Didikan Rohani Dengan Ibadah. عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4] Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Perkhidmatan

Pengiktirafan Majalah Pendidik kepada Blog Aspirasi Diri

Keluaran Disember 2010, MS 30

26 September 2013

aspirasidiri : Teks Majlis Doa Selamat Sempena Keberangkatan ke Tanah Suci Makkah




 DOA SELAMAT JEMAAH HAJI 
Sempena keberangkatan rakan guru ke mekah
dibacakan oleh : admin

Ya Allah...sesungguhnya Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai.

 Ya Allah, peliharalah hamba Mu ini___________________________ dari keburukan dunia dan kerosakannya. Engkau kurniakan lah kebaikan dan takwa dalam perjalanan mereka dan juga amalan-amalan yang Engkau redhai.

Ya Allah kami bermohon s
upaya Engkau dekatkan dan permudahkan perjalanan mereka dan kurniakanlah kepada mereka di sepanjang perjalanan itu keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda. Sampaikanlah maksud mereka untuk mengerjakan haji dan mengunjungi maqam nabiMu Muhammad s.a.w .

Ya Allah! Engkau Lindungi lah mereka daripada segala mara bahaya di dalam perjalanan dan perkara- perkara yang mendukacitakan mereka. Jauhilah buruk pandangan pada kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai mereka. Ya Allah! letakkanlah  mereka di dalam peliharaanMu, janganlah Engkau lucutkan nikmatMu darinya, janganlah Engkau mengubahkan kesihatan yang ada pada mereka, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah sesungguhnya Tanah Haram itu, negeri itu, ketenteraman yang ada di dalamnya dan hamba yang ada padanya semuanya kepunyaanMu. hambaMu ini____________________________________ akan datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan yang buruk. Olih itu ya Allah, kami pohonkan kepadaMu sebagai permohonan orang yang sangat berhajat kepadaMu dan takut kepada azabMu, supaya Engkau terima mereka dengan limpahan kemaafanMu dan masukkanlah mereka ke dalam kawasan syurgaMu, Jannatun Naim,

Ya Allah sesungguhnya itu adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah daging mereka, darah mereka dan tulang mereka dari api neraka .


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
،

اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ  الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى کُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٍ

Ya Allah, dengan berkat mereka melihat Kaabah Mu yang penuh dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan dan kebaikan, maka Engkau lindungi lah mereka daripada kekufuran, kemiskinan, azab kubur dan sempit fikiran. Engkau tambahkanlah kurniaMu kepada mereka yang memuliakannya (Baitullah) dan membesarkannya dari kalangan yang mengerjakan haji dan umrah dengan kemuliaan, kebesaran dan kebajikan.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُِللهِ

وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَکْبَرُ ،

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Ya Allah, apabila hamba Mu ini bertawaf disekeliling Kaabah, maka Engkau kurniakan lah kepada mereka keampunan, kesihatan yang sempurna, penolakan yang berkekalan dari bala bencana, sama ada pada agama mereka, dunia mereka dan akhirat mereka serta mendapat kemenangan dengan beroleh syurga dan keselamatan dari api neraka.

Ya Tuhan,  berkatilah saie mereka dan dengan berkat saie itu, Engkau diterima doa mereka, afiatkanlah dan ampunilah mereka. Berilah pertolongan kepada mereka untuk taat dan bersyukur kepadaMu. Janganlah membiarkan mereka bergantung .kepada yang lain selain dariMu. Matikanlah mereka dalam iman dan Islam yang sempurna, sedang Engkau redha kepada mereka.

Ya Allah, dengan berkat saie mereka itu juga, Engkau peliharalah diri mereka dengan meninggalkan segala kejahatan selama hidup mereka dan peliharalah mereka supaya tidak membuat perkara yang tidak memberi manafaat dan kurniakanlah kepada mereka elok pandangan pada perkara-perkara yang membawa keredhaanMu.



لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ،

لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ

وَهُوَ حَيٌ لاَ يَمُوْتُ

بِيَدِهِ الْخَيْرُ

وَهُوَ عَلَى کُلِّ شَىءٍ قَدِيْرٌ

Ya Allah, apabila hamba Mu ini berada di Arafah, maka Engkau terima lah doa mereka. Ya Allah, ampunkan lah segala dosa mereka. Janganlah Engkau kecewakan mereka, berilah kepada mereka sepertimana yang Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Janganlah Engkau palingkan mereka daripada tempat suci itu melainkan mereka mendapat kemenangan dan tidak kecewa, tidak menyesal dan tidak pula mereka daripada golongan orang yang sesat dan menyesatkan. Wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

 Ya Allah, berilah pertunjuk dan taufik kepada mereka, peliharakanlah mereka daripada terjerumus di dalam lembah kejahilan dan kemusnahan, selamatkan mereka daripada segala penyakit jiwa, jadikanlah mereka daripada golongan orang yang menjauhkan diri dari runtunan hawa nafsu yang buas. Ya Allah, jadikanlah mereka daripada golongan mereka yang sentiasa menghadapi Engkau tidak kepada yang lain.

Ya Allah, perbetulkan mereka kiranya dia telah menyeleweng, perkuatkanlah mereka di dalam pendirian mereka, hidupkanlah mereka dalam iman dan taat kepada Engkau, matikanlah mereka di dalam Islam, dari golongan mereka yang bertaubat, begitu juga semasa soal di akhirat. Ya Allah, Engkau jadikanlah mereka daripada mereka yang menerima suratan amalannya dengan tangan kanan, jadikanlah mereka daripada golongan mereka yang beroleh keamanan pada hari kiamat, berilah kegembiraan kepada mereka ya Allah, dengan dapat memandang kepada wajah Engkau Yang Mulia dengan berkat rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Mengasihi.

Maha Suci Allah yang ArasyNya terletak di langit, Maha Suci Allah yang memperlihatkan kekuatanNya di bumi, Maha Suci Allah yang menjalankan segala lautan, Maha Suci Allah yang melihatkan kekuasaan. dan pemerintahan di api neraka, Maha Suci Allah yang melihatkan rahmatNya di dalam syurga, Maha Suci Allah yang telah mengangkat tujuh petala langit dan menetapkan tujuh petala bumi dengan kudratNya, Maha Suci Allah, yang tidak ada tempat untuk bergantung dan tidak ada tempat untuk meminta pertolongan melainkan kepadaNya semata-mata.

Ya Allah, apabila hamba Mu ini berdoa Mina, maka Engkau anugerahkan mereka dengan apa yang telah Engkau anugerahkan kepada wali-wali Mu dan hamba-hamba Mu yang taat kepada Engkau.

Ya Allah, Engkau terima lah semua doa dan amal ibadah mereka selama mereka melakukan ibadah haji mereka dan kurniakan lah kepada mereka pahala haji yang mabrur.

Ya Allah,  peliharakanlah mereka dari segenap pihak, di kanan mereka, di kiri mereka, hadapan mereka, di belakang mereka, di atas mereka dan di bawah mereka sehinggalah mereka sampai sampai kembali kepada keluarga mereka dan negeri mereka.  Janganlah Engkau jauhkan mereka dari rahmatMu walau sekelip mata sekalipun.

Modul Guru Penyayang

Posting Ke-2 Paling Popular (1041 Pelawat)(25873 Pelawat 14.4.2015)

Teks disusun dan dibacakan oleh nurabadi sempena hari Anugerah Cemerlang & Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat 2011

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَامَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Pra Sekolah SK Seri Taman Kluang Barat, 2011

اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ

Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.


اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat

رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامَا إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ اْلأَبْرَارِ. يَا عَزِيْزُ يَاغَفَّارُ يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Posting Paling Popular Sepanjang 2012 : (3163 Pelawat)

aspirasidiri : Jadual Waktu Belajar Persendirian (Hari Bersekolah & Cuti Sekolah)

Murid yang mampu mengurus masa berpotensi untuk mendapat pencapaian yang baik dalam bidang Akademik. Sehari kehidupan seorang murid sekolah menempuh aktiviti pembelajaran yang berbeza. Di sekolah seorang murid tertakluk dengan jadual yang disediakan oleh pihak sekolah. Namun bagaimana pula ketika berada di rumah. Aktiviti hujung minggu perlu dikawal Jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Sedaikan jadual hujung minggu disesuaikan dengan aktiviti anjuran sekolah. Jika sekolah mengadakan kelas tambahan pada minggu ke-2 dan ke-4, masukkan aktiviti tersebut di dalam jadual agar kita dapat merancang aktiviti hujng minggu dengan aktiviti yang selaras dengan diri kita yang masih bergelar murid sekolah. Bagaimana pula ketika sekolah sedang bercuti ? Cuti sekolah yang tidak dirancang merugikan kita. Peluang tersebut perlu kita ambil dengan kita mengatur masa belajar mengikut keselesaan kita. Jangan gadaikan masa depan dengan hanya berseronok sahaja. Apa yang kita lakukan sekarang ini natijah yang kita perolehi adalah di masa depan. Sekarang kita bersusah payah belajar, Insya Allah hidup kita akan selesa pada masa depan dengan kerjaya yang kita ceburi. Seperkara lagi, apabila kita menyusun jadual jangan kita lupa masukkan sekali matapelajaran sekolah agama, dan aktiviti belajar agama ( mengaji quran). Ini adalah kerana pengabaian kepada aktiviti belajar agama akan menyebabkan persiapan hidup kita akan pincang. Belajar akademik sahaja sedangkan belajar agama terabai. Kata Imam Syafie :

Barangsiapa yang Menginginkan Dunia …

مَنْ أَرَادَ الدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ وَمَنْ أَرَادَ الآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaknya menuntut ilmu dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaknya ia menuntut ilmu”.

Jadual Waktu Persendirian Cuti Sekolah


Jadual Waktu Sekolah



Jadual Waktu Persendirian Hari Bersekolah

Modul PRS


Kandungan : Panduan Perlaksanaan PRS di Sekolah

++klikdownload++Modul P R S ++klikdownload++

Modul RIMUP 2011

Kandungan : Modul RIMUP 3H2M :
"Perhatian" Video Sejarah Kemerdikaan akan di UPLOAD di youtiube dalam masa terdekat. Akan dimaklumkan kemudian.

++klikdownload++Kertas Kerja RIMUP++klikdownload++

++klikdownload++Video RIMUP++klikdownload++

"Perkongsian" Perancangan UBK 2011 Untuk download


Kandungan : Perancangan Strategik, Rancangan Tahunan, Pelan Tindakan, Carta Gantt

++klikdownload++Buku Pengurusan UBK 2011++klikdownload++

Konvensyen PERASA Peringkat Kebangsaan ke-8

Ekslusif Buat Kulator & Kulaan Konvensyen

++klikdownload++ PERASA++klikdownload++

Modul Kajian Tindakan


Kandungan : Panduan Untuk Membuat Kajian Tindakan di Sekolah

++klikdownload++Modul Kajian Tindakan++klikdownload++

Modul Kepimpinan 2011


Kandungan : Modul Kepimpinan 3H2M, 1H di SK Perempuan Bandar

++klikdownload++Modul Kepimpinan++klikdownload++

"Perkongsian" Dokumen Kelab UBK SR Utk Download


Isi kandungan : Perlembagaan Kelab, Cth Aktiviti Tahunan, dll

++klikdownload++Dokumen Pengurusan Kelab UBK++klikdownload++

e-Pengurusan UBK untuk download

Sila dapatkan no unprotected untuk pengaktifan dengan meninggalkan e mail d soutmax
+++klik link ++++e pengurusan bdk++++klik link++++

Waman Jahada Fainnama Yujahidu Linafsih......

Saya admin aspirasidiri menyuarakan KECAMAN sekeras-kerasnya terhadap Laknatullah Rejim Zionis kerana melakukan serangan terhadap SAUDARA-saudara saya di ....GAZZA.... Jahanam, Jahanam Zionis, Hancur, Hancur Zionis. Ihzihum Wansurna Alaihim.... Saya berdoa agar rakyat Palastin tabah dan terus berjuang mempertahankan malahan menyerang keangkuhan Rejim Zionis... Menang atas Rejim Zionis atau Menang Sebagai SYAHID bertemu Allah... Yujahidu na Fi Sabilillah... Fayaktalun na wayuk talun ..... terus berjuang .... samada kamu membunuh atau di bunuh... .... Ya Allah Kami Tidak Dapat Berjuang Seperti Mereka..... tetapi kemi berdoa ... Wamautana, Bimauti Syuhada' ....seperti MEREKA.. Ijabata li dua'

jemput tinggalkan jejak di blog apirasidiri