Impian Dan Keazaman Mengatasi Keterbatasan Diri
Dengan Izin Allah.
Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh dalam ingatan Al-fatihah.
sumber berita <cgzul>
metro 2007 Oleh Shamsul Kamal Amarudin
IPOH: "Ketika peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007, guru pengawas ada bertanya sama ada saya memerlukan tambahan masa bagi menjawab soalan kerana kecacatan saya, tetapi saya menjawab tidak perlu. Guna masa biasa saja," kata Nor Umairah Ahmad Jamhari. Nor Umairah, 15, yang menulis menggunakan kaki serta menyelak buku untuk membaca kerana kecacatan kedua-dua tangannya sejak lahir memperoleh 8A dalam peperiksaan PMR yang diumumkan semalam.
Sebelum ini dia pernah membuktikan kekurangan dirinya bukan penghalang untuk menjadi insan cemerlang apabila memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Teluk Intan itu adalah seorang daripada lima calon PMR orang kurang upaya (OKU) seluruh negara yang mencatat kejayaan A dalam semua mata pelajaran.
Ketika belajar, dia menggunakan meja khas yang dipotong kakinya supaya berada dalam kedudukan sama paras dengan kerusi bagi membolehkannya selesa menulis atau melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran menggunakan kaki.
Anak sulung daripada dua beradik itu juga tidak belajar dalam kelas khas OKU yang ada di sekolahnya, tetapi dalam kelas biasa bersama pelajar normal lain yang turut memberikan sokongan dan bantuan kepadanya.
"Saya sendiri tidak menyangka memperoleh 8A kerana ketika peperiksaan percubaan hanya mendapat 6A.
"Saya sedar kekurangan diri, jadi cuba buat yang terbaik termasuk belajar dari awal dan mengulang kaji pelajaran kira-kira tiga jam sehari di rumah.
"Berkat pertolongan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan, saya berjaya mencapai kejayaan ini...rasa gembira sangat," katanya yang bercita-cita menjadi peguam.
Nor Umairah berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sijil penghargaan Pelajar Istimewa Cemerlang PMR Perak daripada Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Harun di sini, semalam.
Sementara itu, ibunya, Sanisah Mohamed, 37, berkata dia tidak menyangka Nor Umairah mampu menjadi pelajar cemerlang dalam PMR.
"Sejak kecil lagi dia sudah belajar menggunakan-
sumber gambar haziq <cgnurish>
"Walaupun memegang pen menggunakan kaki kiri, dia mampu menulis dengan baik, lancar dan cantik sama seperti tulisan pelajar normal yang lain," katanya yang menetap di Taman Desa Mulia, Batak Rabit, dekat Teluk Intan.
Turut hadir pada majlis itu bapa Nor Umairah, Ahmad Jamhari Daud, 40, yang juga seorang guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan.
Lagi Mengenai Allahyarham P dR S Ismail Md Salleh
27 Ogos 2009
Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal Khamis. Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.
Allahyarham Dr Ismail, 61, mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan di Malaysia. Beliau juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).
Bapa kepada enam orang anak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.
Beliau dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah Doktor Falsafah.
No comments:
Post a Comment