Dalam menghadapi peperiksaan, terdapat banyak strategi untuk pelajar gunakan. Ia bergantung kepada kefahaman dan keupayaan pelajar menggunakannya. Berikut adalah satu strategi yang pelajar boleh gunakan jika mendapati ia sesuai dan mudah dilaksanakan.
Direction - Arahan
Sekiranya
anda tidak faham sila bertanya kepada pengawas peperiksaan. Jangan
takut atau malu untuk mendapatkan penjelasan. Tanya arahan bukan tanya
jawapan.
Examine - Memeriksa
Ulangi
membaca arahan untuk memastikan apa yang dikehendaki. Tandakan pada
nombor soalan yang patut dijawab. Bayangkan betapa hampanya
soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi tidak dapat dijawab
dengan sempurna kerana mengabaikan langkah ini.
Time - Pengagihan Masa
Pengagihan
masa adalah amat penting terutama apabila menjawab soalan-soalan
berbentuk esei. Sebelum menjawab, bahagikan masa supaya anda tahu
menghadkan masa untuk sesuatu soalan. Ini mesti diamalkan kerana ramai
pelajar mempunyai kecendrungan untuk terus menulis walaupun peruntukkan
masa untuk soalan itu telah tamat.
Easier - Yang Senang Didahulukan
Mulakan
dengan soalan-soalan yang senang dahulu. Tandakan soalan-soalan yang
mencabar atau yang memerlukan anda berfikir sekali. Pastikan anda
menjawab pada ruangan yang betul.
Revise - Menyemak Semula
Luangkan
masa untuk anda menyemak semula jawapan anda sebelum menyerahkan kertas
jawapan kepada pengawas. ramai pelajar menganggap menyemak soalan
semula tidak penting. Lebih-lebih lagi apabila menjawab soalan yang
sukar mereka tidak menyemak langsung.Dengan menyemak semula anda dapat
membaiki kesalahan.