Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30
Showing posts with label Menjana Aspirasi Diri. Show all posts
Showing posts with label Menjana Aspirasi Diri. Show all posts

19 April 2017

aspirasidiri : Guru Yang Disenangi Pelajar

SUMBER SH

PELAJAR suka pada guru yang mudah tersenyum. Lebih menyenangkan lagi jika senyuman guru itu diselangi dengan sapaan 'Awak apa khabar?'; 'Sakit perut dah ok?'; 'Kalau ada masalah, boleh datang jumpa cikgu'; 'Mak ayah sihat ke? Lama cikgu tak jumpa diorang'.
Guru yang sering bertanya khabar dan suka berbual-bual dengan pelajar dikatakan menjadi kesayangan murid dan pelajar. Ia akan menjadi 'guru favourite' sekiranya guru itu tepati masa, komited dengan tugas, kecindan (suka berjenaka), kurang membebel, ajar sampai faham, ambil berat dan sebagainya.
Pakar Motivasi, Jumat Mat Salleh berkata, bukan mudah untuk memenangi hati pelajar dan bukan sesuatu yang sukar untuk membuatkan mereka suka pada kita.
"Saya melihat, seorang guru itu bukan sahaja perlu mempersiapkan diri dari segi faktor luaran seperti penampilan diri, berkelakuan sopan dan menjaga tingkah laku sahaja, sebaliknya guru juga perlu mempelajari pedagogi alaf baru yang sesuai dengan keperluan pelajar masa kini," katanya.
Merupakan Pengarah Eksekutif Richmind Legacy Sdn Bhd, Jumat atau lebih dikenali Cikgu Jumat berkata, warga guru perlu 'buang' beberapa sikap yang menyebabkan mereka tidak disukai pelajar.
"Kikis sikap 'moody' anda, jangan membebel, suka merajuk, malas mengajar, penting diri, selekeh, tak masuk kelas dan macam-macam ciri buruk lain. Jika anda masih kekalkan sikap sebegini, pelajar tidak dapat rasai keseronokan belajar dalam kelas," jelasnya.
Cikgu Jumat berkongsi lima tip untuk menjadi guru disukai pelajar di sekolah...

Tip 1 : Kenal pasti jenis pelajar

Sebagai seorang guru, kita seharusnya mengenal pasti jenis pelajar yang terdapat dalam kelas kita. Kita perlu mengenali mereka agar mudah merancang pedagogi pengajaran dalam kelas. Di samping itu, ia membantu guru untuk lebih dekat dan memahami tingkah laku pelajar dalam kelas. Bagaimana caranya?
Saya kongsikan anda dengan satu cara yang mudah untuk mengenal jenis pelajar menggunakan ‘Personaliti VAK’.
Bagaimana yang dimaksudkan dengan personaliti VAK? Seorang guru tidak perlu meminta pelajar untuk mengisi borang ujian personaliti, cuma melalui pemerhatian anda dalam kelas sahaja.
(V) merupakan kategori pelajar VISUAL
(A) merupakan kategori pelajar AUDITORI
(K) merupakan kategori pelajar KINESTETIK
Pelajar kategori VISUAL (V) ini adalah pelajar yang mudah tertarik dengan perkara yang mampu dilihat misalnya bergambar, berwarna dan paparan video. Ciri-ciri pelajar ini seperti memakai pakaian dengan kemas, selalu ingin kelihatan cantik, sering menggunakan perkataan “Saya Nampak, Saya Tengok, Saya Perhati”, dan suka perhatian.
Manakala, pelajar kategori AUDITORI (A) ini adalah pelajar sangat sensitif dengan bunyi. Lazimnya merupakan pelajar pendiam dan pemalu. Ciri-ciri pelajar ini seperti seorang yang tak banyak cakap, fokus ketika cikgu sedang mengajar dan selalu menggunakan perkataan “Saya dengar”.
Pelajar kategori KINESTETIK (K) pula merupakan pelajar paling aktif dalam kelas, dan kebiasaannya sukar duduk di satu tempat sahaja. Ciri-ciri pelajar ini seperti seorang yang suka menggerak-gerakkan kaki, suka bermain dengan pen dan suka menggunakan perkataan “Saya rasa, saya suka”.
Setiap pelajar mempunyai ketiga-tiga kategori di atas, namun pasti ada kategori yang lebih dominan dan mampu anda kenal pasti berdasarkan ciri-ciri yang saya jelaskan di atas.
Dengan mengenal pasti jenis pelajar, ia memudahkan cikgu untuk tackle atau menarik minat mereka berdasarkan cara pendekatan sesuai mengikut jenis pelajar. Pengaruh anda sebagai guru akan lebih terserlah apabila mampu menarik minat kesemua pelajar itu nanti.

Tip 2 : Guna alat bantu mengajar sesuai

Zaman persekolahan zaman dahulu berbeza dengan masa kini. Zaman dulu, guru hanya baca buku dan pelajar salin semula apa yang guru baca, dalam erti kata lain guru tidak menggunakan alat bantu mengajar selain buku teks.
Namun hari ini, zaman pemodenan telah menghakis minat pelajar untuk belajar kerana belajar tidak seseronok bermain video games atau menonton televisyen dan melayari Internet.
Justeru, guru harus berusaha keras mengajar secara kreatif, misalnya membawa alat bantu mengajar sesuai ketika sesi pembelajaran dalam kelas bagi menarik minat mereka.
Pada tip pertama tadi saya telah menjelaskan bagaimana mengenal pasti jenis pelajar anda. Ini akan memudahkan kerja anda sebagai guru dengan memilih alat bantu mengajar yang sesuai mengikut jenis pelajar masing-masing.
Pelajar VISUAL (V), alat bantu yang sesuai adalah sesuatu yang boleh dilihat misalnya kadbod bergambar, tayangan video dan pembelajaran di luar kelas.
Manakala pelajar AUDITORI (A) lebih tertarik kepada muzik latar yang boleh dimainkan untuk menarik minat mereka. Namun perlu  berhati-hati kerana pelajar ini tidak suka suasana yang terlalu bising.
Seterusnya, pelajar KINESTETIK (K), pelajar jenis ini sukakan pergerakan jadi anda kena berikan tugasan kepada mereka agar mereka sendiri yang selesaikan misalnya minta pelajar lukiskan, lakarkan, bentuk kumpulan, membuat pembentangan atau membina menara.
Alat-alat bantu ini sangat sesuai untuk meningkatkan pengaruh anda kerana ia memang menarik minat pelajar untuk mendalami apa yang mereka belajar. Pedagogi ini sangat sesuai dengan sistem pembelajaran abad ke-21 (Teacher Centered to Student Centered Learning).
Namun, ini bukan bermakna anda kena buat semua perkara di atas setiap kali mengajar. Saya cadangkan, sebaik-baiknya sebulan sekali mesti ada aktiviti yang menarik minat pelajar dengan alat bantuan mengajar tadi.

