RIANG RIA MERDEKA
Lari dan berlari..
Kanak-kanak berlari mengejar rakan
Riang bermain di senja hari
Membawa senjata palsu melawan musuh
Kononnya berperang menuntut merdeka
Adakah mereka kenal erti merdeka?
Sorak dan tawa..
Mereka gembira menawan musuh
Mendapat bendera tanda mereka menang
Bersorak-sorak
Melompat-lompat bertepuk tangan
Mengibar bendera menjadi tugu negara
Bangga berjaya mengalahkan musuh
Mereka menjerit mentertawakan yang tewas
Mentari melabuhkan tirainya
Malam menyusul bersama bulan dan bintang
Keheningan malam membangkitkan suasana
Penat bermain di siang hari
Kini lena diulit mimpi
Adik-adikku..
Mengertikah engkau maksud kemerdekaan?
Di sebalik bermain perang menentang musuh
Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan?
Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..
Wahai adik-adikku..
Hayatilah erti kemerdekaan
Ingatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaan
Kelak engkau akan faham
Mengapa merdeka perlu dipertahankan
Mengapa bendera dikibarkan
Mengapa tugu negara dibina
Mengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang
Kibarkanlah jalur gemilang
Tabikla perwira-perwira negara
Jadila rakyat yang mengerti apa itu kemerdekaan
Adik-adikku..
Bergembirala
Bersorakla
Bila engkau tahu apa itu kemerdekaan
Kerana engkau akan mengerti apa tanggungjawabmu.
NEGARAKU BEBAS MERDEKA
Kini..
tiada lagi tangisan insan terseksa
terkapai-kapai lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala
50 tahun dahaulu..
stadium merdeka menjadi saksi
negaraku merdeka
rakyatku tidak lagi sengsara
menangis gembira mendapat cahaya
Merdeka..
tiada lagi penjajahan..
tiada lagi penderitaan..
tiada lagi jeritan penyiksaan..
tanah air ditadbir insan bijak bestari..
memimpin negara mengukir nama..
Kini..
50 tahun sudah merdeka..
negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman daman
Maju berteknologi
kearah mencapai wawasan 2020.
kugenggam erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati
semoga kekal selamanya
merdeka tetap merdeka..
HUJAN MERDEKA
Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.
Telah kutemui mutiara yang tersembunyi
dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.
Hujan merdeka turun lagi
titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termetarai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.
Terima kasih, hujan merdeka
walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.
"ZULKIFLI MOHD TOP"
"Universiti Malaya"
Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.
Telah kutemui mutiara yang tersembunyi
dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.
Hujan merdeka turun lagi
titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termetarai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.
Terima kasih, hujan merdeka
walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.
"ZULKIFLI MOHD TOP"
"Universiti Malaya"
DI PENTAS KEBEBASAN
Kamu membakar hutan bandar
kedai dan kereta disambar api kemarahan semarak darah generasi abad dua
puluh satu
siapa yang ditentang juga jelas
menegakkan keadilan dengan tangan kasar
meja rundingan pun turut dibakar.
Seorang tua termanggu melihat kejadian
peristiwa yang tidak terlintas di fikiran
apakah yang dicari wahai anak muda?
Aku yang membina tiang kemerdekaan
kau bersorak bangga mematahkan.
Aku yang mengecat tugu sejarah
putih bersih sedap mata memandang
kau conteng dengan niat hitam.
Jari terketar tak mampu menampar
tangannya letih hendak menangani
mereka yang bingung di pentas kebebasan
tercari-cari nama negeri bumi yang dipijak
sedangkan ladang sudah dibajak
benih sudah dipilih untuk disemai.
Orang tua itu berbisik sedih
aku membina kamu meruntuhkan.
KHADIJAH HASHIM
Taman Tun Dr Ismail KL
31 OGOS TIBA LAGI
31 OGOS TIBA LAGI Setiap kali tibamu Ogos mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah dalam matang akal fikir semangat dan kudrat masih berbaki merisik khabar pejuang yang jauh dalam lipatan darmawisata merdeka mahalnya nostalgia. Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua menyentak lolong makrifat membiak musim ceriteranya berderai plotnya berkecai mengirai skrip duga yang tak sudah atas aspal fatamorgana bumi bertuah. Ogos yang sujud di kaki merdeka tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang tetap menyimpul senyum meskipun termateri kenangan pahit yang mahal dan cantik. Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi bersama gemersik angin di bumi bertuah mendewasakan ukhuwah dan ummah siap siaga warga berdaulat memahat sejarah dalam tamadun bangsa yang gah. Terima kasih pejuang tanah merdeka terima kasih aduhai tanah airku Malaysia! WAN ZAHARI WAN ALI, SMK Saujana, Setiu, Terengganu.
