Alhamdulillah. Penghantaran L4 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah kepada JU Teknikal Kebangsaan yang telah dapat menyediakan program tersebut. Penambah baikan perlu dibuat pada perkara berikut :
1. Table untuk daftar kod sekolah masih kekal walaupun teleh direset. Saya dapati reset maklumat tidak memadam kod sekolah. Ini menyebabkan walaupun data baru dimasukkan (data sekolah lain) pada table kod masih lagi terdaftar kod sekolah sebelumnya. Reset perlu memadam semua maklumat. Program tolong bantu lebih mudah dilaksanakan.
2. Susunan Jenis perkhidmatan di dalam SPSK tidak sama dengan susunan jenis perkhidmatan di dalam eL4 ini menyebabkan kemungkinan berlakunya kesilapan semasa keyin maklumat. (e L4 tidak berformatkan borang L4 SPSK)
3. Nama bidang di eL4 tidak sama dengan nama bidang di L4 SPSK. Pembangunan diri dalam L4 SPSK mungkin membawa maksud peribadi di dalam eL4. Pecangahan ini mungkin akan menyebabkan kesilapan memahami maksud yang dikehendaki. Ia juga boleh dita'rif sebagai lain-lain bidang.
Dengan kepakaran yang ada dalam JK Teknikal pada hemat saya perkara ini mudah diatasi. saya berdoa untuk diri dan tuan-tuan Semoga perkhidmatan Bimbingan akan terus sentiasa maju ke hadapan. Tahniah kepada JK Teknikal Kebangsaan.