Mengikut kaeadah ini anak-anak hendaklah diberi rangsangan yang positif yang membolehkan mereka bertindak secara positif. jangan berikan rangsangan negatif kerana ianya akan memberikan kesan terhadap tingkahlaku mereka. Rangsangan positif melalui dua cara
1. Melalui kata-kata serta contoh teladan, ucapakan kata kata positif seperti pandai, bijak, bagus, rajin, positif, proaktif, dinamik, berdaya maju dan berikan alasan terhadap setiap perkataan yang disebut dan tujuan kita berkata demikian supaya mereka faham bahawa ucapan tersebut ada tujuan yang jelas dan bukan kata-kata kosong. Kamu rajin kerana kamu sering membuat ulang kaji, kamu proaktif kerana kamu melakukan ulangkaji tannpa di suruh..... demikianlah contoh ungkapan
2. Melalui perbuatan. Untuk menggalakkan anak-anak kita gemar membaca Al Quran maka kita melakukannya terlebih dahulu. Kita membaca untuk kita sendiri dan biarkan mereka mendengarnya. Selepas itu barulah kita menyuruh anak kita mengaji. Wujudkan suasana cintakan Al Quran di rumah, belikan keset CD berkaitan Bacaan Al Quraan. Secara tidak langsung tingkahlakunya akan berubah ke arah positif dan yang penting ialah kita perlukan sedikit kesabaran dalam proses mendidik. Kita membaca dahuli baru meminta anak kita membaca. Kita mengawal tingkahlaku menonton barulah kita meminta anaka kita mengawal aktiviti menonon, begitulah yang seterusnya.