan.

"Mereka sentiasa belajar bersama, itulah antara sebab seorang daripada mereka menolak tawaran belajar di sekolah berasrama penuh sebelum ini. Mereka selalu berkata, akan mencapai kejayaan bersama dan hari ini terbukti usaha bersama itu membuahkan hasil," katanya.



Katanya, pasangan kembar berkenaan berhasrat mengikut jejak abang mereka yang kini belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Berguru dengan adik kembar



KEPALA BATAS: "Saya tidak kisah walaupun berguru dengan adik sebab dia lebih pandai," kata Khadijah Ismail, 15, yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan, semalam.

Kembar seirasnya, Siti Aishah Ismail, 15, memperoleh 9A. Mereka antara 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad di sini yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam PMR daripada 151 pelajar menduduki peperiksaan itu tahun ini.

Khadijah berkata, dia dan kembarnya tinggal di asrama dan sering mengulang kaji bersama terutama ketika bangun jam 5 pagi.

"Belajar bersama lebih mudah sebab kami boleh bertukar pendapat dan dia menjadi 'guru' jika saya kurang faham. Kami memang mensasarkan 9A, tetapi adik lebih cemerlang," katanya yang mahu bergelar usahawan satu hari nanti.



Khadijah memperoleh A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Islam kecuali Bahasa Arab (B).

Umairah istimewa

Oleh Shamsul Kamal Amarudin

IPOH: "Ketika peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), guru pengawas ada bertanya sama ada saya memerlukan tambahan masa bagi menjawab soalan kerana kecacatan saya, tetapi saya menjawab tidak perlu. Guna masa biasa saja," kata Nor Umairah Ahmad Jamhari.

Nor Umairah, 15, yang menulis menggunakan kaki serta menyelak buku untuk membaca kerana kecacatan kedua-dua tangannya sejak lahir memperoleh 8A dalam peperiksaan PMR yang diumumkan semalam.

Sebelum ini dia pernah membuktikan kekurangan dirinya bukan penghalang untuk menjadi insan cemerlang apabila memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Teluk Intan itu adalah seorang daripada lima calon PMR orang kurang upaya (OKU) seluruh negara yang mencatat kejayaan A dalam semua mata pelajaran.



Ketika belajar, dia menggunakan meja khas yang dipotong kakinya supaya berada dalam kedudukan sama paras dengan kerusi bagi membolehkannya selesa menulis atau melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran menggunakan kaki

31 December 2008

Sekitar Pengumuman PMR 2008

Tahniah Kepada Calon Yang Berjaya Menggenggam 8A dalam PMR 2008 .....admin. Kepada Yang Tidak Berjaya Mencapai Matlamat Yang Di Sasarkan.. Ini Bukanlah Penghujung Kepada Usaha Anda..SPM sedang Menanti Di Hadapan..


PMR 2008 cemerlang


SYUKUR... Walaupun SMK Tanjung Lumpur, Kuantan, pernah digemparkan dengan kejadian histeria yang berlarutan lebih dua bulan, ramai pelajarnya memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR.

Utusan 31-12-2008

*Sebanyak 472,060 calon menduduki PMR 2008. 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat A dalam semua mata pelajaran.

*Semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Komunikasi mencatat kenaikan tertinggi iaitu 3.6 peratus.

*Peratus kelulusan calon mendapat sekurang-kurangnya D bagi semua mata pelajaran adalah 62.93 dan calon memperoleh

semua E seramai

440 (0.10 peratus).

*Pelajar yang menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris meningkat kepada 51.2 peratus berbanding 21.5 peratus pada 2007, manakala Matematik naik 26.9 peratus berbanding 4.6 peratus pada 2007.

*Jurang perbezaan antara pelajar bandar dengan luar bandar terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains semakin menge

Peratus semua A PMR naik

PUTRAJAYA 30 Dis. - Pencapaian calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini sangat membanggakan apabila 26,378 atau 5.96 peratus daripada 472,060 calon berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, calon yang mendapat 9A pada tahun ini ialah seramai 3,396 (11.54 peratus), 8A 17,969 (5.11 peratus) dan 7A 5,013 (8.11 peratus).

