Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

12 November 2010

aspirasidiri : Sekitar Pengumuman Keputusan UPSR 2010

 Alhamdulillah. Blog aspirasidiri-nurabadi ingin merakamkan ucapan TAHNIAH kepada semua calon UPSR 2010 seluruh Malaysia, yang telah pun menerima keputusan masing. Kepada calon yang telah berjaya terimalah keputusan itu dengan rasa rendah diri serta bersyukur kerana kejayaan itu adalah juga milik orang di sekeliling kita dengan IZIN Allah. Bagi murid yang tidak berjaya mendapat seperti mana yang diinginkan, hadapinya dengan penuh kesabaran kerana kita bukan berada di garisan penamat. Kita sebenarnya baru berada di garisan permulaan, masih banyak lagi ujian dan cabaran yang perlu kita tempuh. Kepada Murid SK Seri Taman Kluang Barat Yang berjaya menggenggam 5A tahniah. Bagi yang tidak mencapai impian, buktikan sewaktu PMR nanti. Insya Allah. 

Kepada Calon UPSR 2011 ayuh kita belajar dari kegigihan mereka. Mereka berjaya kerana sikap positif mereka bukan kerana fizikal mereka. Kita bagaimana.... adakah kita tidak ingin mencipta sejarah... seperti mereka. Ayuh kita kejar kecemerlangan dunia dan akhirat.


Anak rabun dapat 5A









Murid OKU rabun penglihatan, Muhammad Daie Roslan yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi Bachok menerima ciuman tahniah daripada ibunya, Hasmiza Abdullah semalam.


BACHOK 11 Nov. - Pengorbanan seorang ibu bersengkang mata menunggu anak lelakinya yang rabun mata sejak lahir mengikuti kelas intensif, ternyata membuahkan hasil apabila anaknya itu mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.
Telah menjadi rutin ibu tersebut, Hasmiza Abdullah, 34, dari Kampung Kubang Kawah di sini, menghantar dan menunggu Muhammad Daie Roslan, 12, mengikuti kelas tambahan di Sekolah Kebangsaan Kubang Golok terutama ketika menjelang minggu-minggu terakhir ujian berkenaan.
Dia akan menunggu anaknya itu yang menyertai kelas intensif dan latih tubi yang diadakan bermula pukul 7.30 pagi hingga 10 malam.
Sepanjang menyertai kelas tersebut, Muhammad Daie yang menderita penyakit Both Eyes Anblyopia atau masalah penglihatan terhad dan rakan-rakannya dikehendaki datang ke kelas berkenaan dan mereka hanya dibenarkan pulang pukul 10.30 malam.
Walau pun sarat mengandung ketika itu, Hasmiza tetap menggalakkan anak lelaki sulungnya itu menyertai kelas berkenaan.
"Saya berpuas hati kerana penat lelah menghantar dan kemudian menunggunya, berbaloi kerana dia memperoleh keputusan itu," katanya ketika ditemui di sekolah Kebangsaan Kubang Golok di sini, hari ini.
Hasmiza memberitahu, sejak kecil lagi Muhammad Daie telah dikesan menghidap penyakit rabun dan dikatakan belum ada rawatan yang mampu memulihkan masalah penglihatannya itu.
Katanya, disebabkan penyakit tersebut, Muhammad Daie mengalami masalah untuk membaca dan menulis.
"Dia perlu membaca atau menulis pada jarak lapan hingga 14 sentimeter. Dia juga perlu membaca pada keadaan suasana yang cerah bagi memudahkannya melihat tulisan.
"Keadaan itu menyebabkan saya tidak boleh membiarkannya bersendirian ke sekolah yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah," katanya yang bersyukur dengan pencapaian anak lelakinya itu.
Pencapaian cemerlang Muhammad Daie itu membolehkannya muncul murid cemerlang kategori berkeperluan khas peringkat negeri.
Sementara itu, Muhammad Daie melahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada guru-guru, rakan-rakan dan kedua ibu bapanya yang banyak membantu.
Dalam pada itu, Guru Besar sekolah berkenaan, Shafei Che Noh berkata, 150 murid menduduki UPSR 2010 dan daripada jumlah itu, 34 orang mendapat 5A iaitu lebih tinggi berbanding tahun lalu seramai 24 orang.
"Kejayaan itu yang julung-julung kalinya dicapai adalah hasil komitmen guru-guru, ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masyarakat setempat," katanya.

