Pagi semalam Jumaat, 24.06.2011 cukup ceria. Para guru sedang bersiap-sedia menunggu para ibu bapa penjaga hadir. Hari tersebut adalah hari terbuka sekolah. Aku seperti biasa berada di pejabatku menjalankan tugas rutin.
Pagi semalam aku telah memanggil murid yang ayahnya telah memarahiku petang kelmarin (Khamis-Hari Sukan 2011).
Sesi Jumaat, Jam 8.30 pagi, 24.06.2011 :
Semalam sebelah petang ayah awak pergi mana. Ayah saya pergi ambik abang kat sm vokasional. Bila ayah awak jumpa awak di rumah ada apa-apa di cakap dengan awak. Terdiam seketika .....tak.... dia sebat saya dengan rotan. ... jawabya ringkas. Saya telah memberitahunya....ayah awak telah mengatakan sayani cikgu bodoh. Cikgu yang bodoh.
Wajahnya biasa sahaja, kelihatan tersengih. Aku memintanya balik ke kelas semula. Aku tidak membuat sebarang penjelasan kepadanya. Dia tidak tahu apa-apa. Dia pulang lewat petang kerana telah singgah di rumah kawannya. Dalam masa yang sama....takdir Allah petang itu selepas acara sukan tamat, hujan telah turun dengan lebat diselangi dengan dentuman petir.
Aku meneruskan tugasku pagi ini, menyantuni tetamu yang hadir sempena hari terbuka sekolah. Ibu bapa penjaga sekolah ini mengambil peluang untuk bertemu dengan para guru untuk mengetahui perkembangan pelajaran anak masing-masing. Namun...... pakcik yang mamarahiku petang 23.06.2011 tidak hadir ke sekolah untuk bertemu dengan guru kelas anaknya...... emmm