Menurutnya, berbanding tahun lalu, pelajar yang meraih semua A adalah seramai 24,744 (5.65 peratus); 20,213 (2006) dan 20,101 pada 2005.

Kata beliau, peratusan murid yang menguasai kemahiran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada PMR tahun ini juga menunjukkan peningkatan yang amat menggalakkan.

''Bagi mata pelajaran Sains, daripada 456,795 calon, sejumlah 235,510 (51.2 peratus) orang menjawab dalam bahasa Inggeris, 141,658 (30.8 peratus) dalam bahasa Melayu manakala 82,627 (18.0 peratus) menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris.

''Sementara bagi Matematik, daripada 462,051 calon, seramai 124,209 (26.9 peratus) calon menggunakan bahasa Inggeris, 91,955 (19.9 peratus) bahasa Melayu dan 245,887 (53,2 peratus) menjawab dalam bahasa Melayu dan Inggeris," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada tahun ini, seramai 472,060 calon mendaftar menduduki PMR dan daripada jumlah itu, sebanyak 442,791 adalah pelajar sekolah bantuan penuh kerajaan.

Calon PMR tahun ini merupakan kohort keempat yang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dari tingkatan satu hingga tiga.

Alimuddin berkata, bagi mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris, calon masih dibenarkan sama ada menjawab sepenuhnya dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu atau bercampur-campur.

Beliau seterusnya memberitahu, pencapaian calon yang memperoleh sekurang-kurangnya D bagi semua mata pelajaran adalah 62.93 peratus berbanding 63.53 peratus tahun lalu manakala E ialah 440 (0.10 peratus) berbanding 559 orang (0.13 peratus) pada 2007.

''Jurang perbezaan antara murid bandar dan luar bandar semakin rapat terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

''Secara keseluruhannya, pencapaian murid di luar bandar menunjukkan peningkatan bagi pencapaian cemerlang dan melepasi tahap penguasaan minimum berbanding murid di bandar dalam semua mata pelajaran," katanya.

Ditanya sama ada calon PMR 2009 masih dibenarkan menjawab soalan dalam dwibahasa berikutan kerajaan masih belum memutuskan kedudukan PPSMI, beliau berkata, mereka masih boleh berbuat demikian tahun depan.


Dasar PPSMI: Guru jangan tergesa-gesa

PUTRAJAYA 30 Dis. - Kementerian Pelajaran menasihatkan 350,000 guru yang bernaung di bawah 25 kesatuan jangan tergesa-gesa membuat kenyataan melulu berhubung pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom sebaliknya meminta mereka bersabar dan memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membuat kajian terhadap dasar itu.

Tegas beliau, sesuatu dasar memerlukan penelitian terperinci sebelum keputusan dapat dilaksanakan.

''Setakat ini lima persidangan meja bulat membincangkan dasar ini telah diadakan. Tak baik tergesa-gesa sebab kita perlu fikir masa depan anak-anak, kerajaan tahu apa yang hendak dan perlu dibuat.

''Segala maklumat, surat, memorandum dan e-mel telah dihantar dan disampaikan terus kepada menteri untuk beliau buat keputusan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Alimuddin mengulas kenyataan Majlis Permuafakatan Kesatuan/Persatuan Guru Kementerian Pelajaran semalam yang sudah mengemukakan memorandum rasmi sebulat suara menolak pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah rendah.

Pengerusi majlis permuafakatan itu, Jemale Paiman berkata, mereka mahu kerajaan mengembalikan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar kedua-dua mata pelajaran berkenaan masing-masing di sekolah kebangsaan (SK) serta sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Kesatuan dan persatuan berpendapat, PPSMI hanya wajar dilaksanakan mulai pendidikan menengah selepas murid mendapat pendedahan, pemahaman serta penguasaan asas yang kukuh dua subjek itu melalui pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah.

Dalam perkembangan lain, Alimuddin menyifatkan cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu agar nama bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail diabadikan dalam bentuk anugerah atau nama institusi pengajian tinggi (IPT), sebagai sangat baik.