Buta bukan penghalang dapat 5A











KLANG 11 Nov. - Cacat penglihatan tidak menjadi penghalang kepada seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Klang di sini untuk berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Celine Lean Yewlin (gambar), 12, yang buta sejak berusia empat tahun akibat demam panas sememangnya menjangka memperoleh keputusan cemerlang kerana ketika ujian percubaan dia turut mendapat keputusan yang sama.
Dia yang bercita-cita ingin menjadi pensyarah bakal menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur.
Celine berkata, dia meluangkan sejam sehari untuk mengulang kaji pelajarannya selain sering mengajak ibu bapanya untuk membacakan buku-buku rujukan supaya mata pelajara itu lebih mudah difahami.
''Buku rujukan tidak menggunakan tulisan braille terpaksalah suruh mak atau ayah untuk membacakannya sehinggalah saya faham.
''Saya cukup bersyukur kerana mempunyai ibu bapa seperti ini dan mereka turut membakar semangat saya untuk terus berjaya dalam hidup," katanya ketika di temui di sekolahnya di sini hari ini.
Dia yang pernah menjadi wakil kebangsaan dalam sukan lontar peluru dan lompat jauh berkata, guru-guru dan rakan-rakan banyak membantu sehingga mampu memperoleh kejayaan tersebut.
Celine yang berpegang kepada motto 'berusaha bersungguh-sungguh dan jangan mudah putus asa' juga suka bermain muzik ketika waktu lapang.

Cemerlang walau tiada ayah









Nurul Afiqah berkongsi kegembiraan memperoleh 5A dalam UPSR bersama Syamsinar (kiri) dan Kamsiah di SK Putrajaya Presint 8(1), Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 11 Nov. - Walaupun tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ayah sejak mula bersekolah, ia tidak menghalang Nurul Afiqah Mohd. Hafizi, 12, daripada mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Malah, murid itu menyifatkan kegigihan ibunya, Syamsinar Mohamed, 37, membesarkannya dengan gigih tanpa suami di sisi sebagai pendorong untuk dia berjaya.
Kejayaan manis itu turut mahu dikongsi bersama ibu saudaranya, Kamsiah Mohd. Yahya, 42, yang sudi menumpangkan dia dan ibunya sejak ibu bapanya berpisah lima tahun lalu.
"Saya sangat memahami keadaan ibu saya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, oleh itu saya tidak pernah merungut walaupun terpaksa berhenti tuisyen separuh jalan kerana ibu saya tidak cukup duit.
"Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada makcik saya yang bekerja sebagai jururawat di Hospital Putrajaya yang banyak membantu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas mendapat keputusan peperiksaan itu di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) di sini hari ini.
Nurul Afiqah adalah antara 39 daripada 139 calon UPSR mendapat keputusan 5A di sekolah tersebut.
Bagaimanapun, dia belum membuat keputusan sama ada mahu memberitahu berita gembira itu kepada bapanya memandangkan lelaki itu tidak pernah bertanyakan khabar sejak dikatakan telah berkahwin semula tiga tahun lalu.
Sahabat baik, Nurul Afiqah, Nadhrah Athirah Johan turut mendapat keputusan cemerlang walaupun berkongsi kisah hidup yang sama.
Namun Nadhrah Athirah bernasib baik sedikit kerana mendapat kasih sayang seorang ayah tiri setelah bapa kandungnya meninggal dunia semasa dia berumur enam tahun akibat sakit buah pinggang.
"Kami berdua sentiasa belajar bersama-sama dan membantu antara satu sama lain selain belajar berkumpulan pada setiap hari," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor.

Nurzaharatul cemerlang UPSR









Nurzaharatul Naim berkongsi kegembiraan bersama ibunya, Faridah Musa di Sekolah Rendah Kebangsaan Jitra 3 di Jitra, Kedah, semalam.