Tip 3 : Masukkan elemen mengajar yang unik

Pelajar mempunyai satu sifat umum iaitu sukakan perkara yang baru. Justeru itu, setiap guru haruslah sentiasa cuba membawa benda-benda baru yang unik dalam sesi pembelajaran.
Saya berikan contoh, mungkin kalau anda ingin mengajar tentang sejarah Hang Tuah di Melaka, maka mungkin anda boleh berpakaian seperti seorang pendekar yang lengkap dengan tengkolok ataupun replika keris.
Jika anda hendak mengajar tentang Sains, mungkin anda boleh bawa kiub ais dalam bekas untuk pelajar rasai, dan perhatikan bagaimana ais tersebut boleh mencair (Learning Experience).
Dalam erti kata lain, jangan mengajar hanya bergantung kepada satu sumber sahaja iaitu buku teks, kerana apa yang ada dalam buku teks adalah sesuatu yang pegun, tak boleh dilihat atau dirasai.
Dengan adanya elemen-elemen unik yang guru masukkan dalam kelas, pasti akan lebih menarik minat pelajar untuk sentiasa ternanti-nantikan kelas akan datang kerana mereka akan tertunggu-tunggu keunikan yang bakal anda bawa. Pada ketika itu,  sebenarnya rasa suka pelajar terhadap guru sudah berada pada tahap yang cukup tinggi.
Jadi guru yang disukai
Variasi sikap guru menjadikan sekolah itu 'cantik', harmoni  

Tip 4: Komunikasi Dua Hala

Ilmu komunikasi adalah salah satu elemen penting untuk menjadi guru yang disukai pelajar. Komunikasi tidak terbatas kepada apa yang kita tuturkan sahaja, ia termasuklah cara berpakaian, tingkah laku atau bahasa badan, eye contact, lantunan suara, bahasa isyarat dan kesediaan kita mendengar.
Sebab itu seorang guru yang mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi sangat digemari pelajar, kerana mereka selesa berinteraksi dengan guru tersebut.

Tip 5 : Berhenti saat mereka ingin tahu

Apabila pelajar tidak minat dengan subjek yang mereka belajar, mereka sering lewat masuk kelas, selalu nak ke tandas dan tidur dalam kelas. Jadi, jika anda mahu mereka sentiasa datang awal ke kelas, anda perlu masukkan tip kelima ini. Berhenti saat mereka ingin tahu.
Misalnya lima minit terakhir ketika anda mengajar, masukkan sedikit previu topik yang anda ingin ajar di kelas akan datang.  Jadi, selepas anda ceritakan sedikit mukadimah yang menarik minat mereka, sila berhenti saat itu. Katakan kepada mereka, 'kalau nak tahu apa yang berlaku dan apakah proses seterusnya, datang awal ke kelas akan datang'.
Kaedah ini sangat berkesan untuk melatih pelajar agar terus bersemangat datang kelas pada awal waktu sebab anda tinggalkan mereka dengan persoalan. Ini kerana, secara semula jadinya pelajar mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi.
Konklusinya, seorang guru yang komited dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa pasti berusaha agar disukai pelajar. Ia bukanlah untuk meraih populariti mahupun didorong oleh dasar lain, melainkan hendak melihat generasi ini menjadi insan cerdik pandai dan bersahsiah murni.

'Cikgu jangan garang'

Sisipan GPSBestari.com berpeluang menemu bual pelajar tingkatan 6 dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Selangor, Muhammad Syukri Abdullah, 18, mengenai topik kali ini.
Muhammad Syukri berkata, guru-guru Malaysia perlu sporting dan bijak mengendalikan kelas ketika pembelajaran berlangsung.
"Kalau cikgu bijak kawal kelas, student nak belajar pun semangat. Ini tidak...asyik-asyik masuk kelas nak marah, denda itu, denda ini, boringlah.
"Lagi satu, penampilan seorang guru juga penting. Bila tengok baju cikgu cantik, beg tangan dan kasut pun cantik...barulah sedap mata memandang. Belajar best, pelajar pun senang hati," ujarnya.
Untuk bakal guru, Muhammad Syukri mengharapkan mereka membuat persediaan terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pembelajaran.
"Ada juga cikgu yang masuk kelas, minta student buka buku teks, lepas itu salin apa yang cikgu cakap. Cara ini dah ketinggalan zaman dan agak membosankan. Saya rasa cikgu dan bakal cikgu kena kreatif dan cari 'sesuatu' untuk ceriakan kelas. Barulah best," katanya yang cukup mengagumi Cikgu Nor Hidayah Lukman yang dianggap guru sporting, kelakar dan terbaik pernah ditemui.       
Sementara itu, Cikgu Nor Hidayah ketika ditemui berkata, dia memang seorang guru yang suka buat lawak. Lawaknya bukan lawak 'bodoh' tetapi lawak yang ada isi.
"Pelajar sekarang dah lain. Mereka dah semakin bijak dalam segala aspek. Sebab itu setiap guru perlu selalu berinovasi dan kreatif dalam menarik minat pelajar untuk belajar.
"Jika cikgu blur, jangan malu untuk tuntut ilmu dengan yang senior. Sedia untuk terima teguran dan bersedia untuk berubah, insya-ALLAH cikgu itu akan disegani ramai," katanya.
Mengajar subjek Bahasa Melayu, Cikgu Nor Hidayah berkata, memang pelajar lebih suka dan sayang kepada cikgu yang sporting, baik, peramah dan mudah senyum. Namun, dalam sesebuah sekolah, karakter seorang guru perlu pelbagai.        
"Dalam satu sekolah, tak boleh semua guru sporting. Kena ada guru bersifat keibuan, tegas, garang, lemah-lembut dan sebagainya. Variasi ini tentunya akan menjadikan sebuah sekolah itu 'cantik', cemerlang dan harmoni," jelasnya.