''Kita akan pertimbangkan secara mendalam kerana kita tahu ketokohan Allahyarham dalam bidang pendidikan," katanya.

Autisme tidak halang dapat 8A

Kosmo


Khairul Aiman menerima ciuman daripada ayahnya, Hashim Samsuddin selepas mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR - Status orang kurang upaya (OKU) kerana menghidap penyakit autisme (kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak) tidak menghalang seorang pelajar untuk memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.

Khairul Aiman Hashim, 16, dari Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras berkata, dia menganggap dirinya sama seperti pelajar normal lain malah sentiasa menanam sikap mahu bersaing dengan rakan-rakannya.

"Syukur kerana dapat juga 8A. Semalaman saya tak tidur kerana risau menunggu keputusan ini. Walaupun saya yakin akan dapat 8A, tapi bimbang juga sesuatu yang buruk berlaku," katanya ketika ditemui Kosmo! di sekolahnya semalam.

Khairul Aiman dikesan menghidap autisme ketika mendaftar dalam darjah satu tetapi semangatnya mengatasi segalanya apabila dia memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiga tahun lalu.

"Seperti biasa, saya bersama rakan-rakan belajar secara berkumpulan di asrama, mengulangkaji pelajaran setiap hari dan sering ke perpustakaan membuat rujukan.

"Tapi saya bukanlah jenis yang belajar semata-mata kerana turut aktif mewakili sekolah dalam bidang sukan iaitu acara lontar peluru, cakera dan lembing," ujarnya.



Pasangan kembar cerita rahsia kejayaan PMR peroleh 8A


SURAYA NABILAH (kiri) dan Suraya Nadzirah menunjukkan slip keputusan PMR mereka
di Seremban semalam.


SEREMBAN - "Saya tidak berjaga sehingga lewat malam untuk mengulangkaji pelajaran kerana ia boleh menyebabkan kita hilang fokus di dalam kelas."

Demikian petua pasangan kembar Suraya Nadzirah dan Suraya Nabilah Izhar, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di sini yang mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.

Suraya Nadzirah berkata, dia dan adik kembarnya mengulangkaji pelajaran selama satu atau dua jam sehari dan tidak tidur lewat untuk memastikan mereka segar ketika mengikuti pembelajaran di dalam kelas.

"Kami sentiasa mengulangkaji pelajaran bersama-sama malah mengikuti kelas tuisyen untuk memastikan setiap pelajaran dapat diikuti dengan sempurna," katanya yang ingin menjadi doktor satu hari nanti.

Seramai 102 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V daripada keseluruhan 204 penuntut mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR yang diumumkan semalam.



Anak gemilang ceria terima keputusan PMR


Sebahagian pelajar Sekolah Menengah King George V (KGV), Seremban yang berjaya memperoleh 8A dalam PMR bersorak gembira sambil menunjukkan slip keputusan peperiksaan masing-masing.


WAJAH ANAK GEMILANG. Semalam merupakan detik paling menggembirakan kepada para pelajar yang berjaya mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.


Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur meraikan kejayaan selepas mendapat 8A semalam.


Mereka yang merupakan antara 472,060 calon yang telah menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara pada 13 hingga 17 Oktober lalu bersorak gembira apabila menerima slip keputusan peperiksaan masing-masing.


PARA pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur bersorak gembira setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR.


Dalam peperiksaan tersebut, seramai 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5.65 peratus pada tahun lalu dan 4.83 peratus pada tahun 2006.


BI makin mantap

Oleh Abdul Razak Raaff
raaffar@bharian.com.my


SEBAHAGIAN daripada 127 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas memperoleh 8A menunjukkan isyarat bagus sambil menunjukkan slip peperiksaan masing-masing. Sekolah itu memperoleh keputusan terbaik peringkat negeri dengan 46 peratus daripada 276 calonnya memperoleh 8A.

Penguasaan bahasa Inggeris dalam Matematik, Sains meningkat

PUTRAJAYA: Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini yang diumumkan semalam, sekali lagi membuktikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan pencapaian pelajar dalam subjek berkenaan.