Jitra 11 Nov. - Kesukaran seorang murid Sekolah Kebangsaan Jitra 3 yang terpaksa menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam keadaan kesakitan berbaloi apabila dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang 5A.
Senyuman tidak lekang daripada bibir Nurzaharatul Naim Hasbollah, 12, yang menderita sejenis penyakit kulit, 'Erythrodermic Psoriasis' apabila mengambil keputusan UPSR di sekolah itu pagi ini.
Nurzaharatul Naim yang datang ke sekolah bersama bapa dan ibunya, Hasbollah Md. Isa, 42, dan Faridah Musa, 39, berkata, dia sangat gembira kerana walaupun sakit dia berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.
"Selepas peperiksaan percubaan pada Julai lalu, saya tidak dapat ke sekolah kerana keadaan penyakit saya semakin serius sehingga September lalu.
"Biarpun tidak dapat ke sekolah dan hanya terlantar di rumah, namun cikgu dan kawan-kawan sering datang ke rumah membawa kerja sekolah serta nota-nota tambahan," ujarnya ketika ditemui di sekolah itu hari ini.
Kisah Nurzaharatul Naim yang menderita 'Erythrodermic Psoriasis' pernah disiarkan Utusan Malaysia pada 22 September lalu.
Penyakit anak kedua daripada empat beradik yang tinggal di Taman Bersatu di sini menjadi bertambah teruk setiap kali tiba bulan Julai sehingga September apabila kulitnya gatal dan mengelupas di seluruh badan.
Ketika itu murid berkenaan tidak mampu berjalan dan hanya baring di atas katil menyebabkan dia sukar melakukan aktiviti seharian termasuk ke sekolah.
Penyakit yang dialami kanak-kanak itu sejak dilahirkan tidak berjangkit dan sukar untuk diubati.
Sementara itu Faridah berkata, dia mengharapkan kecemerlangan itu akan berterusan kerana mahu anak perempuannya itu berjaya seperti orang lain.
"Saya tidak mahu dia terus mengalah disebabkan penyakitnya dan syukur dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR dan ini merupakan permulaan untuk mencipta lebih banyak kejayaan," katanya.
Tambahnya, dia tidak berhasrat untuk membenarkan anaknya itu tinggal di asrama selepas ini kerana tahap kesihatannya tidak mengizinkan walaupun Nurzaharatul layak.
"Dia akan meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra dekat sini kerana senang untuk saya dan suami memantau keadaan kesihatannya," jelasnya.

Cemerlang walau dalam kelas corot









MOHD. Hazman Ahmad (kanan) bangga melihat keputusan cemerlang anaknya, Muhammad Harith Aizad yang mendapat 5A dalam UPSR di Pasar Awam Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.


KEPALA BATAS 11 Nov. - Walaupun diletakkan di kelas tercorot, seorang anak penjual ikan berjaya membuktikan kemampuannya apabila memperoleh 5A pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Muhammad Harith Aizad Mohd. Hazman, 12, merupakan salah seorang daripada 89 murid Sekolah Kebangsaan Bertam Indah, di sini yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Dia sebelum ini belajar di Tadika Permataku Sayang, di sini sebelum dimasukkan ke sekolah tersebut dan ditempatkan di kelas murid paling lemah memandangkan pencapaian pelajarannya yang kurang memuaskan.
Muhammad Harith Aizad mengakui, pernah berasa terlalu rendah diri apabila diletakkan di kelas tersebut tetapi dorongan kuat guru serta pengorbanan kedua orang tua memberi motivasi kepadanya untuk belajar bersungguh-sungguh.
''Ayah selalu kata tanpa pelajaran kita tidak akan kemana-mana, saya kena belajar bersungguh-sungguh," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan slip keputusan peperiksaan UPSR di sekolah itu hari ini.
Muhammad Harith Aizad yang berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer setiap hari untuk ke sekolah berkata, dia tidak mempunyai rahsia atau resipi kejayaan sebaliknya hanya memberi tumpuan sepenuhnya ketika berada di kelas.
Anak kedua daripada tiga beradik itu yang bercita-cita menjadi seorang juruterbang suatu hari nanti memberitahu, dia memilih belajar di rumah mengikut jadual yang disediakan gurunya berbanding ramai rakannya yang mengikuti kelas tuisyen.
''Bagaimanapun, saya memberi tumpuan lebih kepada subjek-subjek yang agak sukar seperti Bahasa Inggeris dan Matematik dengan membuat banyak latihan sama ada di rumah atau di sekolah," katanya yang hanya memperoleh 2A dalam peperiksaan percubaan.
Sementara itu, bapanya, Mohd. Hazman Ahmad berkata, Muhammad Harith Aizad memang seorang anak yang rajin belajar dan sangat berdisiplin terutamanya dalam soal mematuhi jadual pelajarannya di rumah.
''Dia mempunyai ramai rakan-rakan untuk bermain pada masa lapang tetapi jika masa untuk belajar, dia pasti akan berada di rumah membuat latihan atau ulang kaji," katanya yang berniaga di Pasar Awam Kepala Batas, di sini.