14 April 2017

aspirasidiri : Jangan Meremehkan Sekecil Apapun Sesuatu Amalan Itu



Jangan meremehkan berbuat baik sekecil apa pun walau hanya dengan senyum manis tatkala bertemu, begitu pula walau hanya membantu urusan saudara kita yang ringan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata pada Jabir bin Sulaim,
وَلاَ تَحْقِرَنَّ شَيْئًا مِنَ الْمَعْرُوفِ وَأَنْ تُكَلِّمَ أَخَاكَ وَأَنْتَ مُنْبَسِطٌ إِلَيْهِ وَجْهُكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنَ الْمَعْرُوفِ
Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun walau hanya berbicara kepada saudaramu dengan wajah yang tersenyum kepadanya. Amalan tersebut adalah bagian dari kebajikan.” (HR. Abu Daud no. 4084 dan Tirmidzi no. 2722. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih. Al Hafizh Ibnu Hajar menyatakan bahwa hadits ini shahih).
Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah ketika menjelaskan penggalan hadits di atas mengatakan,
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan pada Jabir bin Sulaim agar tidak meremehkan kebaikan sekecil apa pun. Setiap kebaikan hendaklah dilakukan baik itu ucapan maupun perbuatan. Kebaikan apa pun jangan diremehkan. Kebaikan itu adalah bagian dari berbuat ihsan. Allah mencintai orang-orang muhsin (yang berbuat baik).
Jika engkau menolong seseorang untuk menaikkan barang-barangnya ke kendaraannya, itu adalah suatu kebaikan. Jika engkau membantu dalam perkara yang ia butuh, maka itu termasuk kebaikan. Bila engkau memberi pena pada saudaramu agar ia bisa terbantu dalam menulis, maka itu adalah suatu kebaikan. Meski pula engkau hanya meminjamkan, maka itu adalah bagian dari kebaikan. Jadi jangan remehkan kebaikan sedikit pun, sungguh Allah menyukai orang yang berbuat baik.
Ada suatu kaedah yang bisa mengingatkan seseorang untuk terus berbuat baik pada orang lain, yaitu hadits dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
وَمَنْ كَانَ فِى حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِى حَاجَتِهِ
Siapa yang menolong saudaranya dalam kebutuhannya, maka Allah pun akan menolongnya dalam kebutuhannya” (HR. Bukhari no. 2442 dan Muslim no. 2580, dari Ibnu ‘Umar).
Cobalah renungkan bagaimana jika sampai Allah menolongmu? Apakah suatu urusan jadi sulit ketika Allah langsung yang menolong? Jawabnya tentu saja tidak. Hadits itu maksudnya, jika engkau menolong saudaramu, maka Allah juga akan menolongmu. Suatu urusan yang sulit akan jadi mudah tanpa ragu lagi. Jadi yakinlah bahwa jika engkau menolong saudaramu, maka Allah pasti akan menolongmu pula dalam urusanmu. Karenanya, perbanyaklah kebaikan dan bantulah terus orang lain.
Jangan remehkan satu kebaikan sedikit pun walau itu sepele. Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam katakan,
يَا نِسَاءَ الْمُسْلِمَاتِ لاَ تَحْقِرَنَّ جَارَةٌ لِجَارَتِهَا ، وَلَوْ فِرْسِنَ شَاةٍ
Wahai para wanita muslimah! Janganlah salah seorang di antara kalian meremehkan pemberian tetangganya walau pemberiannya hanyalah kaki kambing.” (HR. Bukhari no. 2566 dan Muslim no. 1030, dari Abu Hurairah). Walau itu sesuatu yang sedikit jangan dianggap remeh.
Bentuk kebaikan yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam katakan pada Jabir bin Sulaim adalah berbicara dengan saudaramu dalam keadaan wajah yang tersenyum. Seperti itu adalah bagian dari kebaikan. Jadi ketika bertemu saudara kita hendaklah dengan wajah yang tersenyum, bukan cemberut. Karena sikap seperti termasuk pula dalam memberikan kebahagiaan pada orang lain. Membuat orang lain bahagia adalah bagian dari kebaikan dan termasuk bentuk berbuat baik pada orang lain. Allah pun menyukai orang yang demikian.
Catatan, tidak setiap waktu kita mesti bermurah senyum pada orang lain. Kadang seseorang melakukan sesuatu yang tidak terpuji, maka saat itu tentu saja kita tidak berwajah senyum di hadapannya dalam rangka untuk mengingatkan kesalahannya. Tujuannya, agar orang tersebut lebih baik dan lebih beradab. Ingatlah, li kulli maqom maqool, setiap tempat punya penyikapan yang berbeda.” (Syarh Riyadhus Sholihin, 4: 294-295).
Baca pula artikel Rumaysho.Com: Bermuka Manis di Hadapan Orang Lain.
Mulai saat ini, marilah kita belajar untuk bermurah senyum dan tidak meremehkan kebaikan sedikit pun. Hanya Allah yang memberi taufik.
Bahasan hadits Jabir bin Sulaim masih terus dilanjutkan pada tulisan lainnya. Moga Allah mudahkan.

