Perubahan Psikologi yang berlaku. Perubahan ini berlaku pada umumnya disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Amat banyak perubahan yang berlaku pada diri seorang yang berada di awal remajanya. Ianya mempunyai perbezaan yang sangat ketara jika dibandingkan ketka berada di zaman kanak-kanak. Perubahan ini berlaku boleh dilihat dari sudut positif dan negatifnya pada setiap perubahan itu. Antaranya ialah
Positifnya : Akan cepat matang dari sudut pemikiran dan tingkahlaku kerana sentiasa mengikuti dan memperbaharui maklumat.
Negatifnya : Cuba mengambil tahu perkara-perkara yang dilarang dan mencuba perkara yang di larang seperti merokok,
2. Pantang dicabar
Positifnya : Mempunyai semangat dan azam yang tinggi untuk berlumba-lumba mengejar kejayaan.
Negatifnya : Bertindak luar kawal dan berfikir diluar lingkungan yang dibenarkan peraturan.
3. Berani mencuba
Positifnya : Akan meningkatkan self esteem, meningkatkan tahap keupayaan kendiri. Meningkatkan potensi diri
Negatifnya : Jika tanpa dikawal, perasaan ingin mencuba hanya cenderung kepada keseronokkan sahaja.
4. Terburu-buru
Positifnya : Bertindak dengan cepat terhadap persekitaran
Negatifnya : Melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya
5. Malu
Positifnya : Menjaga kreadibiliti
Negatifnya : malu tidak bertempat membantutkan pencapaian di dalam kemajuan diri.
6. Sensitif
Positifnya : Memahami kehendak bertindak balas terhadap rangsangan persekitaran.
Negatifnya : Tidak disenangi rakan dan taulan
7. Suka memberontak
Positifnya : Orang lain akan lebih mengenal hati budi,
Negatifnya : Melakukan kerosakan psikologi dan akan membabitkan persekitaran
8. Ingin mendapat perhatian
Positifnya : Meningkatkan perhubungan dua hala antara ibu bapa dan anak
Negatifnya : Mewujudkan suasana kebosanan dan hipokrasi individu yang terlibat.