 Kembar Siam Cemerlang


SHAH ALAM 11 Nov. - Pasangan kembar Siam, Ahmad dan Muhammad Rosli, 12, yang pernah mendapat perhatian ekoran pembedahan pemisahan di Arab Saudi pada 2002, berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan ini.
Muhammad yang memperoleh 4A 1B kelihatan cukup gembira ketika naik ke pentas menerima slip keputusan daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 27 (2), Muhammad Napis.
Abang kembarnya, Ahmad namun agak muram apabila mengetahui sekadar mendapat 2A 3B.
Wajahnya bagaimanapun kembali ceria setelah guru kelasnya, Rokhiza Long menenangkan dan memberi kata-kata semangat bahawa pencapaiannya itu masih dibanggakan kerana ia lebih baik daripada segelintir pelajar yang sempurna sifatnya.
Kedua-dua beradik tersebut hanya mempunyai sebelah kaki dengan Muhammad bergerak menggunakan kaki palsu manakala Ahmad lebih selesa menggunakan tongkat.
Mereka yang dilahirkan bercantum dari bahagian dada hingga ke punggung selain berkongsi hati dipisahkan dalam pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard dengan kos sebanyak RM1.7 juta dibiayai oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Abdullah Abdul Aziz pada 17 September 2002.
Sementara itu, Muhammad ketika ditemui bersyukur dengan keputusan peperiksaan yang diperoleh mereka berdua walaupun mengalami kesukaran dalam menjalani rutin harian semasa ke sekolah.
"Saya dan Along tidak sangka dapat keputusan seperti ini kerana kami menghadapi pelbagai cabaran menjelang UPSR.
"Kami juga jarang ke sekolah kerana menghidapi asma dan banyak ketinggalan topik yang diajarkan oleh cikgu, namun kami berdua sentiasa mengulang kaji bersama terutamanya dalam subjek Matematik," katanya.
Sementara itu, bapa mereka, Rosli Abdul Rahim, 39, cukup bangga dengan kejayaan kedua-dua anaknya yang disifatkan sebagai hasil kesungguhan mereka selama ini.
"Saya bersyukur kerana anak saya dapat bersekolah seperti kanak-kanak normal lain dan berjaya malah keputusan mereka lebih baik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Rosli, anak kembarnya akan dihantar menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23, Subang.
"Saya memilih sekolah berkenaan kerana ia dekat dengan rumah dan memudahkan segala urusan untuk menghantar dan mengambil mereka.
"Siapa tidak mahu melihat anak-anak bersekolah di sekolah yang baik, namun semua ini untuk kebaikan mereka. Saya tidak mahu menyusahkan pihak sekolah bagi menguruskan segala persiapan mereka kerana ia agak rumit untuk dilakukan," katanya

Walaupun sering tertidur dalam kelas, Melinda dapat 7A









PELAJAR cemerlang, Sakthi Shanthi Satharmai A/P Selvanathan (kanan) dan Melinda Tan Ming Hui dari SJKC Ping Ming menunjukkan slip keputusan 7A1 UPSR di Melaka, semalam.


