48 Jam masa yang tinggal, UPSR kian menggamit kehadirannya.
1. Tidak perlu berasa cemas.
2. Rancang waktu ulangkaji dengan teliti. Semalam adalah (Sabtu) waktu mengulangkaji hari ke tiga UPSR , (23hb), Hari ini (Ahad) waktu ulang kaji hari kedua UPSR (22hb) dan esok adalah hari ulang kaji untuk hari pertama UPSR (21hb). Walaupun strategi ini nampaknya janggal, tetapi ada bukti yang ianya berkesan. Namun begitu kepada calon-calon UPSR yang tidak terbiasa dengan cara mengulangkaji cara ini, kemungkinan ianya akan menimbulkan masalah lain. JANGAN praktikkannya.
Namun begitu kepada calon UPSR yang tidak mengamalkan / tidak pernah / selalunya belajar secara rambang / tidak mempunyai perancangan cara belajar di saat akhir, saya syorkan cara begini. Mudah-mudahan ianya dapat membantu.
3. Buat latihan "menderaf ". Drafkan penulisan berformat (BM). Jangan panik jika kamu terlupa sesuatu format di dalam penulisan. Kadang-kadang kamu bukan lupa cuma panik.
4. Buat "tinjauan" latihan yang lalu. Lihat latihan-latihan yang telah dibuat dan telah ditanda oleh guru. Baca semula latihan tersebut. Lihat komen yang telah dibuat oleh guru kamu, ingat jangan ulangi kesalahan yang telah ditegur. Biasanya kita boleh lihat komen guru kita di dalam mata pelajaran BI Sec C, BM Penulisan, MT kertas 2, SC sec C. Ianya sangat membantu di saat-sat akhir. Komen guru adalah nasihat sebenarnya.
5. Hubungi guru segera sekiranya ada masalah.
6. Jangan terpengaruh dengan rakan yang tidak bervisi.
7. Jangan buat perbandingan tentang persiapan yang kamu buat dengan rakan-rakan kamu, kerana ianya membangkitkan rasa panik.
8. Kamu perlu yakin dengan usaha bersungguh-sungguh kamu selama ini.
9. Cuba serap tekanan yang hadir dari setiap sisi kita dengan tenang untuk mengelakkan diri kita tertekan.
10 Jangan terlalu yakin. Over Confident. Yakin perlu ada tetapi tidak keterlaluan untuk mengelakkan kecuaian.
11. Biasakan tidur waktu yang bersesuaian. jangan terlalu lewat. kamu perlukan rehat yang secukupnya. Otak perlu segar. Tubuh badan perlu cergas. Tidak cukup tidur akan meletihkan otak dan mengurangkan kecergasan tubuh badan.
12. Teruskan berdoa.
13. Bertawakal di atas segala usaha yang telah dilakukan. Insya Allah.7. Jangan buat perbandingan tentang persiapan yang kamu buat dengan rakan-rakan kamu, kerana ianya membangkitkan rasa panik.