1. Berikan insentif jika anak belajar. Isentif tidak semestinya berupa kebendaan tetapi boleh juga berupa penghargaan dan perhatian. Pujilah anak jika ia mahu belajar tanpa disuruh. Anak sering kahausan perhatian dan amat selesa dipuji.
2. Terangkan kepada anak-anak bahawa pelajaran amat beguna pada mereka. Untuk kepentingan dunia dan akhirat. Jika kamu pandai kamu akan dapat menjawab apa sahaja soalan. Juga dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dengan lebih mudah.
3. Sering bertanyakan tentang apa yang telah dipelajari di sekolah. Jika boleh menjawab sebutlah kepintarannya adalah hasil belajar di sekolah. Sering bertanya tentang solat. Pujilah jika anak kita solat tanpa disuruh Itu juga hasil belajar di sekolah. Mengaji Al Quraan tanpa dileter.
4. Dorongan anak agar merasakan belajar sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
Untuk berhadapan dengan keadaan ini perkara minima yang boleh dilakukan ialah "mengatur suasana belajar". Jika setiap kali perbicaraan mengenai belajar berakhir dengan leteran dan sungutan, maka akan mengaitkan suasana belajar sebagai perkara yang tidak memberi perasaan menyenangkan. Begitu juga dengan SOLAT. Solat harus dikaitkan dengan ketenangan dan kebahagiaan. Jangan jika berbicara tentang amalan SOLAT sering dikaitkan dengan sesuatu yang terpaksa dilakukan walaupun hakikatnya memang mesti dilakukan.