Koryo Kluang |
Suasana di rumah tidak seperi hari-hari sebelum ini. Tiada suara ibu memanggil meminta anak-anak bangun ke sekolah. Tiada suara riuh rendah anak-anak bersiap-siap ke sekolah. Ayah tidak tergesa-gesa memanaskan kenderaan masing-masing untuk hantar anak ke sekolah. Ada juga anak-anak yang menyahut panggilan ibu dengan jawapan " cutilah mak !" Oh ye ke... mak tak perasanlah pulak.... Ada pula yang berada di tahun peperiksaan seperti biasa ke sekolah. Kelas tambahan katanya. Ada pula dalam kalangan anak-anak yang bertanya. " .....ayah, cuti ini kita nak ke mana ?" Ada pula ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka menyertai program tertentu bagi mengisi masa cuti.... . Cuti kali ini adalah cuti pertengahan tahun. Ini bermakna sessi persekolahan 2012 telah berada di pertengahan perjalanan. Cuti sekolah bukanlah bermakna cuti segala-galanya. Buku entah ke mana ? Jadual belajar ? ... Langsung tiada. Masa diisi dengan belibur. Tanpa ada perancangan langsung.
Namun ada juga dalam kalangan pelajar yang merancang aktiviti dengan mengambil kira keperluan dirinya. Ada juga dalam kalangan ibu bapa yang berasa bimbang apabila musim cuti tiba. Anak-anak seakan-akan tidak terkawal. Apa yang perlu diambil perhatian ialah kita adalah bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri. Sebagai anak, janganlah tingkahlaku kita membuatkan ibu bapa kita berasa bimbang. Lakukanlah aktiviti yang memberi manfaat kepada diri keluarga dan masyarakat. Ambilah peluang bercuti pertengahan tahun ini untuk mengeratkan lagi hubungan kepada orang tersayang. Kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tahun ini ambillah peluang ini menziarahi keluarga jauh. Minta doa dan dapatkan restu mereka. Beritahu mereka bahawa kamu akan menghadapi paperiksaan penting tahun ini.
by MAD Training |
Jangan lupa usahakan agar kamu mengatahui tahap kesediaan kamu untuk menghadapi peperiksaan bagi tahun 2012. Kekalkan shahsiah diri pada tahap yang terbaik. Insya Allah.