Peluang menggunakan masa yang berada dalam lingkungan 50 hari (ketika entri ditulis) bagi menyempurnakan persiapan menghadapi UPSR 2016 amatlah berharga. Sekali kita terlepas peluang, masa yang berlalu tidak akan kembali.
Setiap detik perlu dimanfaatkan. Jom kita tingkatkan keinginan kita dengan menggunakan pendekatan akronim MUSLIM.
M adalah Matlamat.
Tanya diri kita, adakah matlamat yang disasarkan telah ada atau masih kabur ?. Ya, matlamat perlu mantap, besar dan kita percaya "belive" ianya dapat dicapai.
6A Pasti Kugenggam.... ingat lagi tak matlamat tu..
U adalah USAHA
Usaha dalam ertikata melakukan dengan bersungguh sungguh tanpa memilih masa, tempat dan keadaan. Tidak tenggelam dalam suasana sambutan hari raya. Kemeriahan hari raya diimbangi dengan semaraknya semangat untuk berusaha demi kejayaan. Masa yang dilalui tidak dibiarkan begitu sahaja. Sentiasa belajar berpandukan jadual belajar. Sentiasa melihat ATR semasa.
S adalah Strategi
Strategi adalah langkah yang diambil bagi meningkatkan prestasi pencapaian di dalam akademik. Meningkatkan SKILL "kemahiran" di dalam belajar dapat membantu meningkatkan prestasi.
Dalam subjek matematik banyak kemahiran yang perlu dikusai. Bijak menggunakan rumus "formula" ketika menyelesaikan masalah adalah satu kelebihan.
Teknik mengulang beberapa kali dengan cara menyalin sesebuah karangan contoh dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis. Mungkin cara menyalin menimbulkan rasa pelik, tetapi cara ini telah terbukti keberkesanannya. Ada dalam kalangan rakan kita dapat A dengan menggunakan cara ini. Inilah yang kita sebut sebagai strategi tu. Ok, boleh faham tak?.
Memilih waktu belajar yang bersesuaian dengan kebolehan kita juga satu strategi. Bangun awal dan membuat latihan secara berkala soalan berbentuk mekanis satu lagi strategi yang menarik untuk subjek BM Pemahaman, Sains dan Matematik. Soalan bentuk mekanis ialah soalan berbentuk "selapis". Selapis ?.
Tanyalah guru kamu. Tentu guru kamu dapat memberikan penjelasan dengan tepat dan dapat memberikan contoh kepada kamu. Bertanya ? Ya ! bertanya juga salah satu strategi. Berdiam diri merugikan kamu sekiranya kamu memang tidak faham mengenai sesuatu perkara. Tidakkah begitu intan payung sekalian ?
Menjawab soalan yang mempunyai unsur KEBAT, secara berulang ulang. Cuba fahami teknik penyelesaiannya. Jika anda dapat apa yang anda yang sebelum ini sukar bagi anda untuk menyelesaikannya, tentu sekali anda akan rasa puas bila anda dapat memahami cara penyelesaian terhadap sesuatu soalan.
Bagaimanapun penetapan strategi bagi meningkatkan kemahiran "skill" adalah mengikut keperluan individu. Mengikut sasaran "KPI" yang ingin dicapai oleh anda. Anda setuju ? Nak tunggu bila lagi ?. Nak, tunggu apa lagi ? Bertindaklah sekarang. Ya, sekarang. Masa tidak menunggu kita.
L adalah LARI dari kelemahan diri.
Setiap dari kita tentu punya kelemahan diri bukan ? Senaraikan kelemahan diri kita yang selama ini menjadi penghalang kepada kejayaan kita. Apa kelemahan diri kita, ya ?
Malas mengulang kaji, solat pula bagaimana ?, Sempurna, ada yang tertinggal ? Doa ?, Latihan ? Hormat guru ?, Perintah Ibu bapa ?, Kehadiran ? Ada ponteng ?,
Nah! inilah antara kelemahan yang kita perlu lari, perlu tukar. Untuk mengubah apa yang telah disenaraikan itu, "belive"kita perlu kita ubah. Kita perlu percaya dengan kita mengubah kelemahan diri kita, peluang untuk berjaya adalah lebih terbuka.
Semakin kita percaya, sekiranya kita berkalakuan positif semakin mudah kehadiran kejayaan buat kita. Kerana kitalah yang "menarik" kejayaan untuk diri kita. Secara tepatnya kita menarik kejayaan ke arah kita. Bukannya dikejar kejayaan itu. Jika kita mengejarnya, kita akan semakin longlai, penat, bosan. Ya, diri kita sendiri yang pilih. Inilah masanya kita perlu berubah. Lari sekuat-kuatnya dari kelemahan diri. Tariklah sekuat kuatnya kejayaan itu dengan persiapan yang sempurna. Dengan izin Allah.
I untuk INSAF
Apa yang insaftu. Menginsafi bahawa ayah, bonda serta guru menaruh harapan di atas kejayaan kita. Ya, kejayaan. Ayah dan bonda, terus terusan memanjatkan doa kejayan buat kita.
"6A bakal ku hadiahkan kemanisan ini buatmu, AYAH, BONDA dan GURUKU"
M untuk MUHASABAH
Saya menyedari semakin saya berusaha semakin luas peluang kejayaan untuk saya.
Saya sentiasa melihat matlamat saya. Semuanya bermula dari 'belive' saya. Insa Allah. Doa menjadi sandaran kepada saya setelah saya berusaha dengan gigih. Saya yakin, kejayaan saya adalah dengan izin Allah.
VISSION BOARD