Doa disusun dan dibacakan oleh admin dalam majlis Pentauliahan
َالْحَمْدُ
ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ
يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ
سُلْطَانِكَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً
تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا
جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ
وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى
اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ.
اَللَّهُمَّ
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Segala puji-pujian bagi Allah, selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
s.a.w , ahli keluarga serta para sahabat baginda.
Ya Allah
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu
kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Pentauliahan
Pegawai Pegawai Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Johor Tahun 2016
اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Ya Allah,
Jadikanlah Pegawai Pegawai Kadet Remaja Sekolah Sebagai wahana untuk membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan KRS dan TKRS Negeri Johor
.اَللَّهُمَّ
يَا قَوِيُّ يَا عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ
Ya
Allah, perbaikilah segala kekurangan diri kami , jernihkanlah mata hati dan
nurani kami, lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang
membawa kepada keselamatan, penyelesaian dan keharmonian dalam menjalankan
tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami dengan iltizam yang
tinggi serta sentiasa istiqomah.
اللَّهُمَّ
اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ
وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ
فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.
Ya Allah,
Jadikanlah Majlis Pentauliahan Pegawai
Pegawai Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Johor Tahun 2016 yang kami hadiri
pada hari ini, sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula
selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan
janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami,
kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat dan petunjuk-Mu.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي
الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى
ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