MELAKA 11 Nov. - Biarpun penyakit yang dihidapi menyebabkannya sering tertidur dalam kelas, ia tidak menghalang Melinda Tan Ming Hui, murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ping Ming di sini meraih keputusan 7A pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Sebaliknya, kata Melinda, penyakit gangguan tidur atau narkolepsi yang dihidapinya dijadikan perangsang kepada dirinya untuk mencapai keputusan terbaik setanding dengan rakannya yang lain.
"Oleh kerana sukar menumpukan perhatian dalam bilik darjah kerana mudah tertidur, saya perlu melipatgandakan usaha dengan kerap mengulang kaji pelajaran di rumah pula.
"Jika di rumah, ibu saya, Irene Tan, 42, akan mengejutkan saya sekiranya saya tertidur sewaktu mengulang kaji pelajaran," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan UPSR di sini hari ini.
Menurutnya, dia bukan sahaja mudah tertidur ketika berada dalam kelas, malah turut mengalami keadaan yang sama ketika makan.
"Pada mulanya, saya dimarahi oleh cikgu kerana sering tertidur dalam kelas.
"Namun, setelah mereka mengetahui saya menghidap penyakit narkolepsi, saya tidak lagi dimarahi sebaliknya cikgu akan kejutkan saya dengan baik," katanya.
Sementara itu, menurut Irene, Melinda mula mengidap penyakit itu pada Julai tahun lalu selepas dia mengesyaki anaknya itu kerap tertidur setiap dua jam.
"Pada mulanya saya sangka dia sering tertidur akibat kepenatan. Setelah masalah ini semakin kerap berlaku, saya membawanya berjumpa dengan doktor yang mengesahkan anak saya menghidap penyakit narkolepsi," katanya.
Sementara itu, bagi pasangan kembar tidak seiras, Farah Syahirah Japar dan Farah Syakirah, persaingan untuk membuktikan siapa yang lebih baik antara mereka menyebabkan kedua-duanya berjaya memperoleh 5A dalam UPSR.
Menurut Syakirah yang lahir lewat sembilan minit daripada Syahirah, dia lebih gemar mengulang kaji pelajaran di rumah bersama adik kembarnya selain belajar secara berkumpulan dengan rakan sekelasnya yang lain.

Kematian ayah tidak patahkan semangat


2010/11/12

Nurul Ilmiah Abdul Rahim
Nurul Ilmiah Abdul Rahim
SEREMBAN: Kematian ayah akibat sakit jantung beberapa bulan sebelum menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak mematahkan semangat Nurul Ilmiah Abdul Rahim, 12, untuk mendapat 5A, sekali gus memenuhi harapan arwah ayahnya.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri di sini, mengakui sedih dengan pemergian ayahnya, Abdul Rahim Ahmad, 58, Jun lalu, tetapi menguatkan azam untuk cemerlang dalam UPSR dengan belajar bersungguh-sungguh.
Anak sulung dua beradik itu turut mengikuti kelas tambahan dan belajar berkumpulan bersama teman rapat untuk mengurangkan perasaan sedih.
“Walaupun belajar begitu kadang-kadang membuatkan hilang tumpuan kerana lebih banyak berbual, saya terhibur dengan cara itu.

“Lebih menggembirakan, semua rakan dalam kumpulan itu mendapat 5A dan ini membuktikan belajar secara kumpulan masih berkesan,” katanya ketika ditemui di SK Puteri di sini, semalam.

Nurul Ilmiah yang bercita-cita menjadi peguam berkata, keputusan cemerlang itu juga adalah hadiah kepada ibunya, Ramlah bachik, 49.

Pasangan kembar di sekolah sama, Patricia Wong Ke Ying, 12, dan Felecia Wong Ke Seen,12, yang masing-masing memperoleh 5A dan 4A 1B, gembira memperoleh keputusan itu.
Walaupun Felecia sebagai kakak pada mulanya menangis kerana gagal mendapat 5A, dia tetap gembira kerana adiknya mendapat 5A.

Dia yang bercita-cita menjadi akauntan berkata, dia akan terus berusaha bersama kembarnya untuk mencapai kejayaan di peringkat sekolah menengah.

Patricia pula berkata, mereka tidak mempunyai petua belajar tertentu dan hanya belajar bersama setiap hari dan mengikuti kelas tambahan.