Referensi:

Syarh Riyadhis Sholihin, Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin, terbitan Madarul Wathon Riyadh, cetakan ketiga, tahun 1427 H.
Sumber : https://rumaysho.com/7598-jangan-meremehkan-berbuat-baik.html

14 May 2015

aspirasidiri : Al Falah (Copyright)


Konsep al Fallah menurut islam

Al – Quran menjelaskan bahawa hidup manusia akan bersambung ke alam akhirat dan kesejahteraan manusia yang hakiki pula ialah keadaan yang memenuhi dua syarat ; ia mestilah memenuhi tuntutan – tuntutan kesatuan rohani – jasmani di dunia dan sekaligus mengakibatkan ke bahagian di akhirat. Ini bererti bahawa Islam mengenakan kaedah yang sama – bukan kaedah yang berbeza – untuk mencapai hasanah fi’d –dunya (kebaikan di dunia) dan seterusnya hasanah fi’l – akhirah (kebaikan di akhirat) 
Konsep ini berbeza sekali dengan sebarang anggapan bahawa kesejahteraan manusia di dunia tunduk kepada peraturan – peraturan dunia yang lahir dari pengalaman dan kebijaksanaan manusia manakala kesejahteraan manusia di di akhirat tunduk kepada tuntutan-tuntutan rohani yang dipisahkan daripada tuntutan-tuntutan jasmani. Anggapan ini pada dasarnya, menolak kesepaduan dan kesatuan nilai – nilai moral– rohani dan nilai – nilai kebendaan. Dalam pemikiran tentang pembangunan atau modenisasi, anggapan ini membuka jalan seluas-luasnya kepada proses sekularasi yang
bercanggah dengan konsep dan kaedah kesatuan rohani – jasmani dan kesatuan nilai-nilai duniawi dan ukhrawi. 
Keadaan yang memenuhi tuntutan-tuntutan kesatuan rohani dan jasmani di dunia dan sekaligus mengakibatkan kebahagian di akhirat di dalam Al – Quran disebut sebagai Al – Falah. Ia membawa erti kepada kejayaan, keuntungan, kesejahteraan dan kemakmuran. Menurut pengarang kamus Arabic – English Lexicon yang terkenal, iaitu Stanley Lane, ‘ Tidak ada satu perkataan dalam bahasa orang Arab yang merangkumi pengertian tentang apa yang baik dalam kehidupan dunia dan kehidupan akhirat daripada al – Falah. Untuk menjelaskan nilai al – Falah ini, di bawah ini diberikan maksud sebahagian daripada ayat – ayat Al – Quran yang menunjukkan keluasan ruang lingkup nilai tersebut. 
1. “ Maka berikanlah kepada kerabat yang terdekat akan haknya, demikian (pula) kepada fakir dan miskin dan orang – orang yang dalam perjalanan. Itulah lebih baik bagi orang – orang yang mencari keredhaan Allah dan mereka orang – orang yang mendapat kejayaan dan kesejahteraan “. 
 (surah Ar – Rum : 38) 
2.. “ Apabila selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak – banyak supaya kamu beroleh kejayaan dan kesejahteraan. “ (Surah Al – Jumu’ ah : 10) 
Syarat – syarat utama untuk mencapai nilai al – falah berasaskan kepada ayat –ayat di atas dan beberapa ayat lain di dalam Al-Quran ialah :
i. Iman kepada Allahlah yang membuahkan perbuatan yang bermanfaat kepada diri dan masyarakat. 
ii. Taqwa kepada Allah, iaitu sikap sentiasa mentaati suruhan – suruhan Allah dan berwaspada terhadap setiap larangannya. 
iii. Menunaikan kewajipan Allah dan kepada sesama manusia. 
iv. Menjaga diri daripada menghabiskan masa dengan sia – sia. 
v. Menjauhkan diri dari perbuatan – perbuatan yang diharamkan oleh Allah, seperti minum minuman yang memabukkan, berjudi makan riba dan menaruh kepercayaan kepada selain daripada Allah. 
vi. Membersihkan hati nurani dan mendisplinkan diri daripada diganggu oleh nafsu syahwat. 
vii. Bekerja untuk mencari rezeki tanpa melupai Allah. 
viii. Mengorbankan harta benda dan masa pada jalan Allah. 
i. Setiap insan mesti mengakui bahawa ia adalah seorang hamba Allah SWT. Allah menjadikan kita supaya kita dapat beribadat padaNya. Kita sebagai seorang Islam sepatutnya kuat mengerjakan amal ibadah, mengerjakan yang baik dan menjauhi yang mungkar agar kita tergolong di kalangan orang – orang beriman dan bertaqwa. Sebagai orang Islam kita mempunyai tanggungjawab yang besar iaitu menegakkan Islam sebagai cara hidup. Kita perlu menegakkan Islam sebagai cara hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Kita boleh berjuang atau berjihad “fiisabilillah” dengan berbagai cara. Sekurang – kurangnya kita berdakwah kepada orang sekeliling kita seperti ahli keluarga kita, rakan – rakan dan masyarakat. 
ii. Kita sebagai umat Islam hendaklah mentaati segala suruhan Allah SWT. Iaitu dengan berpegang kepada agama Allah. Oleh itu kita sebagai orang Islam hendaklah memahami ajaran Islam yang telah dibawa dan telah disebar oleh Rasulullah menerusi Al – Quran dan sunnah Rasulullah. Kita mesti faham dan menghayati dan mengamalkan segala ajaran dengan keikhlasan hati agar segala amalan dan perbuatan kita mendapat keredhaa Allah. Kita hendaklah meninggal segala larangan yang diperintah oleh Allah agar kita menjadi hamba yang taat kepadaNya. 
iii. Kita sebagai hamba hendaklah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam seperti sembahyang. Sembahyang merupakan rukun Islam yang paling utama selepas syahadah. Ia diibaratkan sebagai tiang agama Tanpanya runtuh agama. Kita juga hendaklah menunaikan zakat. Seorang mukmin yang berjaya hendaklah menunaikan zakat agar dapat membantu masyarakat Islam. Oleh itu ia dapat membebaskan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri. Kita sebaga orang Islam hendaklah menunaikan janji. Bak kata pepatah Melayu “kerbau dipegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. Maka jika kita hendak berjaya kita hendaklah berpegang pada janji. 
iv. Apabila mempunyai masa lapang kita perlu menggunakan dengan baik seperti beribadat kepada Allah. Kita boleh membaca Al – Quran. sembahyang sunat, atau apa saja yang boleh mendapat keredhaan dari Allah. Kita perlu menjauhi perkara seperti mengumpat, memfitnah, menipu dan merosakkan kemudahan awam. Orang yang beriman pastinya tidak mempunyai masa untuk melakukan perkara yang tidak berfeadah kerana perkara tersebut tidak akan memberi apa – apa feadah untuk kejayaan di dunia mahupun di akhirat. 
v. Untuk mencapai kejayaan di dunia kita perlu menjauhi dari perbuatan – perbuatan seperti menzalimi anak yatim, minum arak, berjudi dan mempercayai sesuatu selain Allah SWT. Banyak hadis yang menjelaskan tentang kebaikan memelihara anak – anak yatim seperti :
Barang siapa yang menanggung anak yatim Islam di rumahnya yakni ia diberi makan dan minum (sama dengan makan dan minumnya), maka Allah akan masukkannya dalam syurga, kecuali jika ia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni. (H. R Tarmizi, 300 hadis Drs. Moh Rafai 1973). 
vi. Syaitan merupakan musuh utama. Selagi ada hayat dikandung badan dan an selama iman masih bertakhta di dada selama itu ia tetap merasuk. Iblis, ketua segala syaitan telah bersumpah sebagaimana di ceritakan oleh Allah di dalam Firman-Nya : Demi kemulian-Mu (Allah) akan aku perdaya mereka (anak Adam) semuanya kecuali para hamba – Mu yang ikhlas dikalangan mereka. (Surah Shaad 38:82, 83) 
