Sangat Positif, Belajar Tidak Kira di Mana |
UPSR/PMR semakin hampir. Antara harapan dan kemahuan ibu bapa perlulah disesuaikan dengan kebolehan anak-anak. Ibubapa tentu makluam dengan kelebihan, kecerdasan , kemampuan dan keterbatasan anak-anak. Keinginan ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka cemerlang kadangkala mengundang perkara yang tidak dijangka. Kemurungan stress, bad mood, lari dari rumah, bercakap kasar. Ini adalah kerana tekanan tehadap untuk cemerlang tidak setara dengan kebolehan anak-anak. Anak-anak yang berada di tahun 6A tentu berbeza dengan anak-anak yang berada di tahun 6E. Secara tidaklangsung matlamat dalam peperiksaan untuk kedua-dua profil tersebut tentunya berbeza.
Anak-anak tidak menerima apabila teguran :
1. Memperkecilkan dengan cara membuat perbandingan prestasi antara individu yang berbeza profil " Abang kau tak perlu disuruh... dia tahu bukak buku sendiri....
2. Kurang tegas terhadap arahan
3. Banyak beri belaian negatif " tak pelah kalau dah mengantuk, pergi tidur dulu ye sayang"
4. Menegur secara negatif "nak cemerlang macamana, bukak buku pun setahun sekali"
5. Tidak menunjukkan penghargaan ke atas kejayaan yang kecil. "tulisan cantik dan kemas"
Elakkan pertuturan yang boleh salah anggap sebagai negatif oleh anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan. Tingkatkan usaha agar anak-anak lebih fokus.