Disusun dan dibacakan oleh admin
di Simposium Bimbingan Dan Kaunseling Negeri Johor 2015
25-04-2015
di SJKC Choong Hwa 2, Kluang
admin adalah Timb YDP MGKK Kluang
َالْحَمْدُ ِللهِ رَبِ
الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ يَارَبَّنَا
لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا
بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ
الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا
بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ
مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ
وَبَعْدَ الْمَمَاتِ.
اَللَّهُمَّ يَا حَيُّ يَا
قَيُّوْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Sesungguhnya
pada hari ini / kami berhimpun kerana-Mu Ya Allah / Kami berkumpul untuk memohon hidayah dan mencari keredhaan-Mu dalam segala urusan hidup
kami / Kami berhimpun untuk menggali ilmu-Mu yang maha luas, bertukar-tukar
pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, di dalam majlis ilmu ini….Simposium
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Negeri Johor Tahun 2015
اَللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ
الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ
Ya Allah,
berkatilah perhimpunan kami, terangkanlah hati-hati kami, mudah-mudahan Guru
Bimbingan dan Kaunseling di seluruh pelosok Negeri Johor akan menjadi Guru Bimbingan dan Kaunseling
cemerlang, sentiasa gigih berusaha / disegani dan dihormati, di dalam menggalas
tugas dan tanggungjawab profesionalisma Guru Bimbingan dan Kaunseling semata-mata
kerana-Mu, ya Allah.
اَللَّهُمَّ يَا قَوِيُّ يَا
عَزِيْزُ يَا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيْدُ
Ya Allah, perbaikilah segala kekurangan diri
kami , jernihkanlah mata hati dan nurani kami, lembutkanlah hati-hati kami dan
tunjukkanlah kami jalan yang membawa kepada keselamatan, penyelesaian dan
keharmonian dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepada
kami dengan iltizam yang tinggi serta sentiasa istiqomah. Ya Allah,
kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan / dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah
kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan akhlak yang terpuji.
اَللَّهُمَّ يَا مُهَيْمِنُ يَا
رَقِيْبُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ
Ya Allah, kepada penerima anugerah kecemerlangan serta sijil-sijil penghargaan, Engkau hindarkan mereka dari sifat-sifat mazmumah, sifat keji yang mampu menjejaskan kewibawaan mereka. Jadikan mereka agar terus berusaha dan menyumbang serta menjadi contoh kepada kami, agar kami mampu menuruti kecemerlangan yang telah mereka tunjukkan.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ
أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا
يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا
الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ
لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ اَللَّهُمَّ اجْعَلْ
جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا
مَعْصُوْمًا وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا
وَلاَ مَحْرُوْمًا.
Ya Allah,
jadikanlah Simposium Guru Bimbingan Dan Kaunseling Negeri Johor Tahun 2015 yang
kami hadiri pada hari ini, sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan
perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan
dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang
bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat dan
petunjuk-Mu.
الّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya
Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur
kami bertemu Ramadhan.”
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ َ