Oleh kerana sumpah bapa segala syaitan ini, maka mukmin hendaklah berwaspada terhadap syaitan dari musuh – musuh yang lain sebab syaitan musuh yang bukan yang paling bahaya. Firman Allah SWT : “ Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu maka anggaplah ia benar – benar musuh. Sesungguhnya sekutu – kutunya menyeru supaya mereka dan kamu menjadi ahli neraka “. (Surah Fathir 35:6). Selain syaitan untuk membersihkan hati nurani kita hendaklah menjauhi daripada kebejatan dan keliaran nafsu yang tertanam di dalam diri sendiri. Orang yang tewas di medan pertempuran dengan nafsu sendiri tidak akan berjaya di dalam medan yang lain sebagaimana ditegaskan firman Allah SWT. yang bermaksud : ”Adapun orang yang yang takut akan Makam Tuhannya dan mencegah dirinya dari menurut nafsu, maka syurgalah tempat kembalinya “. (Surah An –Nazi ‘: 79:40:41). Jadi orang yang mendisiplinkan diri hendaklah memenangkan dirinya dalam peperangan dengan nafsu. 
vi. Kita perlu menilai kita yang memberi kita rezeki untuk menampung keperluan diri, dan lain – lain. Kita perlu tentukan bahawa sumber rezeki dari hasil yang halal. Apayang penting dalam pekerjaan kita adalah untuk mendapat keredhaan Allah iatu kerja yang bermanfaat dan bukan kerja yang bersubahat dengan kemungkaran. Jauhkan riba, rasuah. perjudian dan lain – lain hasil haram. Makan dan memberi makan keluarga dengan hasil atau rezeki yang haram makan menumbuhkan tubuh, darah dan daging yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Tentang rezeki yang diberikan oleh Allah, kita mesti ingat bahawa hanya sebahagian daripadanya adalah untuk menampung kehidupan kita dan keluarga dari segi makanan, pakaian dan tempat berteduh, dan sebahagiannya kita perlu simpan untuk masa hadapan, untuk perlindungan kita serta keluarga. sebahagian lain untuk keperluan modal bagi perusahaan pertanian atau perindustrian manakala sebahagian yang lain lagi bagi menanggung dan menolong orang – orang yang sakit, fakir miskin anak – anak yatim, orang – orang yang memerlukan bantuan akibat menanggung hutang. kita perlu membantu mereka yang berjuang untuk menegakkan Islam, iaitu untuk berjihad “ fiisabilillah”. Melaksanakan tanggungjawab untuk berzakat dan bersedekah adalah penting dalam Islam. Kita mesti agihkan serta menguruskan kewangan kita dengan bijak supaya mendapat keredhaan Allah. 
vii. Apabila berjaya dalam pekerjaan dan kehidupan kita hendaklah mengorbankan segala harta pada jalan Allah. Dengan harta yang banyak kita boleh menolong orang yang memerlukan pertolongan. Ini dapat mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa dan beriman kepada Allah SWT. 
Dalam ayat Al – Quran menunjukkan bahawa perbuatan – perbuatan zalim, kufur nikmat, mermpersekutukan kuasa – kuasa lain dengan kuasa Allah (syirik) takabbur, melanggar perintah – perintah Allah, tidak percaya kepada kekuasaan Allah, memilih jalan yang disukai oleh syaitan, melakukan segala macam kerosakan di darat, laut, dan udara dan lupa kepada Allah – semua perbuatan ini tidak akan membawa kepada Al-Falah. Sebaliknya ia akan membawa kepada khusran (kerugian yang hakiki). (Lihat surah al-Baqarah : 64; al-An’am : 21, 21 ; Yunus : 17 ; al – Mu ‘minum : 117). 
Nilai al-Falah yang lebih banyak menekankan perlakuan moral manusia ini tidak menafikan sama sekali kepentingan keperluan – keperluan manusia dalam aspek kebendaan. Ajaran Islam yang terkandung di dalam Al – Quran, hadis, dan riwayat hidup sahabat – sahabat Nabi Muhammad SAW memberi tempat yang wajar kepada keperluan – keperluan asas yang bersifat kebendaan dan fizikal. Tetapi Islam tidak menjadikan keperluan – keperluan itu sebagai tujuan terakhir bagi perlakuan perseorangan dan kolektif. Dari perspektif sistem nilai Islam adalah sangat keliru bila orang memperkatakan tentang kesejahteraan dan mutu hidup hanya merujuk kepada faktor – faktor pendapatan percapita, peralatan dalam rumah dan lain – lain. Islam mengakui perkara-perkara tersebut mustahak, tetapi ia tidak memisahkannya daripada persoalan – persoalan moral – kerohanian yng ditimbulkan oleh manusia. 
Dari perspektif Islam, pengabdian nilai – nilai moral – rohani yang tertentu dalam persoalan – persoalan ekonomi atau politik akan mengundang akibat – akibat yang buruk dalam kehidupan manusia baik secara individu atau masyarakat kerana perbuatan itu bertentangan dengan ketentuan – ketentuan Ilahi (sunnahtullah) yang mengatur kehidupan manusia dalam semua keadaan. (Lihat pada surah al –Ahzab (33) : 62 ; Fathir (35) : Al-Falah (48) : 23). Perspektif Islam dalam hal ini hampir sama dengan pandangan Professor Jeffreys dalam bukunya Personel Values in the Modern World yang berbunyi :
“Our World is full of contradiction. If your problems were technical problems, there would be some reason for believing the millienun to are fundamentally moral problems – and moral problems of which we can for the most part see no clear solution – that life in this age is so puzzling. Material standards of living were never worse. Housing, however imperfect, has never been better ; yet for many people the home has never meant less. We have unprecedented control over our material environment, and at the same time unprecedentedanxiety about the possiblitty of rationally governing human behaviour. ”
Menurut Islam, hidup manusia di dunia ialah satu masa ujian daripada Allah. Maka Allah telah menetapkan formula yang tertentu untuk mencapai Al – Falah dan mengelakkan daripada al-Khusran dalam kehidupan, di dunia dan di akhirat. Formula itu secara ringkas ialah integrasi – integrasi nilai – nilai iman, taqwa, amal salih, bersyukur, ibadah, dan meninggalkan segala larangan Allah. Di dalam Al – Quran terdapat banyak sekali ayat – ayat yang menunjukkan kesan – kesan positif dari keredhaan Allah (ridwan Allah) dan kesan – kesan negatif dari kemurkaan Allah (ghadab Allah) di dalam kehidupan dunia. Esensi daripada peranan Allah itu dilihat daripada tiga ayat yang bermaksud seperti berikut :
1) “ Jikalau sekiranya penduduk kota – kota itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akanlimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat – ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka kerana apa yang telah lakukan. ” (Al-A’raf) (7) : 96) 
2) “ Dan (ingatilah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan : ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat – mu), maka sesungguhnya azab – Ku sangat pedih. ” (Ibrahim (14) : 7) 
3) “ Dan barang siapa berpaling dari peringatan –mu maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit (menyulitkan), dan Kami akan menghimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan buta. (Taha (20) : 124) 
Maka untuk mendapat keredhaan Allah, marilah kita mengamalkan konsep al-Falah dalam kehidupan seharian agar matlamat dan visi kita tercapai. 
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA
H: 013-4006206
P: 04-9882701
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