Syazwani dapat 4A 1B terkenang pesanan arwah ibu

HULU TERENGGANU 11 Nov. - "Wani, belajar rajin-rajin biar dapat keputusan elok dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) nanti. Jaga adik, jaga abah. Jangan tinggal solat," pesan ibunya.
Ibunya, Zainon Seman, 52, yang terlantar kerana penyakit barah hati meninggal dunia beberapa bulan sebelum Syazwani Shamsuddin,12, mengambil peperiksaan itu.
Ibunya mengharapkan dia mencapai 5A dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah yang baik dan seterusnya ke universiti.
Kehilangan ibunya dalam keadaan yang begitu mengejutkan awalnya membuatkan dia begitu sugul apatah lagi dia anak yang paling rapat dengan ibunya.
Bagaimanapun, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Tok Randok, Ajil itu memperoleh 4A 1 B apabila keputusan diketahui semalam dan baginya ia sudah cukup baik setelah gigih belajar.
Justeru selepas mengambil slip keputusan di sekolah, dia yang ditemani ayahnya, Shamsuddin Jusoh, 54, terus ke kubur emaknya di kampung Tok Randok tidak jauh dari rumahnya.
"Ketika lihat keputusan ini, saya tidak sangka dapat secemerlang ini. Saya terus terlintas wajah ibu saya yang tentunya juga gembira jika dia masih ada.
''Keputusan saya paling baik kalau dibandingkan dengan abang dan kakak," kata anak ketujuh daripada lapan beradik itu ketika ditemui di tanah perkuburan itu.
Sementara itu, bapanya, Shamsuddin Jusoh, 54, berkata, anaknya itu tabah kerana walaupun diduga kehilangan ibunya, dia sedikit pun tidak pernah mengeluh apatah lagi berputus asa.
Menurutnya, anaknya itu ingin menjadi contoh dan perangsang kepada adik bongsunya yang kini belajar di tahun empat di sekolah yang sama selain membantu keluarga.
"Saya bekerja sebagai tukang rumah dan pendapatan hanya RM700 sebulan dan perlu menyara enam orang anak lagi.
"Jadi, setiap kali kesempitan wang Syazwani sering berjanji akan membantu keluarganya apabila berjaya kelak," jelasnya

Hadiah 5A untuk ayah yang lumpuh - Hilman

JEMPOL 13 Nov. - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Namun begitu, murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Tengku Muda Seting, dekat sini terus tabah untuk menjadi insan cemerlang apabila memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ketika bapanya kini lumpuh dan terlantar di katil.
Walaupun Mohd. Hilman Zamzuriee, 12, terpaksa membahagikan masa untuk belajar dan menjaga bapanya, anak keempat daripada lima beradik itu mampu membuktikan dia juga boleh berjaya seperti orang lain.
Bapanya yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Pegawai Waren II, Zamzuriee Ismail, 47, kini hanya mampu terlantar di katil.
"Ayah jadi seperti ini sejak kemalangan dua tahun yang lalu. Kini ayah lumpuh dan tidak mampu bergerak dipercayai akibat radang saraf.
"Walaupun keadaan ayah begitu, dia tetap cekal dan sentiasa memberi semangat kepada kami sekeluarga. Ayah banyak mendorong kejayaan saya dan pastinya keputusan 5A itu adalah untuk ayah," kata Mohd. Hilman ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Tambah Mohd. Hilman yang juga ketua pengawas di sekolahnya, hanya dengan ilmu sahaja dia mampu menjadi insan berguna pada masa hadapan, sekali gus berazam untuk membanggakan bapa dan ibunya suatu hari kelak.
''Saya tahu, kehidupan kami tidak seperti orang lain. Ibu terpaksa menjaga ayah, kami adik beradik juga bergilir-gilir membantu ayah.
''Biarpun banyak cabaran yang kami lalui, saya tidak pernah mengalah kerana hanya dengan semangat yang kuat sahaja, seseorang itu boleh menjadi maju dan berjaya," katanya.
Sementara itu, Zamzuriee berkata, dia bangga dengan semangat anaknya itu yang semakin matang serta sedar bahawa hanya dengan kekuatan ilmu sahaja manusia itu mampu mencipta kejayaan.
''Saya tahu, dia sering menjaga saya. Kadangkala membaca buku pun sebelah katil saya ini. Dia tidak pernah mengalah mahupun mengeluh dan sentiasa berusaha. Alhamdulillah usaha yang dilakukannya itu kini berbaloi," katanya.
Zamzuriee berharap hasrat anaknya untuk memasuki sekolah berasrama penuh seperti Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) di Seremban akan berhasil.
''Memang saya tidak berkemampuan untuk menghantar anak belajar di kelas tambahan. Semua ini adalah usahanya sendiri," katanya dalam nada sedih.
Tambahnya, dia sekarang tidak lagi bekerja manakala isterinya pula menjaganya dan kini mereka sekeluarga hanya mengharapkan bantuan bulanan dan wang pencen untuk perbelanjaan.
''Sebagai bapa, tentulah saya mahu bersama-sama anak melihat keputusan peperiksaan UPSR. Alhamdulillah anak saya membawa slip keputusan itu dengan keputusan cemerlang, 5A. Saya bersyukur," katanya.

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri