19.04.2015
Parenting PRA Sekolah
| |
| "GALAKKAN anak aktif dalam aktiviti fizikal bagi mengelakkan risiko menjadi obes." |
![]() | |
| Personal Head Count |
| Gaya Keibubapaan | Ciri-ciri |
Berwibawa (Authoritative) |
|
Mengabaikan atau cuai (Neglecting) |
|
Memanjakan (Indulgent) |
|
Kuku besi (Authoritarian) |
|
Cadangan | Maklumat | Contoh bagaimana melakukannya | |
1 | Luangkan masa berkualiti bersama anak | Memperbaiki perhubungan sihat antara ibu bapa dan anak. Menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk mengenali, memahami dan membimbing anak |
|
2 | Kerap menggunakan ungkapan pujian | Penggunaan pujian amat penting. Pujian membuat kanak-kanak memahami apakah tingkalaku yang baik, merasai ibu-bapa menyayanginya dan dapat meningkatkan rasa harga dirinya. Kata-kata negatif tidak membantu malahan boleh merosakkan rasa harga diri anak. Anak tidak dapat belajar cara memperbaiki dirinya bila disindir atau dimaki. Malah perasaan takut dan marah akan bersarang dalam dirinya. Contoh: takut melakukan kesilapan, takut ibu-bapa akan memarahi atau memukulnya jika ia tidak melakukan sesuatu dengan baik. Akhirnya anak akan terus takut untuk mencuba. |
|
3 | Tetapkan peraturan dan undang-undang di rumah | Setiap keluarga mesti mempunyai peraturan di rumah yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ahli keluarga. Anak perlu tahu apa yang seharusnya mereka patuh. Adalah penting setiap ibubapa menyatakan dengan jelas kepada anak akan peraturan-peraturan tersebut. Kerap berlaku di mana ibubapa memarahi anak apabila berlaku sesuatu masalah tanpa memperjelaskan perlakuan yang diingini mereka. | Apabila anak berkelakuan yang tidak wajar:
Contohnya: "Menjerit, meraung dan memekik adalah tidak sopan dan bising. Jika kamu perlahankan suara kamu dan beritahu saya apa yang kamu mahu dengan sopan barulah saya akan dengar permintaan kamu itu." Bawa bertenang. Bercakaplah dengan gaya yang tenang dan sopan. Anak anda akan meniru perbuatan anda. Jangan marah anak anda semasa anda merasa amat marah kerana pada masa itu anda tidak dapat berfikir dengan baik. Akibatnya anda gagal menjadi contoh yang baik untuk anak anda belajar mengawal perasaan marahnya nanti. |
4 | Jangan peduli / jangan ambil endah | Ada ketikanya ibubapa akan menegur tingkahlaku anak tetapi anak tetap berbuat sebaliknya dari apa yang dikehendaki ibubapa. Pada ketika ini amat penting untuk ibubapa memahami bahawa anak mahukan perhatian dengan perbuatan tersebut. Oleh itu ibubapa tidak patut mengendahkan perbuatan anak itu. Langkah ini dipanggil "ignoring" atau "tak ambil endah" | Langkah yang patut dilakukan adalah:
Ibubapa perlu faham bahawa anak kadangkala mahu menguji kesabaran ibubapa. Oleh itu jangan endahkan ia pada masa itu sehingga ia berkelakuan seperti yang diingini. Apabila ini berlaku, beri perhatian kepadanya dan bertanya apa yang dikehendakinya. Amat penting untuk anak faham bahawa hanya kelakuan yan baik sahaja yang akan mendapat perhatian ibubapa. |
5 | Anak membuat keputusan | Amat penting membimbing anak berfikir untuk diri sendiri dan ibubapa perlu menolong anak melalui proses atau langkah-langkah membuat keputusan. Elakkan terus membuat keputusan untuk anak. |
|
6 | Kemahiran tambahan | Keibubapaan adalah satu cara hidup. Pelbagai situasi boleh timbul dari masa kesemasa yang menuntut kemahiran tambahan |
|
![]() |
| Program Solat Hajat |