16 May 2014

aspirasidiri : Selamat Hari Guru


 Ampang Pecah
Petubuhan Kebajikan Islam Kluang
 Menjana Sahsiah Terpuji
 Sisi Negatif Dan Sisi Positif

 Mengurus Masa Belajar
SK Kampong Melayu, Kluang




26 March 2014

aspirasidiri : Sabar menghadapi Ujian Kesakitan Atau Kematian



Copyright Untuk Perkongsian :Klik Sumber : JAKIM

Sabar Menghadapi Ujian Kesakitan Atau Kematian

Tarikh: Mar 06, 2012
Riwayat: Bukhari, Kategori: Akhlak
Hadith: 
Daripada Anas RA katanya, “Tatkala Nabi SAW sedang sakit tenat, Fatimah RA berkata, “Alangkah menderitanya ayahku.” (Di masa itu Nabi Muhammad SAW mendengar) lalu baginda bersabda, “Ayah tidak menempuh kesusahan lagi selepas hari ini.” Kemudian setelah wafat Rasulullah SAW Fatimah RA berkata, “Oh ayah” dia telah menyahut panggilan tuhannya, “Oh ayah! Syurga Firdauslah tempatnya”, “Oh ayah! Kepada Jibril kami khabarkan.” Apabila Rasulullah SAW telah dimakamkan Fatimah RA berkata, wahai Anas, adakah senang hati kamu menimbus tanah ke atas Rasulullah SAW?”
Huraian Hadith: 
  1. Harus melahirkan kesedihan bagi mayat tanpa laungan dan ratapan yang menunjukkan tidak redha dengan takdir Allah.
  2. Kesabaran Nabi SAW menghadapi sakaratul maut merupakan satu ujian Allah untuk meningkatkan darjat baginda.
  3. Kata-kata saidatina Fatimah RA selepas Rasulullah dikebumikan adalah untuk menggambarkan dukacita bukan bermaksud membantah.
  4. Hadith ini menggambarkan kesabaran seorang anak yang menghadapi ayahnya yang sedang sakit tenat lalu meninggal dengan setiap orang dikehendaki bersabar apabila menghadapi kematian dan malapetaka.
  5. Setiap Muslim hendaklah insaf bahawa semua perkara adalah datang daripada Allah dan kepada-Nya ia akan kembali.
Klik Sumber JAKIM

Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
APABILA berlaku kematian, ada orang yang boleh menghadapinya dengan sabar dan tabah, namun ada juga orang yang tidak dapat menghadapinya sehingga menangis, meratap atau meraung. Perkara sebegini tidak dinafikan berlaku kerana perasaan sayang kepada si mati membuatkan perasaan sedih itu timbul, kerana hidup bersama dalam masa yang panjang semasa si mati masih hidup, kini dia kembali ke hadrat Ilahi buat selama-lamanya. Tentu perkara ini memberikan kesan terhadap semua yang mengenali si mati kadang-kadang tidak dapat menerima hakikat kematiannya. Tambahan lagi orang yang telah pergi selama-lamanya itu keluarga yang dekat seperti ibu atau bapa atau anak sendiri. Mengenai hukum menangisi jenazah ini akan dihuraikan selanjutnya selepas ini.
Hukum menangisi jenazah
Hukum menangisi jenazah adalah harus sama ada sebelum berlakunya kematian iaitu ketika dalam keadaan nazak ataupun selepas berlakunya kematian. Walau bagaimanapun menangisi jenazah sebelum berlakunya kematian adalah lebih utama berbanding menangisinya selepas kematian. Menangisi jenazah selepas berlakunya kematian adalah khilaf al-awla iaitu menyalahi yang utama kerana ia merupakan penyesalan dari perkara yang telah lalu.
Menangisi jenazah kerana sayang dan sedih di atas pemergiannya adalah merupakan perasaan semula jadi manusia. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah menangis ketika menghadapi kematian anak Baginda Ibrahim ‘alaihissalam. Perkara ini jelas disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya : “Kami masuk bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mendatangi Abu Saif Al-Qaiyn (iaitu suami perempuan) yang mengasuh dan menyusui Ibrahim ‘alaihissalam (putera Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam). Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengambil Ibrahim lalu memeluk dan menciumnya. Kemudian kami menjumpainya lagi selepas (peristiwa) itu dan Ibrahim hampir menghembuskan nafasnya sehingga menyebabkan kedua mata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berlinang air mata. Lalu ‘Abdurrahman bin ‘Auf Radhiallahu ‘anhu (dengan perasaan takjub) bertanya kepada Baginda: “Engkau juga (menangis) wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Wahai Ibnu ‘Auf, sesungguhnya ini adalah rahmat,” kemudian berterusanlah keluar air mata Baginda. Setelah itu Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya kedua mata boleh mencurahkan air mata, hati boleh merasa sedih, akan tetapi kami tidaklah boleh mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami dan dengan perpisahanmu ini wahai Ibrahim kami amat bersedih”. (Hadits riwayat al-Bukhari)
Jawapan Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam kepada Ibnu ‘Auf Radhiallahu ‘anhu dalam hadits di atas “Sesungguhnya ini adalah rahmat” bermaksud keadaan Baginda (tangisan) yang disaksikan oleh Ibnu ‘Auf Radhiallahu ‘anhu itu adalah perasaan kasih sayang terhadap anak dan bukanlah ia sebagai kegelisahan atau ketidak sabaran seperti mana yang disangkakan oleh sahabat Baginda itu.
Begitu juga diceritakan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid Radhiallahu ‘anhu ketika Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam menghadapi kematian cucu Baginda. Nafas Baginda menggeletar dan air mata Baginda berlinangan di saat cucu Baginda diserahkan kepadanya. Lalu Sa‘ad bin Ubadah Radhiallahu ‘anhu bertanya kepada Baginda:
Maksudnya : “Wahai Rasulullah, (air mata) apa ini?” Nabi menjawab: “(Air mata) ini adalah rahmat (perasaan sayang) yang Allah jadikan dalam hati-hati hambaNya dan sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang penuh rasa kasih sayang.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Bentuk tangisan yang diharuskan
Bentuk tangisan yang diharuskan itu sebagaimana disebutkan dalam kitab Hasyiatan Qalyubi Wa ‘Umairah ialah tangisan dengan suara yang perlahan (sekadar teresak-esak) walaupun mengeluarkan air mata dan perasaan hati yang sedih.
Menurut Imam as-Subki Rahimahullahu Ta‘ala jika tangisan ke atas jenazah itu, kerana perasaan kasih sayang dan kerana perasaan takut di atas apa yang akan menimpa kepadanya daripada balasan Allah Ta‘ala dan perkaraperkara yang menakutkan pada hari kiamat adalah tidak makruh dan tidak menyalahi yang lebih utama.
Menurut ulama lagi, jika tangisan itu kerana perasaan kasih sayang seperti menangisi kanak-kanak adalah tidak mengapa, akan tetapi adalah lebih baik bersabar. Adapun jika menangisi jenazah kerana hilangnya ilmu, kebajikan, keberkatan dan keberanian si mati maka ia digalakkan.
Bentuk tangisan yang dilarang
Bentuk tangisan yang dilarang ke atas jenazah itu ialah seperti berikut:
1. Haram jika tangisan itu disebabkan ketidaksabaran dan tidak menerima sebagai qadha daripada Allah Ta‘ala.
2. Haram menangisi jenazah dengan menyebut-nyebut kebaikan si mati seperti katanya: “Aduhai gunungku” (si mati diibaratkan sebagai gunung kerana si mati adalah tempat bersandar dan berharap).
Larangan mengenai meratapi jenazah sebegini ada disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy‘ari Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya : “Tidak ada jenazah yang (mati atau hampir mati) dan diratapi oleh keluarganya dan berkata-kata: “Aduhai gunungku”, “Aduhai tuan aku” atau yang seumpamanya, melainkan diwakilkan untuknya dua malaikat menepuk-nepuk dada si mayat (dengan kedua tangannya dan) berkata: “Beginikah kamu?”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)
Persoalan “beginikah kamu” dalam hadis tersebut itu adalah ancaman bagi orang yang meratap dengan menyebut-nyebut kebaikan simati.
3. Haram menangisi jenazah dengan suara yang tinggi seperti meraung. Abu Malik al-Asy‘ari Radhiallahu ‘anhu menceritakan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya : “Ada empat (perangai) pada umatku yang dibawa dari zaman Jahiliyyah, mereka tidak dapat meninggalkannya sama sekali iaitu : “Bangga terhadap kemuliaan, menghina hubungan sesama kekeluargaan, mempercayai turunnya hujan melalui perbintangan (ilmu tenung) dan ratapan,” Baginda bersabda: “Orang yang meratap itu apabila dia belum bertaubat sebelum kematiannya maka akan dibangkitkan pada hari kiamat (dalam keadaan kulitnya berkurap atau berkudis seolah-olah) pada (anggota)nya baju (yang dilumuri dengan) minyak (iaitu minyak yang dilumuri pada unta yang berpenyakit kurap dan minyak itu dibakar untuk menghilangkan penyakit kurap pada unta itu seolah-olah) baju dari kurap atau kudis.” (Hadits riwayat Muslim)
4. Begitu juga haram menunjukkan perasaan tidak sabar sehingga memukul-mukul dada dan pipi atau menarik rambut dan mengoyak baju. Ini juga berdasarkan sebuah hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
Maksudnya : “Bukanlah dari golongan kami orang yang menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyak baju dan menyebut-nyebut (penyesalan terhadap si mati) sebagaimana sebutan orang jahiliyyah.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Menangisi jenazah sehingga berlebihan seperti meratap, memukul dada dan pipi, mengoyak baju, dan berteriak adalah dilarang kerana tangisan seperti ini melewati batas-batas yang diharuskan dalam syara‘. Tangisan seperti ini menunjukkan ketidaksabaran seseorang itu dalam menghadapi takdir Allah Ta‘ala.
WALLAHU'ALAM


25 March 2014

aspirasidiri : Ke Mana Saya Selepas SPM ?