KETAATAN DALAM KEMERDEKAAN KETAATAN DAN KEBERANIAN Berjanjilah kami demi keberanian melalui suara-suara hijaz putaran kemerdekaan menyusur sungai-sungai mati kepada insan seikat masyarakat yang telah bebas. Dalam sejarah kepahitanmu terselit larian aku anak kecil dibentuk dalam kelas-kelas rendah hingga ke kamar dewasa jiwa ini digantung loceng mongel lalu direntap-rentap terbawa-bawa. Titisan darah ibuku pada papan cendana pejal masih melekat di situ di perigi yang telah terkambus hanyir masih terbau tembuni dalam diam berubah fosil atas tanah yang merdeka. Seperti selalu berlarilah kami dengan sebuah bendera kecil menyamai pemberian hadiah bapamu kami menyebut MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!! NAFISA Marang, TerengganuMENYAMBUT MERDEKA
MENYAMBUT MERDEKA Sambutannya berulang lagi saban tahun ia kembali keranamu Malaysia aku di sini menabur bakti ibu pertiwi. Jalur gemilang berkibar megah sana sini mencipta indah namun segelintir tiada endah satukan hati bukannya mudah. Hanya Malaysia negara tercinta pejuang bersusah untuk merdeka jangan siakan apa yang ada sayangilah tumpah darah kita. ZAINAL ABIDIN AHMAD BTP 012-2855100POKOK BANGSA
POKOK BANGSA ITU ADALAH KITA Anak merdeka alaf baru! antara bunga mimpi dan tragedi dalam membina generasi globalisasi bukanlah semudah mencipta cerita kosong di kedai kopi atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi. Anak merdeka alaf baru! tanamlah, semailah, bajailah anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggi demi generasi dan agama mentafsir wawasan membina jati diri meraih akar dalam tunjang diri menegak pepohon yang merendangkan dedaun semangat. Anak merdeka alaf baru siramkanlah falsafah minda jangan biarkan kering dan mati kerana pokok bangsa itu adalah serumpun kerana pokok bangsa itu adalah kita yang merdeka. AMYLIA HUSSAIN Jambatan Merdeka, Sg. Petani
Rumah UsangKata orang negara itu tanah, air, angin, gunung, hutan, sungai dan lautan;Tapi sebenarnya,Negara itu rumah,Dan rakyat ahli keluarganya…Mungkin rumah kita ini sudah usang,49 tahun usianya, dan ada yang bertanyaApa perlunya diagungkan rumah yang usang?Barangkali kita lupa,Zaman kita dibodohkan oleh british,Kata-kata manis, taburan janji,kita dihina di tanah sendiri.Mungkin juga kita lupa,Pada kemarau yang dibawaDari terik matahari jepun.Kita menjadi abdi ditanah sendiri,Betapa peritnya bila difikirkan kembali.Dan kita terlupa,Setelah terbenam si matahari,13 malam kita lalui,Gelap gelita semuanya,Yang kelihatan, hanya 3 butir bintang,Dari sinaran itu, Seribu derita seribu bencana kita merasa,Hanya dari 3 butir bintang…Mungkin benar, rumah kita sudah usang,Tapi dirumah usang inilah segala mimpi menjadi nyata,jangan kita lupa,Rumah usang ini dibina dari darah keringat,Air mata dan derita.Kata orang, melayu mudah lupa,Tapi sebenarnya,Melayu, Cina India,Kita semua memang mudah lupa.
TRAGEDI DULU
KINI KIAN HALUS MERAPATI KITA
Bumi ini pernah diulit tragedi
mimpi ngeri berdarah
deritanya hingga ke tulang sendi
Anak-anak dulu takut pada pedang
dari Matahari Terbit
Anak-anak dulu gementar pada senapang
dari Barat yang jauh
Kini semua ini
usahkan gentar
malah menjadi suatu kebanggaan
terucap di lidah
pada tubuh-tubuh
pada mata dan budaya
Jika dahulu mereka menjajah fizikal kita
kita tentang dengan minda merdeka
Namun hari ini,
mereka menjajah minda anak-anak kita
Tanpa minda merdeka, mampukah fizikal kita
menjadi benteng kemerdekaan?
Tragedi dahulu,
kini perlahan-lahan
halus, diam, merapati kita
bersahabat dengan minda anak-anak kita.
SAYANGKAH KITA PADA NEGARA?
Sayangkah kita pada negara?
atau pada diri kita?
Keluarga kita?
Anak-anak kita, jika ada?
Sanak saudara kita, jika ada?
Agama kita, jika ada?
Tanah tanih kita?
Sudah semestinya ada!
Sayangkah kita pada negara?
Merdeka negara merdekakah kita?
Jika ya, buang karat-karat Barat!
Kita rakyat Timur,
jangan gementar genggaman kita
kuat berpegang pada apa
janji kita pada darah kita.
Negara kita bebas dengan bayaran darah
dengan janji-janji yang menjadi korban
dengan kata telus pembakar api harmoni
Jiwa berbeza bangsa bersatu dalam hati
Namun hari ini kita rasa kita merdeka
Sedangkan nenek moyang kita telah abdi
Pada janji yang mencetus tangis darah
Darah mereka dibiar mengalir sia-sia
Angkara kita rapuh biar minda dijajah
Dan moyang kita terus menangis
Biar negara kita maju
Dan moyang kita tetap terus menangis
Kerana Melayu dan adatnya sudah jauh
semakin lama meninggalkan kita
Di mana adab apabila berdepan orang tua?
Di mana adab apabila berkunjung ke rumah orang?
Di mana adab apabila berdepan dengan Tok Ketua?
Di mana adat menjunjung budaya?
Nenek moyang kita menangis lagi...
Kita sambut merdeka dalam tangisan darah.
Penulis: Amiene Rev (C) 2007