Malah, prestasi cemerlang gred A dalam mata pelajaran Matematik menunjukkan peningkatan ketara kepada 25.6 peratus berbanding purata 22.1 peratus dalam tempoh lima tahun sebelumnya, manakala 87.3 peratus melepasi tahap penguasaan minimum (gred ABCD).

Prestasi gred A bagi mata pelajaran Sains turut meningkat kepada 17.2 peratus daripada purata 16.4 peratus purata dari 2003 hingga 2007.

Seramai 472,060 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dengan 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil, meningkat 0.83 peratus berbanding purata keputusan PMR dari 2005 hingga 2007.

Daripada jumlah itu, 3,396 pelajar mendapat 9A dalam semua mata pelajaran, 17,969 (8A) dan 5,013 (7A).


Ketika mengumumkan keputusan PMR pada sidang media di sini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pelajar yang menjawab soalan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris turut meningkat.

Seramai 235,510 pelajar atau 51.2 peratus menjawab soalan Sains dalam bahasa Inggeris, 82,627 pelajar (18 peratus) dalam dwi-bahasa (bahasa Melayu dan Inggeris), manakala 124,209 pelajar (26.9 peratus) menjawab soalan Matematik dalam bahasa Inggeris dan 245,887 pelajar (53.2 peratus) menggunakan kedua-dua bahasa.

Beliau berkata, pencapaian jurang perbezaan antara pelajar bandar dan luar bandar juga semakin mengecil, terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi mata pelajaran Matematik pelajar luar bandar ialah 2.7 peratus berbanding 2.1 peratus di bandar, manakala GPMP subjek Sains ialah 0.3 peratus pelajar luar bandar dan -0.3 peratus pelajar di bandar.

"Kementerian bangga dengan keputusan ini, terutama bagi mata pelajaran bahasa Inggeris, sekali gus menunjukkan dasar PPSMI berjaya," katanya.

Alimuddin berkata, prestasi semua mata pelajaran yang ditawarkan dalam PMR tahun ini juga meningkat, kecuali Geografi dan Bahasa Arab Komunikasi, tetapi Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan tertinggi, iaitu 3.6 peratus.

Katanya, 74.8 peratus pelajar yang mengambil bahasa Inggeris tahun ini berjaya melepasi tahap penguasaan minimum (gred ABCD) berbanding purata 71.2 peratus dari 2005 hingga 2007.

"Prestasi cemerlang gred A bagi mata pelajaran berkenaan meningkat kepada 16.4 peratus daripada 15.3 peratus purata tiga tahun sebelumnya, naik 1.2 peratus," katanya.

Beliau berkata, semua 16 mata pelajaran turut menunjukkan prestasi cemerlang gred A melebihi 15 peratus dengan bahasa Melayu, bahasa Arab Komunikasi, bahasa Cina, bahasa Punjabi, bahasa Iban, Pendidikan Islam, Matematik, Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga serta Perdagangan dan Keusahawanan melebihi 20 peratus.

"GPMP pula menunjukkan enam mata pelajaran meningkat dengan ketara, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil, bahasa Punjabi, Pendidikan Islam dan Matematik," katanya.

Mengulas lanjut, Alimuddin berkata, 278,767 pelajar atau 63.3 peratus mendapat minimum gred D, menurun 0.36 peratus berbanding purata 63.3 peratus bagi keputusan tiga tahun lalu.

Jumlah pelajar yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum juga berkurangan apabila hanya 440 pelajar atau 0.10 peratus mendapat gred E dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 559 pelajar (0.13 peratus) pada 2007, 524 pelajar (2006) dan 569 pelajar (2005).

"Secara keseluruhan keputusan PMR tahun ini lebih baik daripada tiga tahun sebelumnya. Ini selaras dengan peningkatan kedudukan negara dalam Global Monitoring Index yang menunjukkan pembangunan pendidikan kita meningkat daripada tempat ke-56 tahun lalu ke-45 daripada 129 negara tahun ini," katanya.

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri