Jarang diberi peluang menjadi Imam solat maghrib, ceramah motivasi solat Isya' dan Solat Sunat Hajat sekaligus. Masa berada di Kemaman menjadi imam di surau dan masjid perkara biasa. hari ini pengurusan PIBG SK Felda Penggeli Timur membuka ruang kepada saya untuk kembali mengimbau kenangan di SK Felda Neram 1, Kemaman...... saya sering diberi kepercayaan untuk memimpin bukan sahaja ceramah motivasi malahan solat maghrib, solat Isyak dan Solat hajat sekali gus. Itu 10 tahun yang lalu..... Kadang kala malu juga bila di panggil ustaz.... kang kalau jumpa saya tengah memetik gitar memainkan lagu-lagu berirama rock macam mana..... emmmmm ............
Dalam slot ceramah tadi saya telah membawa para hadirin kembali mengimbau kisah silam. Peranan diri sebagai hamba dan sebagai seorang anak tentunya. Dengan diselangi dengan zikir-zikir pilihan kupasan berkaitan dengan peranan hati di dalam diri menentukan hala tuju seseorang murid. Kehendak datangnya dari dalam.... ya dari dalam hati... hati laksana raja yang sedang memerintah.......
Semuanya bertitik tolak dari hati. Hati yang membentuk keinginan untuk berubah. Bersungguh-sungguh tanpa rasa perlu disuruh-suruh dan dipaksa-paksa. Hati yang tenang, buat apa sekalipun akan
tenang. Menulis, membaca....... membuat latihan ..... cabarannya memang besar. Fokus ?.... Semuanya bermula dari hati.... Hati jika telah bercampur aduk antara belajar dan berkhayal. maka natijahnya belajarpun tidak bersungguh... Tahniah kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir. Tuan puan telah memberikan sokongan yang sewajarnya kepada anak-anak. Program ini juga adalah medan kepada para ibu bapa dan penjaga untuk mengeratkan lagi perhubungan sekolah-ibu bapa penjaga melalui kepentingan sepunya. Ibu bapa dan penjaga berperanan sewaktu anak berada di rumah. Bagaimana pula perasaan anak-anak yang ibu bapa atau penjaga yang tidak hadir di dalam program ini ? Tentunya kesedihan walaupun tidak dizahirkan namun hati nurani si kecil itu tiada siapa yang tahu. Mungkin inilah salah satu faktor calon upsr kurang fokus. Semangat kian pudar. Kesungguhan seakan-akan hilang. Sokongan kepada mereka kelihatan tidak ketara dari ibu bapa atau penjaga mereka..... kepada siapakah mereka ingin mengadu ? Tiada tempat lain kecuali guru mereka........ Guru ? Tentu tidak sama belaiannya seperti ayahanda dan bonda tercinta.....
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh warga SKPT......... Pn Rosimah, Cg Zaini, (Kawan Lama......terima kasih)