Semua telah maklum keputusan SPM telah diumumkan minggu lalu.... nah sekaranglah masanya kita membuat pilihan. Membuat pilihan jalan yang hendak dipilih seharusnya mengikut keupayaan keputusan SPM, Jangan putus asa jika keputusan agak kurang baik / tidak baik. Jangan banding keputusan SPM kita dengan keputusan SPM orang lain... itu yang penting/ Lihat keputusan dan padankan dengan tempat-tempat yang sesuai dengan keputusan SPM kita. Saya berbicara bekaitan dengan keputusan yang agak kurang A, atau kurang dari itu.  Banyak Institut yang dapat membantu kita. Lihat di persekitaran tempat tinggal kita, Saya amat yakin setiap komuniti ada tempat untuk kita menyambung pengajian. Jangan pandang ke belakang. Satu lagi jangan memilih sangat, ikut minatlah itu semua akan membuatkan kita tersekat di tengan jalan. Pilih kursus yang boleh memberikan pekerjaan selepas 5 tahun dari sekarang, atau kurang dari itu. Yang penting ada kerja. Dulu mungkin kita bercita-cita nak masuk Universiti tapi keputusan tidak melayakkan kita ke sana, jangan tekan butang panik. Sementalahan lagi kawan-kawan kita dapat apa yang mereka hendak. Rakan sekelas lagi, Kita pun kecewa. Malu nak keluar rumah. Takut orang kampung tanya keputusan SPM kita, Peduli apa itu semua.  Jika kita berfikiran begitu maka salah berfikiran cara begitu. Kan baik jika kita berfikir nanti masuk U masa dah bekerja. Masuk U juga walaupun lambat sikit dari kawan-kawan kita yang keputusan SPMnya lebih baik dari kita. Jangan buang masa. Terus dapatkan maklumat dari tempat-tempat yang berkaitan. Cari individu yang dapat memberikan nasihat yang tepat berkaitan hala tuju kita, Jangan bincang dengan rakan sebaya sahaja, kerana bimbang pendapat yang diperolehi tidak dapat membantu kita. Lihat sahaja di sekeliling kita. Kejayaan yang dikecapi dalam kehidupan bukanlah satu-satunya dari akademik. Kita biasa mendengar, individu yang tidak tahu membaca boleh menjadi jutawan dalam bidang perniagaan. Kuncinya ialah USAHA. Seterusnya ialah BI IZ Nillah. Selamat Maju Jaya. (Pandangan admin)

Ke mana selepas SPM ? Mendalami Bidang Akademik ? Mendalami Bidang Kemahiran ? ..... Emmmm ada satu lagi bidang yang kelihatan dipinggirkan di dalam ruang pemikiran.... Bidang Agama. Pilihlah bidang yang merentasi ketiga-tiga bidang... Paling kurang Bidang Komputer dan bidang Pengajian Islam ( usuluddin / syariah / )... Jika pilih bidang ekonomi cuba lihat dan ambil bidang ekonomi Islam, Jika minat undang-undang... belajarlah undang-undang sivil dan undang-undang syariah..... belajar psikologi belajar sekali dengan bidang kaunseling Islam....  Kita biasa dengan di peringkat menengah rendah kelas intergerasi.... aliran biasa di tambah dengan belajar bahasa arab..... begitu juga di universiti...... apa penting ini semua ? Jika ditakdirkan Allah kita menjadi ir biarlah tahu hukum fekah..... jadi doktor perubatan.... doktor yang hafiz..... lihat sahaja di timur tengah... imam hafiz mereka juga seorang berkelulusan kejurteraan.... Bukankah kita sering membaca berita di dada akhbar.... indeks jenayah semakin bertambah.... mengapa ianya berlaku ?.... salah satu puncanya penghayatan ilmu hanya sebahagian semata-mata. Ilmu Agama ? Semacam terpinggir. Ada kelulusan dalam bidang kewangan ... tetapi kewangan konvensional sahaja tanpa pengetahuan di dalam bidang kewangan Islam...... Kitalah generasi masa depan. Biarlah ilmu dunia dan Ilmu akhirat didalami dan digali bersama. Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat memimpin hidup kita dari dunia sampailah ke akhirat.  Bukankah selepas hidup di dunia kita akan mati. Itulah sunatullah. Kemudiannya akan dihidupkan pula di akhirat yang kekal abadi ? Kejar ilmu dunia jangan sampai lupa kepada ilmu-ilmu akhirat, nanti mengukur urusan kehidupan di dunia dengan ilmu dunia semata-mata. Kelak kita akan rugi ketika di akhirat sana. Barang siapa hendakkan dunia maka dengan ilmu. Barang siapa hendakkan akhirat maka dengan ilmu. Barang siapa inginkan keduanya maka sayugialah dengan ilmu. Jangan pula ada yang tersalah ..... hanya kejar ilmu akhirat semata-mata, tinggalkan ilmu dunia, buruk juga padah jadinya. Buatlah pilihan berpandukan agama. Insya Allah, kita pasti akan selamat.

21 February 2014

aspirasidiri : Hati Segumpal Darah


Klik <SUMBER>

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
(صحيح البخاري)
Sabda Rasulullah saw: “Ketahuilah bahwa pada jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah itu adalah hati” (Shahih Bukhari)

makna yang pertama adalah makna yang zhahir yaitu jika segumpal darah itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika segumpal darah itu buruk maka buruklah seluruh tubuhnya, maksudnya jika jantung itu memompa darah kurang baik maka akan berantakan seluruh tubuhnya.

Namun secara bathin berarti bahwa jika segumpal darah itu baik yaitu penuh dengan sifat-sifat yang luhur maka ucapan, penglihatan, pendengaran, dan perbuatannya pun akan luhur, dan segala-galanya penuh dengan rahmat Allah, dan jika dia dipenuh dengan rahmat maka dia akan menjadi matahari rahmat Ilahi, sebagai pewaris dari para penyebar rahmat Ilahi, pewaris dari segala sumber rahmat Ilahi, sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, yang Allah sebut sebagai “Sirajan Muniira” yaitu pelita yang terang benderang, sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam

 



قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat pada hatimu dan amalanmu.
[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim]



Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri